Bosan menikmati sajian nasi setiap hari, apa kata kita cuba sediakan pula mee sup untuk keluarga sebagai hidangan makan tengah hari atau malam. Bukan mee sup biasa tapi kali ini mee sup ala Thai yang sedap menyengat rasanya. Simple tapi cukup power.

Nak tahu macam mana rasa ala Thainya? Jom cuba resipi ringkas ini. Memang power!


Hari-hari makan nasi bosan jugak kan. Hari ni tekak nak makan mee sup. Ada jugak yang panggil mee rebus. Nama berbeza ikut negeri Kita buat mee sup ala Thai. Resipi ni memang tak ada guna rempah sup. Tapi rasa dia cenggini haaa 👍.

Mee Sup Ala Thai Viral, Tak Guna Rempah Sup Pun Tapi Rasa Cukup Power!

Mee sup Ala Thai 

Bahan-bahannya:
Bawang merah 6 biji (blend )
Bawang putih 6 ulas ( blend )
Lada hitam 1 sudu ( blend )
Rempah 3 sekawan * kayu manis, bunga lawang ngan bunga cengkih
Ayam / daging / udang / sotong
Sayur-sayur carrot & sawi
Limau kasturi ( 2 biji )
Telur
Daun sup
Bawang goreng

Mee Sup Ala Thai Viral, Tak Guna Rempah Sup Pun Tapi Rasa Cukup Power!

Ads

Tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau.

Masukkan bahan lauk-lauk dan masak hingga separuh masak.

Masukan carrot.

Masukkan air ( buka api besar bagi mendidih ganas )

Ads

Masukkan mee yang telah dibersihkan.

Kemudian pecahkan telur tapi jangan kacau kuat sangat.

Mee Sup Ala Thai Viral, Tak Guna Rempah Sup Pun Tapi Rasa Cukup Power!

Ads

Masukkan sawi dan perahkan limau. Sebatikan dengan perasa.

Akhir sekali taburkan bawang goreng & daun sup.

Siap!

Artikel berkaitan: Dapat Perkongsian Lebih 60K, Resipi Sup Ayam Thai Ini Memang Power & Sedap!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: DW Home Dekor via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI