“Dugaan terbesar waktu @mawarashid pregnant is…. nak maintain berat badan yang ideal!
“Usually Raf akan maintain at 70-72kilogram (kg). Tapi sepanjang Mawar pregnant ni, berat Raf naik turun macam rollercoaster.
Ads
“From 70 to 75 to 79 to 75 to 73 to 75 to 72 and now I’m at 76kg.
“Melayan Mawar punya mengidam, dia makan 2-3 sudu je. Raf tak sampai hati membazir, Raf habis kan jela,” tulisnya.
Ads
Menerusi ruangan komen rata-rata berpendapat perkara itu adalah sesuatu yang biasa dan ia merupakan pengorbanan yang harus dilakukan oleh suami dalam memenuhi segala keinginan isteri ketika hamil.
Ads
Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.
Kini, Mawar sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Mac ini.
Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Tahniah diucapkan buat penari profesional, Alam Wakaka yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan bayi mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Alam menerusi Instagramnya awal pagi tadi. Malah menurut kata Alam lagi, isterinya dan bayi berada dalam keadaan stabil dan baik.
“Assalamualaikum dunia.
“Syukur ke hadrat Illahi, alhamdulilah segala puji milik Allah, hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti,” tulisnya ringkas.
Malah kata Alam lagi, dia bersyukur isteri dan anak lelakinya dalam keadaan baik malah berterima kasih pada semua yang membantu.
“Keadaan Alisya & bayi stabil. Terima kasih pada Doktor & Nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
“Selamat datang anakku,” tulisnya lagi.
Rata-rata rakan selebriti dan pengikut Alam di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi lelaki mereka.
Terdahulu, Alam mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Alisya Najwa pada 7 Mac 2021.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil minumlah susu. Ini kerana susu mengandungi nutrien penting yang dapat mengekalkan kesihatan tubuh bakal ibu seperti kalsium dan vitamin D. Susu juga membekalkan nutrisi serta membantu perkembangan bayi dalam kandungan.
Ada sesetengah ibu hamil tidak boleh minum susu yang dirumus khas untuk ibu hamil. Mungkin kerana rasanya berlemak atau rasanya tidak menepati citarasa sehingga membuatkan mereka muak apabila meminumnya. Sama ada ibu hamil perlu minum susu semasa mengandung atau tidak, sebenarnya kembali kepada keperluan setiap ibu.
Jika anda merasakan pengambilan makanan dan minuman harian anda memenuhi keperluan nutrisi anda, mungkin pengambilan susu setiap hari semasa hamil bukanlah keutamaan.
Sebaliknya, jika anda merasakan pengambilan makanan dan minuman anda masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi anda, minum susu adalah sesuatu yang digalakkan.
Susu bukan sahaja sebagai pelengkap untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrisi ibu hamil, malah turut memainkan peranan penting dalam menyediakan nutrien yang diperlukan oleh janin.
Ambil contoh kalsium, protein, fosforus, kalium, AHA, DHA, asid folik, dan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh wanita hamil dan janin untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka. Kandungan nutrisi ini menjadikan susu sebagai minuman yang baik untuk diambil oleh ibu hamil.
Apabila anda disahkan hamil, anda mungkin tertanya-tanya pada bulan apakah yang terbaik untuk mula minum susu hamil? Memandangkan terdapat banyak manfaat baik yang diberikan oleh susu hamil, anda dinasihatkan untuk mula minum susu ini pada trimester 1 kehamilan atau ketika anda masih agak muda.
Ibu hamil amat memerlukan nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan diri dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan. Keperluan nutrien semasa hamil meningkat, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Selain karbohidrat, ibu hamil juga memerlukan protein, lemak, kalsium, asid folik, zink, Vitamin B, C, D, E dan pelbagai mikronutrien lain.
Semasa hamil, ibu memerlukan lebih kurang 1,000mg kalsium setiap hari. Menurut laporan USDA, ibu hamil disyorkan untuk mengambil tiga cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium.
Susu merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga memiliki peranan penting dalam membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot bayi. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin D, nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat dan pertumbuhan bayi terbantut (IUGR) dan mengurangkan risiko ibu hamil mendapat penyakit praeklampsia.
Di samping itu, susu juga mengandung asid folik dan DHA yang berperanan dalam pembentukan saraf serta otak bayi. Perubahan fisiologi ketika hamil juga menyebabkan puan cenderung untuk mengalami masalah pedih ulu hati dan gastrik. Pengambilan susu dapat melegakan simptom ini kerana susu adalah sejenis antacid.
Umum mengetahui akan kepentingan pengambilan susu ketika hamil. Tetapi persoalan yang sering diajukan oleh ibu hamil adalah susu yang mana lebih baik?
Susu penuh krim
Ia memiliki kandungan lemak hampir 3.5 % lebih banyak dan 149 kalori secawan. Ia juga mengandungi sekitar 5 gram lemak tepu untuk satu cawan penyajian.
Susu lembu yang dipasteur
Pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan atau minuman dengan tujuan membunuh organisma seperti bakteria dan suatu proses untuk memperlambatkan pertumbuhan mikrob pada makanan. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), menyarankan agar semua wanita hamil menghindari makanan yang diperbuat daripada susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.
Susu rendah lemak
Susu rendah lemak adalah pilihan yang tepat bagi ibu hamil. Di samping mengandungi nutrien dan zat yang mencukupi, ia juga rendah kalori. Ia amat baik untuk ibu hamil yang menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung (GDM).
Pengambilan susu rendah lemak yang dipasteur adalah disarankan untuk ibu hamil supaya kenaikan berat badan tidak berlebihan daripada skala normal. Walau bagaimanapun pengambilan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil secawan sehari adalah tidak memudaratkan bagi ibu hamil yang tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil (GDM) pengambilan susu formulasi adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi sukros yang boleh menyebabkan kawalan gula dalam badan ibu GDM menjadi tidak terkawal dan menyebabkan hyperglisemia.
Ezzaty Abdullah sarat hamil anak ketiga, tak buat ujian jantina bayi, nak buat kejutan. Pelakon Ezzaty Abdullah kini sedang sarat hamil sembilan bulan. Mengambil pendekatan untuk tidak banyak berkongsi kehamilan ketiga, suri hati Azwan Kombos ini lebih selesa untuk berkongsi kepada umum apabila kandungannya telah besar dan selepas melahirkan.
“Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin, In Shaa Allah selepas bersalin nanti saya akan kongsikan,” katanya.
Ezzaty juga dilihat ada memuat naik video bersama suami dan anak-anaknya. Jelas kelihatan ‘baby bump’ pelakon berwajah manis ini.
MENGAKUI BAHAWA KEHAMILAN KALI INI LEBIH MENCABAR BERBANDING DUA KEHAMILAN SEBELUM INI, KONGSI EZZATY, DIA MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK.
UJARNYA LAGI MUNGKIN KERANA KEHAMILAN SEBELUM INI DIA ‘ENJOY’ MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN.
“Mungkin pada awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Hanya selepas usia memasuki empat bulan barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan tidak berlakon lagi,”kongsi Ezzaty.
JELAS EZZATY LAGI, DIA DAN SUAMINYA TIDAK MELAKUKAN UJIAN IMBASAN (PEMERIKSAAN JANTINA) ANAK KETIGA MEREKA KERANA INGINKAN KEJUTAN.
Untuk info, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan orang cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 7 tahun dan Ahmed, 2 tahun.