Melatih Anak Kecil Bertudung Dari Awal. Tak Perlu Memaksa Tetapi Cukup Dengan Menggalakkannya Supaya Terbiasa

Share

Melatih anak kecil bertudung dari awal bukanlah suatu perkara yang mudah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tetapi anak-anak kecil rimas dengan pemakaian tudung. Rata-rata mereka suka dalam keadaan ‘free hair’ kerana itulah baginya lebih selesa berbanding menutup kepala.

Berikut dikongsikan 3 tip dari TudungSiComel.com bagaimana kita mahu melatih anak kecil bertudung. Ia pasti mengambil sedikit masa, namun sangat berbaloi apabila anak kecil boleh menerima perubahan yang baik untuk dirinya.

  1. Pendekatan secara berhikmah

Sebagai seorang ibu yang mahukan anaknya bertudung, ibu perlulah bermula daripada dirinya sendiri. Kita perlu tunjukkan contoh kepada anak-anak ketika mereka masih di usia kecil lagi. Rajinkan diri memakai tudung di hadapan anak-anak.

Sama jugalah seperti bersolat berdekatan dengan mereka. Hal ini supaya mereka terdedah dengan suasana bertudung.

  1. Meminta tetapi tidak memaksa

Ibu ataupun ayah boleh membuat permulaan membeli tudung untuk si kecil. Setiap kali ingin keluar ke rumah atau mahu berziarah ke rumah kawan, sarungkan tudung di kepala si kecil.

Pada permulaan mereka akan membiarkan, tetapi apabila berada dalam keadaan suhu yang panas, si kecil akan meronta supaya membukanya.

Apabila terjadi situasi ini, bukalah tudung si anak. Tidak mengapa. Tetapi amalkan setiap kali ingin keluar, sarungkan kepala walaupun ia bertahan walaupun 5-10 minit. Itu sudah memadai bagi permulaan. Nanti secara tidak langsung, ia akan boleh menyesuaikan diri.

  1. Teknik memuji

Kita juga boleh melatih si kecil memakai tudung ketika berada di rumah. Apabila mereka memakai tudung, berikan mereka barang mainan atau berikan makanan yang membuatkan ia sedikit khayal. Teknik ini akan menyebabkan mereka memakai tudung tanpa sedar.

Selain itu, berikan pujian manja kepada si kecil seperti panggilan sayang atau comel. Hal ini kerana ia akan membangkitkan rasa mesra sebab si kecil memerlukan perhatian. Jika tidak diberikan perhatian, mereka akan menangis. Semoga dengan cara ini akan dapat memberikan mereka masa untuk menyesuaikan keadaan.

Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk melatih anak perempuan bertudung. Walau apa pun yang penting semuanya ikhlas dari hati. Jika inginkan kebaikan, Allah akan permudahkan. Selagi namanya latihan, biar ada kekurangan di mana-mana namun tetap ada perubahan positif selepas itu.

Published by
Wan Amy