Comelnya bayi Mawar Karim dan Fizo Omar ni! Wajah buah hati mereka akhirnya didedahkan pada laman Instagram Mawar hari ini buat pertama kalinya!
Pendedahan Mawar ini disambut baik oleh para peminat Fizo dan Mawar yang selama ini berteka-teki tentang wajah bayi mereka berdua. Para peminat tentunya teruja untuk melihat kecomelan puteri sulung pasangan ini.
Dalam posting Instagram, Mawar mengumumkan nama bayinya pada ruang kapsyen gambar. Bati yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 lalu itu diberi nama Wan Maryam bt Wan Hafizol . Indahnya sungguh namanya, seindah wajahnya.
IKLAN
Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa n mama saya,Wan Maryam bt Wan Hafizol
Hari ini sy dah 2 weeks. Sy di lahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Setelah bapa n mama sy tunggu sy selama 4 tahun.
Doakan sy semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat.
Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior @fareedagroup .
IKLAN
( Gambar ni time sy ada jaundice tapi alhamdulillah sekarang dah baik ️)
(Tq kaka @elyamarissa_ @sarahkhadijah_ for this photo )
Wan Maryam dilahirkan dengan berat 2.78kg di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur melalui pembedahan caesarean. Dia dilaporkan mengalami jaundis selepas dilahirkan dan kini sudah pulih.
IKLAN
Bayi comel ini juga ialah precious baby memandangkan ia hadir empat tahun selepas perkahwinan Fizo dan Mawar pada 2013.
Berikut ialah reaksi para peminat; rata-rata mendoakan kesejahteraan serta memuji kecomelan Wan Maryam dan hidungnya yang mancung. Comel sangat awak ni!
Nampak comel tengok bayi umur 0-3 bulan baring dan pandang sekeliling tanpa faham apa-apa. Tapi awas ya ibu ayah, jangan cakap atau buat perkara yang tidak elok sebab bayi umur ini cuma ada minda bawah sedar jadi dia serap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Dr Rozieta Shaary atau dikenali sebagai Ibu Rose berkongsi apa bayi baru lahir hingga umur 3 bulan yang dianggap tak tahu apa-apa boleh buat. Walaupun baring melentang tetapi sebenarnya si kecil belajar banyak perkara dari pemerhatian dan pendengaran.
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu.
Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin mengangah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja baby terbaring. Paling tidak pun bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
Awas dengan apa yang anda cakap!
Namun, ibu bapa yang bijak tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar, serap lagi!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa ya. Sedar-sedar bila anak pandai bercakap, akhlaknya kasar dan perkataannya kasar. Dari mana datangnya ya? Sebenarnya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Hmmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan!
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input, bacakan buku yang banyak gambar. Tapi janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya. Bersembang? Ya bersembang, kata nak anak cepat bercakap.
Sumber: iburose.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ibu ayah sudah dedahkan anak pada banyak bahasa sejak bayi. Sebenarnya otak anak boleh serap banyak bahasa jadi jangan risau mereka akan bercelaru bila ibu cakap bahasa Melayu dengannya dan ayah pula cakap bahasa Inggeris.
Jika anda bercita-cita untuk mengajar anak fasih berbahasa Inggeris sejak kecil, cuba faham dan ikut panduan oleh Ruby Atika, Ahli Terapis Pertuturan Bahasa berkenaan cara betul mengajar anak menguasai dwibahasa.
Otak kanak-kanak serap seberapa banyak pun bahasa yang didedahkan. Belajar banyak bahasa, tidak menyebabkan lambat bercakap.
Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh.
Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:
Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM.
Contoh, ayah guna BM, mak guna BI.
Bahasa yang lebih dikuasai dan digunakan oleh anak, dipanggil bahasa dominan. Semakin kerap digunakan dalam aktiviti seharian, semakin dominanlah bahasa itu di dalam otak anak.
Tapi jika anda mengajar anak untuk gunakan kesemua bahasa setiap hari, maka anak anda juga akan dapat gunakan kesemua bahasa tersebut dengan lancar dan baik.
Bahasa rojak / code-switch adalah normal bagi pengguna pelbagai bahasa. Ia TIDAK dianggap kecelaruan atau masalah pertuturan bahasa. Cukup sekadar ibubapa menggalakkan anak guna ayat penuh dalam 1 bahasa.
Perkembangan pertuturan anak yang diperkenalkan dengan pelbagai bahasa adalah SAMA saja seperti anak yang diperkenalkan 1 bahasa.
Jika anak 1 bahasa bercakap 1 patah pada umur 1 tahun, begitu juga anak dwibahasa.
Jika anak 1 bahasa bercakap 2 patah dalam 1 ayat pada umur 2 tahun, begitu juga dengan anak dwibahasa.
Tetapi jika didapati anak mengalami lambat bertutur, utamakan bahasa dominan dalam keluarga. Bahasa yang ibubapa fasih gunakan bersama anak setiap hari.
Elakkan memberi kejutan perubahan seperti tiba-tiba menghantar anak ke tadika bahasa bukan dominan keluarga. Ini boleh menambah stress kepada anak yang lewat bertutur. Langkah ini meningkatkan risiko untuk anak jadi bertambah keliru pula.
Kes yang saya pernah jumpa :
1) Ibubapa memilih bahasa BUKAN DOMINAN keluarga sebagai bahasa PERTAMA anak mereka. Contoh, ibubapa bertutur BM di rumah, tapi sedaya upaya mengajar anak bercakap BI sejak kecil.
Kesannya, apabila anak itu sudah masuk peringkat ayat panjang, ibubapa sudah tidak tahu untuk berinteraksi dengan anak sendiri. Bahasa anak pula terhad kepada tahap yang diperkenalkan oleh ibubapa saja.
2) Ibubapa menghantar anak yang LAMBAT bertutur ke tadika yang tidak menggunakan bahasa dominan keluarga.
Kesannya, anak menjadi pendiam di tadika, kurang keyakinan diri dan tidak bercakap dengan cikgu.
Buat ibubapa yang mengajar anak pelbagai bahasa, teruskan usaha anda. Kembangkan potensi otak kiri anak anda.
Gunakan buku cerita setiap hari. Gunakan bahasa-bahasa tersebut dalam rutin harian di rumah. Ibubapa guna, anak akan ikut guna.
Bilakah ibubapa perlu risau?
Jika anak telah masuk 2 tahun, tapi masih tidak bercakap.
Tahukah anda?
Anak umur 2 tahun sepatutnya boleh cakap 25-50 perkataan spontan setiap hari.
Risau tengok anak..Kurus dan kecik je. Jangan risau ibu boleh cuba pastikan makanan yang diberikan pada anak berkalori tinggi kerana ia salah satu faktor meningkatkan berat badan.
Cara mudah agar bayi anda dapat berat badan seimbang adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori agar berat badan bayi anda kembali normal. Untuk mendapatkan kepastian, dapatkan nasihat doktor bagi menentukan berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan oleh bayi anda itu.
Dengan menambahkan beberapa makanan berkalori dapat membantu menaikkan berat badan bayi anda agar tidak terlalu kurus.
Susu Formula/Susu Ibu
Walaupun sudah makan banyak makanan dengan varian berbeza, susu merupakan makanan yang wajib diberikan di selang seli dengan makanan tersebut. Jika bayi anda masih menyusui, teruskan kerana pada ketika ini bayi anda sebenarnya masih memerlukan nutrisi dari susu formula dan air susu ibu. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi anda, pastikan ia mempunyai tinggi lemak dan kalori, tetapi kurang gula kerana ia boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk.
Setelah bayi kenyang di saatnya mahu tidur, berilah susu lagi sehingga dia tertidur. Minum susu sampai bayi tertidur merupakan cara paling mudah untuk membuatkan berat badan bayi naik.
Makanan Berkalori
Makanan yang berasal daripada gandum atau biji-bijian juga mengandungi banyak kalori, tetapi juga merupakan makanan sihat untuk menambah nutrisi bayi anda.
Pasta gandum yang dipotong kecil-kecil juga merupakan makanan berkalori tinggi dan boleh buat bayi cepat naik berat badan dan sihat. Selain itu, pengambilan oatmeal juga boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk.
Pilih Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Berkalori Tinggi
Beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi nilai kalori tinggi akan membantu bayi anda mendapatkan berat badan yang lebih baik serta nutrisi penting untuk pertumbuhan yang sihat.
Berikan bayi anda beberapa potongan kecil avocado. Buah avocado tinggi lemak dan memberikan efek baik untuk jumlah kalorinya. Selain itu, kacang, buah pear dan pisang juga merupakan makanan sihat untuk bayi anda. Tambahkan satu sudu teh minyak zaitun atau mentega ketika memasak sayuran bagi menambah kalori tambahan atau cincang buah dan tambahkan susu yogurt untuk meningkatkan kalori.
Ikan
Ikan adalah makanan sihat buat bayi yang berusia setahun. Tetapi, anda boleh memberikan sedikit demi sedikit biarpun usianya belum mencapai setahun. Ikan boleh diberikan dengan mengukus dan dikisar lembut tanpa di berikan perencah atau serbuk perasa.
Ikan adalah sumber protein, vitamin dan mineral. Omega 3 asid lemak dalam ikan terutama ikan salmon segar sangat penting untuk perkembangan otak bayi anda.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!