Melancong ke luar negara, pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim kongsi ‘drama’ Maryam dan Rina. Melancong ke luar negara bersama anak-anak boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan berharga. Namun, ia juga memerlukan persediaan yang rapi untuk memastikan perjalanan berjalan lancar dan selesa.
Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim dilaman Instagramnya, dia berkongsi drama yang berlaku antara isterinya Maryam dan anaknya Rina ketika melancong ke luar negara.
Rina tak nak jalan, siap tunjuk kaki dia kata “Rina sakit kaki..” Omma pulak penat maka terjadi la drama ni,” tulis Ryzal di ruangan kapsyen.
Perkongsian Ryzal menarik perhatian rakan-rakan artis dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Tip untuk ibu bapa membawa anak melancong ke luar negara
Berikut adalah beberapa tip untuk ibu bapa yang merancang membawa anak-anak melancong ke luar negara.
1. Rancang dengan Teliti
Merancang perjalanan dengan teliti adalah kunci untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Ini termasuk memilih destinasi yang sesuai dengan usia anak-anak, menyusun jadual perjalanan yang tidak terlalu padat, dan membuat tempahan awal untuk penginapan serta tiket penerbangan.
2. Sediakan Dokumen Penting
Ads
Pastikan semua dokumen penting seperti pasport, visa (jika diperlukan), tiket penerbangan, dan dokumen kesihatan tersedia dan disimpan dengan selamat. Adalah bijak untuk membuat salinan tambahan dan menyimpannya di tempat yang berasingan sebagai langkah berjaga-jaga.
3. Bawa Makanan dan Minuman yang Sesuai
Makanan dan minuman yang sesuai adalah penting untuk memastikan anak-anak kekal bertenaga dan gembira sepanjang perjalanan. Bawa snek yang sihat dan botol air kosong yang boleh diisi semula. Elakkan membawa makanan yang boleh mencetuskan alahan atau tidak sesuai dengan sistem penghadaman anak-anak.
4. Bawa Ubat-Ubatan dan Kit Pertolongan Cemas
Bawa ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak-anak serta kit pertolongan cemas yang lengkap. Ini termasuk ubat demam, ubat batuk, pembalut luka, antiseptik, dan lain-lain. Juga, dapatkan nasihat doktor tentang ubat-ubatan yang perlu dibawa jika anak anda mempunyai sebarang masalah kesihatan khusus.
5. Sediakan Permainan dan Aktiviti
Untuk memastikan anak-anak tidak bosan semasa perjalanan yang panjang, sediakan permainan, buku, atau aktiviti yang boleh mereka lakukan. Tablet atau telefon pintar dengan permainan atau filem juga boleh membantu, tetapi pastikan had masa skrin ditetapkan.
6. Pakaian yang Sesuai
Pilih pakaian yang sesuai dengan cuaca dan budaya destinasi yang akan dikunjungi. Pastikan pakaian yang dibawa selesa dan mudah dipakai. Jangan lupa bawa pakaian tambahan dalam beg tangan sekiranya berlaku tumpahan atau kemalangan kecil.
7. Pilih Penginapan Mesra Keluarga
Pilih penginapan yang mesra keluarga, seperti hotel yang menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak atau apartmen yang membolehkan anda memasak sendiri. Ini boleh memberikan keselesaan tambahan dan fleksibiliti semasa perjalanan.
8. Kenali Destinasi
Ads
Buat kajian awal tentang destinasi yang akan dikunjungi, termasuk tempat-tempat menarik untuk kanak-kanak, restoran yang mesra keluarga, dan kemudahan perubatan terdekat. Ini akan membantu anda merancang aktiviti yang sesuai dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.
9. Kekal Fleksibel
Perjalanan dengan anak-anak memerlukan fleksibiliti. Ada kalanya rancangan mungkin perlu diubah atau ditangguhkan. Bersedia untuk mengubah jadual perjalanan mengikut keperluan dan keadaan semasa.
10. Keselamatan Anak
Sentiasa awasi anak-anak, terutama di tempat-tempat yang sesak atau baru. Ajar mereka untuk mengenali maklumat asas seperti nama penuh, nombor telefon ibu bapa, dan alamat penginapan. Pasang tag pengenalan pada beg atau pakaian mereka sebagai langkah keselamatan tambahan.
Kesimpulannya, melancong ke luar negara bersama anak-anak memerlukan persediaan yang teliti, tetapi ia juga boleh menjadi pengalaman yang tidak terlupakan. Dengan perancangan yang rapi, kesabaran, dan sikap fleksibel, anda boleh memastikan perjalanan yang selamat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Selamat melancong!
Seorang murid tahun enam meninggal dunia selepas lapan jam terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Get, berhampiran Paloh, kelmarin.
Mangsa berusia 12 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 malam ketika berehat di rumah keluarganya di Johor Bahru, akibat kecederaan dalaman di bahagian perut yang dipercayai berpunca daripada insiden kemalangan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh, kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu hanya diketahui selepas bapanya membuat laporan polis pada pukul 2 pagi semalam.
Kemalangan Ketika Ingin Ke Kedai
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, bapa mangsa memaklumkan bahawa anaknya menunggang motosikal untuk ke kedai sebelum terbabit dalam kemalangan.
Hasil siasatan mendapati mangsa ketika itu bersama ahli keluarga sedang dalam perjalanan ke rumah bapa saudara mereka di Jalan Tengah, Paloh untuk menziarahi kematian.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar batu penghadang di bahu jalan sebelah kanan.
Rawatan Ditolak, Mangsa Dibawa Pulang
Mangsa pada mulanya dibawa oleh bapanya ke klinik swasta di Kluang dan Gelang Patah untuk menerima rawatan awal. Namun, walaupun pihak klinik merujuk kes ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi rawatan lanjut, bapa mangsa dikatakan enggan membawa anaknya ke hospital berkenaan dan sebaliknya membawa pulang ke rumah.
Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada malam yang sama.
Siasatan Masih Dijalankan
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya serta mematuhi undang-undang keselamatan bagi mengelakkan tragedi sebegini daripada berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah di ucapkan buat penyanyi, Caprice yang kini telah selamat bergelar bapa selepas isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan zuriat mereka semalam.
Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan oleh Caprice sendiri menerusi platform media sosial miliknya semalam.“March 17th, Lil Cappy dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,” tulisnya ringkas.Menerusi entri sama itu juga, Caprice turut memuat naik videonya yang sedang memangku cahaya mata sulungnya itu.
Caprice dan isteri bagaimanapun belum berkongsi jantina anak mereka kepada umum.
Menerusi Insta Storynya, bapa penyayang itu juga turut meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki malah berterima kasih kepada rakan-rakan dan pengikutnya di Instagram yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan anak dan isterinya.
“Thanks you guys for all the doas, well wishes. Baru sempat baca semua.
“It means a lot to us.
“Syukur alhamdulillah for everything and everyone,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021.
Tidak dinafikan ketika bulan Ramadan, yang paling sibuk adalah kaum ibu. Perlu siapkan makanan untuk sahur dan berbuka puasa, tak dinafikan memang letih. Memasak untuk keluarga lebih baik, bukan saja kita tahu tahap kebersihannya bahkan dah tentu bahan yang digunakan juga dari sumber yang diyakini.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dek kerana keletihan, kadang-kadang mungkin kita terlepas cakap dan merungut.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini agar tiada ibu yang tertekan di bulan Ramadan dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa di bulan mulia ini. Kata ustaz, orang yang paling banyak pahala puasa para isteri dan ibu.
Sebab mereka ini masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa. Nampak macam biasa-biasa sahaja masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
Sumber foto: www.shutterstock.com
Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa mereka itu mereka akan dapat. Pahala puasa suami, pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mertua kalau mendiami rumah mertua.
Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri. Kita ingat makanan yang kita sedekah sahaja kan?
Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak. Jadi, para isteri dan ibu jangan pernah rasa letih untuk masak pada waktu petang ketika bulan Ramadan kerana pahalanya sangat besar.
Walau masak tidak jadi ke, walau masak tidak sedap ke, itu lain cerita.
Yang penting, masak sahaja, lepas itu ada orang makan untuk buka puasa, sudah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan itu.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Apa lagi kalau masak dengan ikhlas, masak dengan wajah manis, masak sambil berzikir, masak sambil dengar bacaan al-Quran. Lagi la bertambah banyak pahalanya itu. Kongsi ilmu ini kepada ibu dan isteri kita, semoga mereka semua bahagia di dunia dan di akhirat.
Semoga dengan perkongsian dari ustaz ini dapat membuka mata kita betapa mudahnya untuk meraih ganjaran ketika bulan puasa. Dengan keikhlasan serta rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap keluarga, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.