
Beberapa hari lepas aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat lawatan ke di Hospital Sungai Buloh. Perkongsian ini dibuat Che Ta melalui laman Instagramnya. Dia turut berkongsi beberapa foto bersama para ibu di wad bersalin hospital itu.
Sempat berseloroh, Che Ta mengatakan dia terasa seperti mahu ‘buat’ anak apabila melawat ibu-ibu di wad ini. Melihat kepada ruangan komen aktres itu, rata-rata pengikutnya terhibur dengan status tersebut. Walaupun melawat ke hospital, Che Ta tidak pernah ‘kalah’ dalam bergaya. Persalinan anggun dan nampak cantik seperti biasa!
Che Ta pandai pasang badan, kalau mengandung sekali lagi pun tak ada masalah. Teringin juga nak tengok rupa adik kepada si comel Aaisyah Dhia Rana. Mesti sama cute macam kakaknya
Sumber: Rozita Che Wan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan, Banyak Kebaikan Untuk Tubuh

Isi Kandungan
ToggleIbu yang mengandung boleh makan durian kerana durian banyak manfaatnya untuk kesihatan. Menurut pakar perubatan janin, Dr Patrick Chia, durian boleh dimakan oleh ibu mengandung, tetapi dalam kuantiti terhad sahaja. Ibu mengandung yang didiagnos dengan diabetes perlu elakkan makan durian kerana kandungan gulanya yang cukup tinggi.
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan
Walaupun hanya boleh dimakan dengan kuantiti yang sedikit, durian boleh membekalkan khasiat untuk ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Antara khasiat yang terkandung dalam durian ialah vitamin C, vitamin B, serta mineral penting seperti zat besi, magnesium, dan kalsium.
Membongkar mitos durian

Anda boleh makan durian semasa anda mengandung dan sebenarnya ia boleh memberi manfaat kepada anda. Durian mengandungi organo-sulphur dan tryptophan. Sebatian ini mempunyai kesan antioksidan.
Durian juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat, yang memberikan kesan yang positif terhadap kehamilan. Walau bagaimanapun, durian juga mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori.
DURIAN DIKIRA SEBAGAI MAKANAN GLISEMIK TINGGI. ANDA PERLU MENGEHADKAN PENGAMBILAN DURIAN SEMASA MENGANDUNG WALAUPUN SECARA AMNYA IA SELAMAT DIAMBIL OLEH WANITA HAMIL. PUN BEGITU, IBU HAMIL YANG MENDAPAT DIABETES GESTASI TIDAK BOLEH MENGAMBIL DURIAN KERANA KANDUNGAN GULANYA TINGGI.
Bagi negara-negara Asian tertentu, wanita hamil adalah dilarang daripada makan durian. Ini kerana, masyarakat percaya bahawa wanita yang sedang mengandung perlu mengelak daripada makan durian memandangkan pengamal perubatan purba mengatakan bahawa durian boleh memanaskan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan.
Hakikatnya, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. Jika anda mengidam makan durian tetapi khuatir akan kesannya, anda disarankan untuk berjumpa doktor anda dahulu, untuk langkah berjaga-jaga.
Banyak Kebaikan Untuk Tubuh
Manfaat durian kepada kesihatan:
1. Durian tinggi dengan kalori, mineral dan vitamin. Buah ini juga mempunyai isi yang lembut, yang mudah untuk dicerna. Kandungan gula ringkas dalam durian seperti fruktosa dan sukrosa boleh memberikan lebih tenaga, menjadikan anda rasa bertenaga.
2. Durian tidak mengandungi sebarang kolesterol atau lemak tepu.
3. Durian juga adalah sumber serat pemakanan yang baik. Buah ini sama dengan laksatif semula jadi dan mencegah masalah sembelit, yang selalunya dialami oleh ibu hamil.

4. Kandungan serat dalam durian boleh membantu memastikan membran mukus anda selamat kerana ia mengurangkan masa pendedahan kepada toksin. Durian juga membantu mencegah dan menghapuskan sebarang bahan kimia daripada usus, yang boleh menyebabkan kanser.
5. Durian juga penuh dengan vitamin B dan vitamin kompleks seperti niacin, thiamin, dan riboflavin. Kesemua vitamin ini meningkatkan keseluruhan kesihatan anda dan memainkan peranan yang penting dalam menyihatkan fungsi tubuh.
6. Durian adalah sumber baik kuprum, mangan, zat besi, dan magnesium. Kuprum dan zat besi merangsang sel darah merah dalam tubuh anda, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Sumber: Hello Doktor Nutritionist KKM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu Boleh Jejaskan Penyerapan Zat Besi Bila Hb Rendah. 4 Cara Ini Bantu Anda Atasi Anemia

Isi Kandungan
ToggleSebaik selesai menjalani pemeriksaan antenatal, antara perkara yang menjadi igauan ibu hamil ialah apabila doktor memaklumkan tahap hemoglobin (Hb) rendah. Anda perlu faham mengapa doktor sangat menjaga para Hb para ibu hamil. Hb berperanan penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Daripada sudut perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan Hb di dalam sel darah merah. Masalah ini boleh dikesan melalui ujian darah. Paras Hb anda dianggap rendah apabila parasnya kurang daripada 11gm/dl.
Semasa hamil, tubuh seharusnya menghasilkan lebih banyak sel darah merah bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Kekurangan Hb boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekali gus mendedahkan anda dan bayi kepada beberapa risiko yang membahayakan. Berikut adalah antara risiko yang boleh anda alami apabila kekurangan Hb dalam dara.
Keletihan
Paling utama, anemia boleh menyebabkan anda mudah berasa letih, lesu, dan lemah. Malah, anda juga boleh mengalami masalah pening, sesak nafas dan sukar untuk memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara. Seperti yang dinyatakan, hal ini berlaku kesan daripada kekurangan oksigen dan nutrien. Oleh sebab itulah, muka ibu hamil yang mengalami anemia sering kelihatan pucat.
Keguguran
Sekiranya paras Hb terlalu rendah dan berada pada tahap yang serius, tubuh anda tidak berupaya menampung bayi di dalam kandungan. Lantaram itulah, ada kehamilan yang berakhir dengan keguguran janin yang dikandung.
Pendarahan semasa bersalin
Seandainya anda tidak berusaha untuk meningkatkan paras Hb sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin, risiko berlakunya pendarahan semasa proses kelahiran adalah sangat tinggi. Jika hal ini berlaku, kemungkinan besar anda perlu melalui proses pemindahan darah demi menyelamatkan nyawa anda.
Tumbesaran bayi terbantut
Tumbesaran bayi dalam kandungan juga boleh terlewat daripada tahap yang sepatutnya. Paling dibimbangi, bayi yang bakal dilahirkan kelak akan mengalami masalah anemia juga.
Bayi lahir kurang berat badan
Hb yang rendah turut memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi. Dia mungkin tidak dapat membesar dengan normal semasa dalam kandungan lagi. Kesannya, dia mungkin lahir sebagai bayi Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction). Ini bererti, dia lahir dengan berat badan kurang daripada berat bayi normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital.
Bayi meninggal dalam kandungan
Kesan-kesan lain akibat daripada kekurangan Hb dalam darah juga boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.
Kematian ibu
Dalam kes yang paling teruk, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.
Setelah mengetahui risiko-risiko yang boleh berlaku kepada anda dan bayi, berusahalah untuk meningkatkan paras Hb dalam darah. Berikut adalah langkah yang boleh anda lakukan.
1. Ambil makanan kaya zat besi
Antara sumber makanan kaya dengan zat besi ialah daging, hati ayam, limpa, kerang, ikan, sotong, ikan bilis, pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, brokoli dan kailan. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya satu jenis makanan-makanan yang disebutkan ini setiap hari.
2. Ambil suplemen
Sekiranya anda disahkan mengalami Hb rendah, doktor akan membekalkan anda dengan ubat khas bagi mengatasi masalah ini. Biasanya ia terdiri daripada pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks. Ada juga doktor yang membekalkan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
3. Elakkan makanan penghalang penyerapan zat besi
Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisien, elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola atau minuman bercoklat, terutamanya dalam tempoh dua jam selepas pengambilan pil zat besi.
Selain makanan berkafein, susu juga boleh menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh. Walaupun ia merupakan sumber kalsium, tetapi anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya dua jam selepas makan ubat.
4. Lebihkan makanan pembantu penyerapan zat besi
Makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C. Oleh itu, anda digalakkan untuk makan ubat bersama jus oren untuk penyerapan yang optimum. Selain itu, lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan harian. Antaranya jambu batu, limau, betik, tomato dan lain-lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Hamil Jangan Abaikan Senaman, Tetap Kena Bersenam Untuk Mudah Bersalin!

Melakukan senaman dapat meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal bagi menghadapi cabaran sepanjang tempoh kehamilan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang komplikasi kehamilan, disyorkan agar menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan.
Syarat senaman
- Selesakan diri dengan rutin senaman. Mulakan dengan senaman ringan yang pendek antara 15 hingga 20 minit sehari
- Perlahankan rentak senaman apabila berasa tidak selesa . Usahakan pengambilan lebihan 300 kalori sehari (bergantung kepada berat masing-masing)
- Atur corak pemakanan yang seimbang dan teratur dengan makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
- Pilih pakaian yang mampu menyerap peluh.
- Pastikan Pengambilan air yang mengcukupi bagi menggantikan air yang hilang dari badan semasa melakukan senaman.
Plie (Menguatkan Quadrisep dan faraj, meningkatkan keseimbangan tubuh.)
- Berdiri tegak di tepi kerusi yang kukuh. Tangan kanan pegang bahagian atas penyandar. Bahagian kaki dibiarkan selari.
- Bengkokkan lutut sehingga 45 darjah, Tarik nafas sambil ‘tolak’ bahagian pusat ke dalam dan keluar. Dalam masa yang sama pastikan bahagian belakang badan tegak.
- Kembali ke posisi asal. Ulang 10 kali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Curl and lift (Menguatkan Bisep dan bahu)
- Duduk di atas kerusi yang kukuh dalam keadaan selesa. Tegakkan bahagian belakang badan. Bahagian kaki memijak lantai dan tangan direhatkan di atas paha.
- Gunakan dumbbell yang mempunyai berat ½ kg atau 1 kg bagi setiap belah tangan. Pada masa ini, telapak tangan menghadap ke badan anda. Bengkokkan siku supaya lengan membentuk sudut 90 darjah
- Angkat dumbbell ke hadapan separas bahu anda. Kemudian, kembali ke posisi permulaan dan ulangi sebanyak 10 kali.
Plank (Menguatkan lengan dan belakang)
- Dalam keadaan meniarap, tangan menyokong bahagian atas tubuh. Dalam masa yang sama
- Naikkan lutut dan kaki anda sehingga badan membentuk garis lurus.
- Pastikan bahagian belakang badan lurus. Tahan antara sehingga lima kali nafas.
Side-lying innerlift and outer thigh (Menguatkan Paha)
- Berbaring dengan bahagian kepala disokong oleh tapak tangan dan lengan kiri. Kaki kiri dibengkokkan pada sudut 45 darjah manakala kaki kanan diluruskan.
- Letakkan tangan di atas lantai untuk keseimbangan badan. Sebaik-baiknya letakkan bantal di bahagian perut demi keselesaan anda.
- Angkat kaki kiri sehingga ke paras pinggul dan ulangi langkah yang sama 10 kali bagi setiap kaki.
- Setelah itu, beralih sisi dan ulangi langkah yang sama daripada posisi permulaan.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI