Kita rimas bila anak-anak berkejaran, menjerit dan melompat sana sini dalam rumah tapi tahukah kita, ini semua adalah fitrah anak-anak kecil. Mereka bukan terlebih hyper tetapi inilah lumrah mereka membesar.
Jadi biarkan sahaja mereka menikmati masa-masa indah mereka membesar. Menurut Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan, hendak membesarkan anak bijak sememangnya memerlukan kesabaran yang tebal dalam diri. Tabahkan hati wahai mak ayah. Informasi yang dikongsikan oleh beliau ini, mak ayah perlu tahu dalam membesarkan anak.
Anak saya ni bila berseorang, adorable. Bila berdua, ya Tuhan. Rasa macam bela ahli Ninja Turtle.
Melompat, menjerit, menyakat, berkejaran, bertumbukan, bergulingan, bercakaran. Yang hairannya, muka diorang bukan main terhibur. Riuh bergelak macam takde apa digusti gitu.
Ads
Itu yang bila ada pm minta tips pasal anak punya perangai nakal, saya hanya mampu gelakkan diri sendiri. Sebab saya tau, kalau yang pm tu tengok sendiri perangai anak-anak saya, diorang pasti ternganga lalu timbul rasa menyesal bertanya.
Itulah anak-anak. Lagi-lagi anak jantan. Sampai ramai mak ayah yang salah fahan ingat anak tu hyper.
Sedangkan itulah fitrah anak-anak kecil. Badan sentiasa lapar untuk bergerak. Tenaga terlalu banyak dalam badan. Sabarlah ye mak-mak. Nak besarkan anak bijak, memang kena ada sabar yang tebal.
Ads
Walaupun tingkah laku mereka merunsingkan, tapi rupanya banyak kebaikan bila anak-anak berlasak begitu.
Ini saya kongsikan hasil bacaan mengenai Rough and Tumble Play.
Ads
Apa yang ibu bapa perlu lakukan? – Fahamilah fitrah anak bermain, galakkan anak buat aktiviti outdoor. – Design permainan yang sesuai. – Sediakan ruang yang sesuai untuk anak bermain. – Pantau dari jauh untuk mengelakkan pergaduhan dan kemalangan luar jangka. – Set boundaries: – Guna telapak tangan, bukan tumbukan. – Contact only allow below shoulder. – Tak melibatkan gurauan sentuh alat sulit. – Tak dibenarkan mengejek. – Stop bila ada yang tak happy.
Elakkan juga empat perkara ini ketika anak bermain: – Terlalu banyak campur tangan. – Terlalu banyak larangan. – Mengunci anak dengan gajet & TV. – Marah mereka keterlaluan.
Begitu banyak manfaat dan kelebihan anak lasak, jadi biarkan sahaja anak-anak kita aktif dan menikmati waktu-waktu mereka. Kita pantau sahaja.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Datin Paduka Eina Azman memang terkenal di instagram sebagai artis yang rajin memasak untuk keluarga. Ramai netizen suka melihat video-video masakan yang dikongsinya.
Selain dari itu Eina juga seorang ibu yang sentiasa tampil cantik bergaya dan penyayang serta sangat lembut mendidik dua orang anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Bahkan ramai peminat yang menjadikan video-video masakannya sebagai rujukan mereka ketika memasak selain meminta pelakon drama Selamat Pengantin Madu ini berkongsi resipi-resipi tertentu.
Rahsia Rumah Tangga Bahagia
Orang tua-tua cakap kalau nak rumah tangga bahagia dan suami sentiasa sayang, isteri kena pandai jaga perut suami (rajin masakkan untuk suami).
Memang tepat pun pesanan orang tua-tua kita bila terbukti melihat kebahagiaan pasangan Eina dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang sentiasa ceria dan saling sayang menyayang.
Bahkan air tangan ibu juga penting untuk menambat selera serta hati anak agar mudah dididik dan mendengar kata. Melihat telatah dan kecerdikan anak-anak Eina memang terbukti air tangannya berjaya membentuk tingkah laku anak yang positif.
Ternyata biarpun sibuk berlakon, ibu jelita ini tetap punya masa untuk menyinsing lengan memasak makanan kegemaran suami dan anak-anaknya. Salute dengan Eina!
Resipi Mashed Potato ala KFC Untuk Aubrey & Karl
Bahan-bahan:
Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Susu segar
Lada sulah
Lada hitam
Tepung jagung
Serbuk pati ayam
Sedikit air
Butter
Cara memasak:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
Masukkan tepung jagung dan sedikit air.
Masukkan lada sulah, lada hitam dan biarkan sehingga mendidih.
Kemudian kisar bahan tersebut.
Lenyekkan kentang yang sudah direbus. Kemudian campur dengan sedikit susu segar dan gaul rata.
Curahkan kuah yang dikisar tadi ke atas kentang lenyek. Siap untuk dimakan.
Kehadiran dua hero dalam hidup penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah ternyata memberi sinar bahagia buatnya bersama suami.
Walaupun anak keduanya, Nuh Aryyan beza setahun dengan anak sulung, Adam Malique, Cik Piah tetap positif dan menganggap kehadiran Nuh dalam keluarga memberi rezeki yang lebih murah buat mereka sekeluarga.
Nampak gayanya anak sulung Cik Piah pun teruja sebab dah ada kawan dan tindakan Cik Piah memberi peluang pada Adam untuk dekat dengan adiknya satu tindakan yang bijak.
Bercakap dengan anak-anak beza dengan bercakap dengan orang dewasa. Tak boleh main bantai saja. Ada sains dan seninya berkaitan dengan anak-anak ni.
Level umur anak yang berbeza juga perlukan cara bercakap yang berbeza. Tetapi satu persamaan bab bercakap yang ramai orang tidak tahu.
Perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar ini menjelaskan kenapa ibu bapa kena tahu cara bercakap yang betul dengan anak supaya lebih mudah dengar cakap.
Apabila bercakap dengan anak saya akan pastikan yang level mata saya dan anak sama. Penting sangat benda ni. Kalau kita berada di atas dan pandang ke bawah, anak mudah rasa terancam. Sama posisi biasanya masa anak kena marah.
Bila pandang terus ke mata pada aras sama, tumpuan anak lebih baik. Fokus mereka terus pada apa yang kita sebutkan. Mereka dengar dan faham. Arahan akan dilaksanakan.
Kalau kita bercakap tanpa si anak pandang ke mata kita, fokus mereka adalah pada objek yang mereka pandang. Dia tak fokus pada kita. Mereka seolah ‘pekak’ pada apa yang kita sebutkan. Akibatnya kita yang kecewa. Mereka pula kena marah sebab tidak ikut arahan yang kita berikan awal tadi.
Tadi masa kat aiport nampak depan mata senario ni. Anak berumur sekitar 5 tahun ni keluarkan mainan. Seronok nampak dia main tolak dan sorong kereta kecil di atas lantai. Banyak pula tu kereta kereta kecil yang si anak bawa keluar. Seronoklah dia bermain. Macam-macam bunyi keluar.
Saya terhibur tengok keletah si anak. Bila announcement dibuat yang pesawat bersedia untuk berlepas, si ibu terus kata kat anak “pack up now.”
Si anak masih main. Ralit sungguh dia. Si ibu letakkan handphone dan ambil beg. Bersedia untuk bangun.
Masa nak bangun dia tengok si anak belum kemas mainan. Terus kena jerkah. Tangan dia pula terus singgah di telinga si anak. Nampak macam dia pulas tombol pun ada waktu tu.
Si anak pun spontan menangis. Ramailah yang memandang waktu tu. Si ibu buat tak tahu terus kemas mainan si kecil ni. Dah siap kemas terus direntap tangan si anak. Ditarik untuk bangun. Makin menangislah si anak itu.
Peristiwa menangis ini boleh dielak. Apa yang si ibu perlu lakukan ialah panggil nama si anak dan tunggu. Biar anak lihat si ibu dulu. Mata anak dan si ibu kena lock dulu.
Bila mata dah bertentang jangan terus beri arahan. Si ibu perlu turun ke bawah. Biar paras mata si ibu dan si anak sama. Bila mata anak dah sama level baharulah si ibu berikan arahan.
Bila teknik Eye Locking Eye Level (EL2) digunakan, anak akan mudah dengar, patuh dan buat.
Untuk anak dah remaja atau besar, teknik EL2 juga beri kesan sama. Elak dari bercakap atau beri arahan sambil berjalan. Sambil berlalu beri arahan. Kaedah begini tidak berkesan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.