Selalu kalau masak untuk berbuka mesti menunya meriah lain macam, tapi bila waktu sahur nak yang ringkas dan mudah sahaja. janji mengenyangkan dan berkhasiat untuk seisi keluarga.
Resipi mee rebus kelantan yang sangat mudah dan ringkas ini boleh dijadikan pilihan untuk menu bersahur. Kalau yang memang jenis tak makan nasi, boleh juga jadikan menu ini untuk berbuka juga. Tambah sedikit makanan lain seperti kuih dan air, siap untuk dihidangkan sebagai menu juadah berbuka.
Resipi Wajib Cuba: Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka.
Bagi yang ingin cuba buat resipi ringkas ini, Ina Zarina dari Kak Ina Kitchen menerusi laman facebook Resipi Panas ada berkongsi resipi dan cara penyediaannya. Sedap dan mudah, jangan lupa cuba nanti!
Mee rebus kelantan
Sangat mudah…resepi ringkas..
Bahan-bahan kuah:
Bawang merah
bawang puteh
halia
lada hitam
– tumbuk halus atau blend semuanya..
Daging /Ayam ikut suka
Sayur sawi
tomato
lada besar merah
Mee kuning (bahan agak2 la ya..)
Cara penyediaan:
1. Tumis semua bahan blend hingga wangi. Masukkan daging atau ayam atau fish cake/ ball akk tak masuk pun..
kredit:ina zarina ( kak Ina kitchen)
Resipi wajib cuba: Stok Pes Jimat Masa. Mudahkan Masak Untuk Berbuka & Bersahur. Confirm Puas Hati