Apa yang istemewanya mee kari chinese style ini adalah sambalnya yang membangkitkan lagi selera. Ia sedikit berbeza berbanding mee kari biasa dengan adanya tambahan sambal dalam setiap hidangan.
Resipi penyediaanya juga amat mudah, tidak jauh beza berbanding penyediaan mee kari biasa cuma ada penambahan untuk resipi sambal. Bagi yang menggemari mee kari, apa kata anda cuba resipi ini pula yang dikongsi oleh Puan Zaiton Zai.
Assalamualaikum ..Hari ni akak nak share resepi Mee Kari Chinese Style..Alhamdulillah memang sedap!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cucur antara finger food yang cukup mudah disediakan buat anak-anak kita. Selain cucur nasi atau cucur daripada roti, gabungan cucur dengan bahan-bahan lain seperti ayam, ikan bilis serta beraneka sayuran yang dihancurkan menjadi potongan dadu atau dikecilnya antara sajian yang menyihatkan untuk anak-anak kita.
Cucur ikan bilis yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini antara cucur yang boleh dicuba. Ringkas dan mudah hendak disediakan. Hanya gantikan garam dengan serbuk perasa ikan bilis untuk bayi. Sedap!
CUCUR KEMBUNG IKAN BILIS
Bahan Bahan:
2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
2 cawan air panas
1/2 cawan ikan bilis ( ditumbuk halus )
1/2 biji lobak merah ( diparut / dipotong dadu )
1/2 biji bawang holland ( dipotong dadu )
Daun bawang / daun kucai ( sy guna sawi )
1 sk chia seed
Serbuk ikan bilis secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Satukan ke semua bahan kecuali air panas. Gaul rata.
Untuk versi baby boleh gunakan serbuk ikan bilis sebagai perasa. Tuangkan air panas dan kacau sebati.
Biarkan adunan sedikit suam sebelum dibentuk menjadi bebola. Ulang proses sehingga selesai.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Siap , sedia dihidang!
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bila dah hujung berpuasa tak dinafikan mama dah buntu untuk masak menu berbuka. Bukan tu saja menu untuk anak pun dah tak ada idea. Jangan buntu bila si kecil kita cukup suka makan. Kena kreatifkan diri supaya mereka tak jemu.
Perkongsian variasi resipi daripada Puan Shazney Rahman di facebooknya ini boleh kita cuba bila. Menarik semuanya dan nampak simple je. Jom cuba.
Hai semua selamat berpuasa. Last week papa Faleq beli stok ikan tiga jenis untuk Faleq alasan sebab nak Faleq makan sedap hari-hari, jadi mama buat la segala jenis menu untuk budak bertuah nie. Bulan puasa ni rasa macam busy sikit dengan time kerja dan send Faleq ke bs berubah. Tapi tu semua lansung tak kacau pun rutin harian mama masak bekal Faleq.
Letih? Yes tipulah tak letih pergi kerja memang bercinta la dekat jalan pejam celik pejam celik. Takpe la pengorbanan untuk anak. Semua lauk-lauk ikan ni mama masak time sahur sambil-sambil prepare makan untuk sahur sambil tu masak bekal dia. Alhamdulillah masih utuh sehingga ke hari ini. Sambil share resepi ikan kakak share sekali resepi lama Faleq untuk snack dan breakfast. Mana tahu berguna untuk ibu-ibu buat rujukan. Selamat mencuba semua.
SUP IKAN MERAH
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sekawan
broccoli
carrot
1 sudu kecil lada sulah
CARA-CARA
1. Tumis bebawang, halia bersama 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air dan carrot.
3. Masukkan ikan dan broccoli dan perasakan dengan sedikit lada sulah.siap!
KARI KEPALA IKAN
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
3 sudu rempah kari (dibancuh bersama bawang merah+putih yang ditumbuk)
bendi
labu
CARA-CARA
1. Tumis bebawang bersama daun kari dan halba campur sehingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan rempah kari. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air dan labu. Masak sekejap.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan bendi.tunggu sehingga masak.siap.
*kari nie namanya kari tanpa santan. boleh cuba if tak ada stok santan di rumah ☺
TUNA OAT PATTIES
?tuna
?oat
?telur sebiji
?lada hitam
?carrot
?pak choy
?mix kesemua bahan dan gaul sebati
?bentukkan ikut citarasa
*kakak grill sekejap separuh masak dan simpan dalam freezer then buat stok frozen
*boleh masak guna kaedah deep fry,baked atau grill
*patties nie boleh olah dalam macam2 masakan.contohnya bugger,roti goreng inti patties,goreng bersama pasta dll.Ikut citarasa dan kreatif ibu2 ?
Bukan tiga ni sahaja tapi ada lagi 8 resipi hebat di facebook kakak kita ni. Memang sedap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak jimat masa memasak untuk menu bayi, boleh buat persediaan awal dengan menyediakan ‘chicken feet stock’. Cara ini bukan sahaja menyenangkan proses memasak tetapi anak akan dapat khasiat dari air rebusan kaki ayam itu.
Malah bagi kebanyakan ibu bekerja, tak perlu dah nak kalut untuk sediakan bekal makanan anak untuk ke rumah pengasuh atau taska. Selain itu, dengan hanya menambahkan ‘chicken feet stock’ ini ke dalam makanan anak ia lagi sedap dan anak pun makan bertambah.
CARA BUAT ‘CHICKEN FEET STOCK’
Stok sup kaki ayam sangat baik untuk anak dan boleh dicampurkan dengan sayur seperti lobak, batang saderi, tomato dan sebagainya.
Siap dah stok chicken feet broth untuk anak umur 9 bulan. Sejak umur 6 bulan memang ni la kesukaan dia. Cara nk buat pun mudah.
Bagus juga untuk elak dan kurangkn selsema sebab kaki ayam ada kandungan kolagen yang sangat tinggi. Bila nak masak baru la kita letak bahan tambahan contohnya macam labu cincang, bayam, tauhu telur, brokoli dan lain-lain.
Tukar-tukar ikut selera anak. Kira ni basic jela untuk lauk dia. Saya sertakan resepi sekali untuk yang nak cuba. Ini sukatan saya. Mommy semua boleh ubah ikut citarasa sendiri ye.
Bahan-bahan:
– Kaki ayam 1KG
– Bawang bombay 2 biji sederhana
– Bawang putih 6-7 ulas
– Lobak 2 batang
– Saderi 2 batang
– Air 2.5 liter atau sampai tenggelam bahan
Cara penyediaan:
1. Potong kasar semua bahan dan masak sampai isi ayam terlerai dari tulang.
2. Bila dah sejuk boleh asingkn kaki ayam untuk diambil isi sahaja. Bahan-bahan sayur tadi asing ke dalam bekas lain.
3. Pastikan dalam sup tak ada tertinggal serpihan tulang. Isi kaki ayam yang dah dicarik boleh letak semula dalam sup untuk dikisar halus.
4. Bila dah kisar dia jadi macam creamy gitu. Sayur-sayur tadi boleh blend kasar menggunakan chopper.
5. Lastly satukan semua bahan tu dan boleh la cedok letak dalam storage cube untuk dibekukan. Saya guna 1 cube untuk 1 hari cukup untuk lunch dan dinner.
Bila nak masak jangan lupa tambah air sikit dalam 200ml ke dalam periuk dan boleh masukkan beras, mee, pasta dan lain-lain.