Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob mengakui sukar untuk mengawal berat badannya selepas isterinya disahkan hamil.
“Dugaan terbesar waktu @mawarashid pregnant is…. nak maintain berat badan yang ideal!
“Usually Raf akan maintain at 70-72kilogram (kg). Tapi sepanjang Mawar pregnant ni, berat Raf naik turun macam rollercoaster.
“From 70 to 75 to 79 to 75 to 73 to 75 to 72 and now I’m at 76kg.
“Melayan Mawar punya mengidam, dia makan 2-3 sudu je. Raf tak sampai hati membazir, Raf habis kan jela,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata berpendapat perkara itu adalah sesuatu yang biasa dan ia merupakan pengorbanan yang harus dilakukan oleh suami dalam memenuhi segala keinginan isteri ketika hamil.
Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.
Kini, Mawar sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Mac ini.
Sumber: ig Rafyaakob & Astro Gempak