Mayat reput ditemukan di Banting, dipercayai milik remaja perempuan yang dilapor hilang. Penemuan mayat reput di sebuah sungai di Banting dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.
Mayat Reput Ditemukan Di Banting
Polis percaya ia berkait dengan kes laporan kehilangan Yap Xin Yuan, 15, yang diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras, pada 2.15 pagi, 20 Disember lalu sebelum usaha mencari mangsa dijalankan.
Menurut sumber, penemuan mayat mangsa yang dibuang di dalam sungai adalah susulan penahanan teman lelakinya dan dua lagi individu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan penemuan mayat itu, polis sudah menahan tiga individu buat masa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dipercayai Milik Remaja Perempuan Yang Dilapor Hilang
“Keadaan mayat ditemukan dalam keadaan reput. Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mangsa.
“Bagaimanapun, kita percaya ia (penemuan mayat) ada kaitan tetapi perlu tunggu keputusan DNA yang dijangka diperoleh sehari dua ini,” katanya.
Susulan itu, tiga lelaki, termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu, ditahan polis selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berusia 16, 20, dan 51 tahun, membabitkan teman lelaki serta dua ahli keluarganya, yang ditahan semalam direman sehingga 5 Januari depan bagi membantu siasatan.
“BERIKUTAN PENEMUAN (MAYAT) INI, BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) KAJANG MENGKLASIFIKASIKAN SEMULA SIASATAN KERTAS INKUIRI ORANG HILANG KEPADA SIASATAN MENGIKUT SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN,” KATANYA.
Hussein turut memaklumkan, mayat yang dijumpai di RTB Sungai Changgang sudah reput (decompose) dan tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.
Mayat dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Banting dan pihaknya masih menunggu keputusan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa.
Semalam, polis menemukan mayat reput di sebuah sungai di Banting, dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan Yap Xin Yuan, 15, di Kajang pada 19 Disember lalu.
Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan dilapor itu dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Kali terakhir remaja itu dilihat di gelanggang bola keranjang terbabit berbaju tarian singa berwarna merah.
Remaja ini berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 39 kilogram, berambut panjang, dan memakai pendakap gigi.
Sumber: Harian Metro 1 Harian Metro 2
Baca artikel lain juga: Terjatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri, Remaja Perempuan 15 Tahun Maut
Anak Remaja Jadi Makin Memberontak Bila Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Penting Ini
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI