Mawar Selamat Bersalin Normal. Berbaloi Amalkan Senaman & Squat Masa Hamil

Share

Mawar Rashid selamat bersalin secara normal seperti mana yang diimpikan. Senaman dan squat yang dilakukan semasa hamil nampaknya membantu.

Berita gembira ini pada mulanya dikhabarkan menerusi Instagram suaminya, Raden Ahmad Faizal yang Mawar selamat melahirkan bayi mereka itu dilahirkan pada 13 Mac 2019 pada jam 11.33 malam. Kelahiran adalah secara normal seperti yang diimpikan Mawar.

Kedua-dua ibu dan anak sihat dan dalam keadaan baik. Bagaimana pun dalam posting berkenaan  jantina bayi masih belum diumumkan lagi.

rafyaakob Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan.

Both mummy and baby are fine. But today, kita bagi Mawar and @mawaraf_jr rehat dulu ya? Insyaa’Allah besok kita update lagi. Thank you kepada semua yang banyak mendoakan ??

Boy or Girl? Wait for my next posting k ☺️

Suami Mawar, Raf sudah mempunyai 2 anak iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8, & Raden Seri Raysaa Chanela, 4 daripada perkahwinan terdahulu.

BAYI SUDAH ADA AKAUN INSTAGRAM SENDIRI

Rupanya, si kecil ini sudah mempunyai akaun Instagram sendiri.

radenrafaelraf Assalamualaikum semua. Hi all! I was born on 13/3/2019 at 11.33pm. Banyak tanya saya ni baby boy ke baby girl? Hmmmm nanti papa & mummy saya bagitahu today or tomorrow k? Yang penting saya dan mummy saya sihat walafiat ?

TERIMA KASIH KEPADA YANG MENDOAKAN

Dalam posting terbaru Instagram, Mawar akhirnya memuatnaik gambar yang menampakkan sebahagian tubuh bayi dan berterima kasih kepada yang mendoakan.

mawarashid Syukur Alhamdulillah. Mawar dah selamat bersalin malam semalam. Terima kasih yang kepada semua yang banyak mendoakan ❤️ @mawaraf_jr

SENAMAN YANG DILAKUKAN OLEH MAWAR SEMASA HAMIL

#1: Squat

#2: Berjalan atas treadmill

#3: Zumba

Sumber: rafyaakob,radenrafaelraf mawarashid

Kemaskini: 16 Mac 2019

Published by
Azma ML