Disebabkan kita yang malas menukar lampin setiap 2-3 jam sekali, anak yang menerima padahnya. Anak menangis tak berhenti, malah adakalanya meraung kerana tidak selesa dan melecet teruk pada bahagian punggungnya.
Bukan itu sahaja malah ada kes yang teruk, terdedah kepada bakteria dan jangkitan kulat. Inilah yang buat anak menangis dan meraung tanpa henti, lebih-lebih lagi bila terkena air. Sanggupkah kita biarkan anak kita semacam itu? Sebak rasanya.
Melalui perkongsian di facebook, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi info ini kepada ibu bapa. Jangan sesekali biarkan anak dengan lampin yang lembap pada tempoh yang lama.
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Bayi Kita Tu Merana
Kerap jugak kami jumpa bayi yang punggungnya tumbuh ruam sampaikan melecet teruk. Kadang tu luka siap bercampur dengan jangkitan kulat lagi. Ya Allah. Kesian sangat!
Bayi ni nak bercakap mengadu belum pandai. Itu yang asyik meraung sekuat-kuatnya. Sebak betul bila nampak situasi begitu.
Ni saya nak kongsi 5 perkara yang kita kena elakkan supaya benda yang menyakitkan tu tak berlaku pada anak kita sendiri.
1. Jangan biarkan lampin dia lama tak bertukar. Tambah pulak kalau memang dah penuh dengan air kencing dan najis. Kuman minat benar berkumpul kat tempat lembab dan tercemar. Jadi kalau boleh, 2-3 jam sekali periksalah lampin dia tu.
2. Jangan pakaikan lampin terlampau ketat. Nanti flow udara di kawasan lampin tu tersekat dan punggung akan sentiasa lembab.
3. Jangan letakkan bedak dekat punggung anak tu. Selain nak elak daripada bahaya bahan kimia yang terkandung dalam bedak, kita jugak tak nak debu bedak yang bercampur baur dengan najis dan air kencing bertukar jadi medium subur untuk kuman beranak pinak.
4. Jangan biarkan punggung anak yang dah mula naik ruam macam tu je. Kadang kita ni duk fikir mudah. Alah, nanti okaylah balik tu. Jangan! At least apply lah “barrier cream” seperti zink oxide dan petroleum jelly. Sapu nipis je. Bila bayi terkencing atau terberak, kotoran tu tak direct kena pada kulit yang dah terluka melecet.
5. Jangan selamba je guna tisu lembab bayi jenis yang ada alcohol dan bahan pewangi. Kalau dah selalu sangat terkena bahan kimia, memanglah kulit bayi pun akan mudah meradang dan jadi alahan. Air suam dan kain bersih sebenarnya dah memadai untuk bersihkan punggung bayi.
Kalau dah usaha elakkan semua ni tapi ruam masih galak jugak duk kat punggung baby tu, cubalah bertukar pada jenis lampin bayi yang lain pulak.
Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang perkara ni. Tolong #share dengan mak ayah dan orang luar sana yang belum tahu ye.
Artikel menarik: Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat, Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents