Setiap ibu memerlukan masa sendiri untuk berehat dan memberi keutamaan kepada diri sendiri. Apa jenis aktiviti terpulanglah kepada si ibu. Sama ada mahu tidur, keluar shopping atau melepak dengan teman-teman rapat. Sebagai suami, sesekali berilah peluang kepada isteri untuk memanjakan diri sendiri. Sebenarnya, itulah cara mereka recharge untuk dapatkan semula tenaga yang hilang dek menguruskan keluarga.
Artikel Menarik: [Dapatkan Semula Tubuh Anak Dara Selepas Bersalin, 100 Hari Jaga Makan Dan Disiplin Ikut Pantang]
Mempunyai tiga orang anak dan menguruskan bisnes, bukan tugas mudah. Baru-baru ini, Vivy Yusof berkongsi fotonya bercuti di Bali bersama teman-teman rapatnya. Disebabkan itu, usahawanita ini menerima pelbagai mesej dari netizen di media sosial yang mengatakan dia sanggup meninggalkan anak-anak untuk berseronok. Tidak berdiam diri, Vivy mengambil keputusan untuk membuat perkongsian di laman Instagramnya untuk menjelaskan mengapa dia berbuat begitu.
Kata Vivy, dia tidak terganggu dengan semua teguran itu kerana ibunya juga merasakan perkara yang sama iaitu dia perlu berehat. Katanya lagi, dia tidak nampak sebarang kesalahan jika ibu mahu menikmati waktunya yang lain kerana hal ini sebenarnya membantu para ibu untuk menghilangkan tekanan yang dirasai. Selagi tidak melampau, suami pun tak ada masalah dan anak-anak dijaga dengan baik, tidak bererti seorang ibu itu teruk jika tak bersama anak-anak 24/7.
Artikel Menarik: [Pernah Alami Fasa Meroyan, Ibu Ini Kongsi Caranya Lawan Emosi & Pentingnya Sokongan Suami]
Katanya lagi, sepanjang percutian ini dia banyak membuat panggilan video bersama keluarganya dan ketika keluar membeli-belah, dia cari barang-barang yang anaknya suka.
“Seorang ibu tu, tetap seorang ibu walau di mana dia berada.”
Pulang dari bercuti, Vivy meluangkan masa dengan anak-anaknya dan berkongsi cerita tentang apa yang mereka lakukan. Di dalam kapsyen yang mengiringi foto percutiannya itu, Vivy turut memberi sokongan kepada semua ibu dan menghormati cara mereka mendidik anak-anak.
“Susah nak besarkan anak-anak, tapi lebih teruk kalau cara kita dikecam oleh para ibu juga.”
Pa&Ma merasakan ‘me time’ untuk seorang iu itu perlu. Letih jadi ibu sebenarnya. Macam-macam kena buat. Suami sekarang pun lebih terbuka dan tidak kisah membenarkan isteri mereka untuk sesekali menikmati waktu lapang sendiri atau keluar bersama teman-teman. Terima kasih para suami! Sebenarnya cara ‘me time’ setiap wanita itu berbeza, kalau anda rasa tak sanggup nak tinggalkan anak-anak untuk bercuti, carilah cara lain untuk berehat sebentar dari tugasan seorang ibu.