Penyanyi yang terkenal dengan lagu Matahari, Maya disahkan meninggal dunia akibat kanser. Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.
Beberapa artis popular yang juga rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.
Namun begitu, Haiza dan Ieda tidak memperoleh maklumat lanjut mengenai pemergian sahabat mereka dan sedang menunggu maklumat daripada keluarga Allahyarham.
“Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh,” kata Haiza kepada Astro AWANI.
Ads
Sementara itu, Ieda pula berkata, dia berkesempatan menziarahi sahabatnya itu dua minggu lalu di kediamannya.
Dalam pertemuan itu, Maya, kata Ieda rancak berbual sekalipun sedang menanggung sakit.
“Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnya,” kata Ieda dalam tangisan ketika dihubungi.
Ads
Ieda juga memberitahu, Allahyarham Maya ketika hayatnya pernah menjalani rawatan di China beberapa bulan.
Penyanyi kelahiran Johor Bahru itu mula menempa populariti selepas album pertamanya dilancarkan pada 1995.
Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham Maya juga pernah membintangi beberapa buah drama, filem dan teater.
Ads
Allahyarham Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009.
Bagaimanapun, perkahwinan hanya bertahan selama enam tahun saja tanpa sebarang cahaya mata.
Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro pada 2018.
Tular kejadian anak kecil disumbat dalam mesin basuh layan diri di Laundrybar Bukit Sentosa oleh bapa saudaranya tanpa disedari ibu kanak-kanak berkenaan. Niat bergurau bertukar menjadi detik cemas apabila pintu mesin basuh terkunci secara automatik selepas ditutup menyebabkan cermin pintu tersebut terpaksa dipecahkan untuk menyelamatkan mangsa.
Sebelum ini, dobi layan diri pernah tular selepas kejadian kucing disumbat ke dalam mesin pengering pakaian sehingga mati. Kejadian anak disumbat di dalam mesin basuh ini dikongsikan oleh Encik Hazmal Hassan, pemilik dobi di laman facebook Bukit Sentosa/Beruntung resident.
Video yang berdurasi 2 minit 46 saat lebih tersebut tular dan mendapat kecaman netizen yang menganggap penjaga kanak-kanak tersebut cuai. Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh pemilik dobi berkenaan.
GURAU BEWOK
Kejadian : Sumbat anak dalam washer
Tarikh : 2/10/18
Masa : sekitar 12am
1. Tekejut berok ambo, mujo budok tuh tok mati 2. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada staf Restoren Salam dan mereka yg tolong pecahkan kaca washer tuh. Tindakan & keputusan yang betoi 3. Kami tak kisah dengan kerosakan tersebut 4. Kepada keluarga anak tuh, kami maafkan kekilafan tersebut, dan ambil la ini sebagai pengajaran yang paling berharga buat family
Tujuan POST 1. Bukan niat kami nak aibkan sapo2 dlm post ni 2. Utk ingatan semua, jangan sekali2 bergurau macam nih, SAFETY FIRST 3. Kami juga ingin merayu kepada semua customer kami agar jaga la kemudahan yang kami sediakan ni
#BSBR 2802GURAU BEWOKKejadian : Sumbat anak dalam washerTarikh : 2/10/18Masa : sekitar 12am1. Tekejut berok ambo, mujo budok tuh tok mati2. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada staf Restoren Salam dan mereka yg tolong pecahkan kaca washer tuh. Tindakan & keputusan yang betoi3. Kami tak kisah dengan kerosakan tersebut4. Kepada keluarga anak tuh, kami maafkan kekilafan tersebut, dan ambil la ini sebagai pengajaran yang paling berharga buat familyTujuan POST1. Bukan niat kami nak aibkan sapo2 dlm post ni2. Utk ingatan semua, jangan sekali2 bergurau macam nih, SAFETY FIRST3. Kami juga ingin merayu kepada semua customer kami agar jaga la kemudahan yang kami sediakan niSalam WASH WASHHazmal Hazmal Hassan www.wasap.my/60199883284Nazir Mohamad Nazir Abd Razak www.wasap.my/60192799224Laundrybar @ HVS Resources11, Jalan Orkid 1G/2, Seksyen BS1Bandar Bukit Sentosa(Sebelah Jom Makan)
Laundrybar @ HVS Resources 11, Jalan Orkid 1G/2, Seksyen BS1 Bandar Bukit Sentosa (Sebelah Jom Makan)
Kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan staf Restoran Salam selepas memecahkan cermin pintu mesin basuh tersebut. Kanak-kanak tersebut dalam keadaan baik, walaupun mesin telah rosak dan pemilik terpaksa menanggung kerugian RM3,000 tetapi mereka berlapang dada asalkan kanak-kanak itu selamat.
Susulan kejadian itu, pemilik membuat satu laporan polis agar tindakan segera serta siasatan dapat dijalankan berikutan kejadian itu boleh mengancam nyawa kanak-kanak berkenaan.
Perkara seperti ini patut dijadikan pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dan sentiasa awasi anak-anak, elakkan daripada bergurau perkara yang boleh membahayakan nyawa. Bukan sahaja harta benda yang rosak malah boleh membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.
Betapa luluh hati seorang suami ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat adalah mayat isteri sendiri.
Kemalangan yang berlaku di Jalan Sungai Ular, Kulim kira-kira jam 1.30 petang (17 September) itu benar-benar tak disangka sama sekali oleh Ahmad Norrizman Ahmad Termizi.
Lebih menyedihkan, ketika sampai di tempat kejadian, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat.
Motosikal terbabas masuk bawah treler
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.
“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tinggalkan anak perempuan usia 7 bulan
Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terasa sekejap saja pemergian pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Mohd Ridzuan. Pemergiannya secara mengejut itu cukup membuatkan satu Malaysia terkesan dengan kehilangannya.
Sedar tak sedar semalam (10 Mac) genap genap sebulan pemergian arwah. Menerusi muat naik di IG Abam Bocey yang kini dikendalikan sepenuhnya oleh isteri arwah, Nor Hidayah, dia membuat luahan hati selepas sebulan hidup tanpa suami tersayang.
Genap sebulan abang tinggalkan kami
Berkongsi foto dirinya dan arwah Abam, Nor Hidayah di dalam kapsyen tersebut berpesan agar kita sentiasa redha dan jangan terlalu meratapi atas kehilangan orang tersayang, kerana semuanya milik Allah.
“Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T…”
Hidayah yang kini nampak semakin kuat mengharapkan orang ramai sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya bersama anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 9 bulan untuk meneruskan kehidupan.
Allah sayangkan Dayah
Selepas memuat naik status tersebut, orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat Hidayah dan anaknya walaupun kehilangan insan tersayang cukup perit.
Separuh dari jiwa kita mereka bawa pergi, pedihh yaa memang amat pedih rasa nya kerana mungkin tak akan pernah bersua kembali. Semoga Dayah kuat, tabah harungi liku-liku kehidupan. Allah sayangkan Dayah kerana itu ia memberi ujian.
Semoga Hidayah terus kuat dan tabah bersama hamzah, moga selalu di lindungi Allah SWT… AAMIIN
Terdahulu, arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya terletak di Gombak dipercayai demam panas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.