Meena Dah Pandai Panggil Abah, Yom Dah Boleh Jalan, Netizen Sebak Lihat Reaksi Dato’ Aliff & Datin Shahida

Share

Meena dan Yom menunjukkan perkembangan terbaru dan membuatkan abah dan mamanya gembira. Meena sudah pandai menyebut perkataan abah manakala Yom pula sudah mula pandai berjalan! Netizen sebak lihat reaksi abah dan mamanya.

Walau pun asalnya dua anak kecil ini adalah anak angkat dan kemudiannya menjadi anak susuan, namun kasih sayang yang diterima tidak kurang. Apabila menunjukkan perkembangan baru, Dato’ Sri Aliff & Datin Sri Shahida memang teruja.

Dato’ Sri Aliff telah memuatnaik video di akaun Instagram menunjukkan pencapaian atau milestone kedua-dua anaknya itu. Video tersebut memaparkan Meena menyebut perkataan abah manakala Qayyum atau Yom pula berjalan tatih.

Kapsyennya pula menggambarkan terharu dan bersyukurnya beliau apabila anak-anak yang masih kecil sudah pandai memanggil abah dan sudah mula pandai berjalan.

Netizen sebak melihat perkembangan kedua-dua anak kecil ini dan tersentuh serta sebak dengan reaksi Dato’ Sri Aliff & Datin Sri Shahida.

KEBAHAGIAN SEORANG IBU & ABAH

ANGGAP SEPERTI ANAK KANDUNG

TOUCHING TERHARU

COMEL JE MEENA SEBUT ABAH

CARA DATIN SRI SHAHIDA LEMBUT & PENUH KASIH SAYANG

sumber: aliffsyukriterlajaklaris & babyterlajaklaris

Published by
Azma ML