Macam-macam biskut moden yang diolah dengan pelbagai resipi menjadi pilihan tiap kali menjelang hari raya. Namun bagi sesetengah individu, biskut style lama tetap tiada tandingannya walaupun banyak pilihan yang ada sekarang.
Ok kali ini bagi peminat biskut legend yang teringin nak buat Biskut Mazola, resipi tersangat mudah dari Cikgu Azlina Ina ini wajib anda cuba. Tak perlu nak mixer, nak goreng atau tumbuk kacang.
Olahan resipi ni hanya gaul je semua bahannya sehingga jadi doh dan boleh bentuk ikut citarasa masing-masing. Mana-mana yang tak pernah buat biskut, buat resipi ni dijamin hasilnya puas hati.
RESIPI MENARIK [4 Bahan Superb Bergabung, Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom]
Biskut Mazola Melting Paling Mudah
Bahan-bahan:
Ok campurkan semua bahan kecuali minyak
Masukkan peanut butter tadi semua 160g( botol kecil tu senang). Gaul-gaul dulu ya semua bahan.
Sambil tu tambah minyak sikit-sikit. Gaul sampai jadi doh. Kalau dah jadi doh je stopkan minyak tu jangan curah semua macam laju-laju tu.
Ok.. Cantik dah jadi doh
Bentuk bulat-bulat, sapu kuning telur atasnya.
Letak kacang shadong belah atas dia tu. Nak tukar kacang lain boleh je tapi jangan kacang bendi je sudah
Bakar suhu 170, masa 25 minit
Ok siap akhirnya. Sejuk baru susun dalam bekas ya
LAGI RESIPI MENARIK [Versi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Kukus. Guna Agar-Agar, Lagi Elok Kejadiannya]
Dapat makan biskut ni, memang nikmat. Berbaloi buat sendiri sebab kita tahu kualitinya macam mana.
Kredit: Azlina Ina Fans
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)