Melukis Buat Otak Anak Berfikir, Ada Cara Nak Rangsang Anak Pandai Melukis, Ini Langkahnya!

Share

Kemahiran anak-anak kita tidak datang sendiri. Benar, bakat dan anugerah adalah kurniaan Allah namun kemahiran ini perlu terus dirangsang dan diasah sebaiknya agar kita dapat mengenal pasti dimanakah kebolehan si kecil kita.

Salah satu bakat yang perlu mak ayah rangsang adalah bakat melukis dalam diri anak-anak. Sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan bagi mencambahkan minat anak-anak sekaligus membina daya kreativiti dan mencari kemahiran dalam diri mereka.

Nak rangsang anak melukis, perkongsian ilmu yang dikongsikan oleh Dato’ Sohaimi Shahadan aka Tok Mie ini patut mak ayah jadikan panduan untuk memperkenalkan seni lukisan ini kepada anak-anak kita. Ini mak ayah perlu tahu.

Cari benda depan mata

Mulakan meminta anak-anak mencari benda atau subjek yang ada di depan mata mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya antara pilihan menarik. Bukan itu sahaja buah juga punya warna yang menarik seperti oren, merah, hijau dan sebagainya untuk menarik perhatian anak. Anak-anak juga perlu melihat di depan mata bagi melihat warna dan bentuk, jadi buah adalah pilihan tepat sebagai subjek.

Melukis dapat mencungkil bakat-bakat kreatif dalam diri mereka. Mendorong anak melukis juga menggalakkan minda anak-anak berfikir ketika mereka mencantumkan warna, kaedah yang diguna pakai dan merangsang daya kreativiti mereka.

Biasakan buat garisan
Mulakan buat garisan lurus memanjang supaya tangan anak kekal dan menegak. Inilah konsep atau basic lukisan.

Mulakan dengan bulatan
Mulakan dengan bulatan kecil dan bulatan besar di atas kertas. Ia adalah basic kepada lukisan.

Garisan menegak dan garisan lurus serta bulatan adalah asas lukisan. Apa-apa lukisan yang kita ingin lakarkan, pasti ada asas garisan dan bulatan. Jadi perlu konsisten. Biasakan dengan garisan dan bulatan ini.

Mulakan melakar
Minta anak melakar mengikut visual atau buah yang ada di depan mata. Ikut bentuk daripada asas bulatan.

Jangan buang lukisan anak-anak kita, simpan dan jadikan hadiah hari jadi sebagai hadiah di waktu mereka membesar kelak. Mereka pastinya menghargai momen ini. Teruskan untuk menggalakkan anak melukis.

Asas gula cakul
Mulakan kemahiran asas anak dengan menggunakan cakul. Mulakan dengan lakaran menggunakan pensil terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dilakar semula menggunakan cakul. Penggunaan cakul lebih senang dibentuk dan mendapatkan tona cahaya, walaupun ia sedikit kotor ketika menghasilkan lukisan.

1. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu gelap dan cerah

2. Gunakan jari untuk lukiskan kesan cahaya gelap dan cerah.

 

Konsep mewarna

Pensil warna
Pensil warna adalah bahan asas untuk mewarna dan sesuai dengan kanak-kanak di peringkat usia awal selain krayon. Ketika mewarna dengan pensil warna, gunakan gabungan beberapa warna seperti warna oren, kuning, putih dan sedikit hitam untuk memberikan tona kepada buah oren.

Sebatikan gabungan warna ini supaya nampak serasi ketika mewarna. Ketika mewarna juga, gunakan pelbagai arah mengikut bentuk buah atau subjek yang di warna.

Water colour
Ketika mewarna menggunakan water colour, mulakan dengan mewarna menggunakan warna asas di dasarnya. Kemudian ditambah dengan warna-warna lain, gabungan daripada warna yang sama. Contohnya warna hijau, hijau gelap, hijau pekat, hitam dan warna hijau cerah. Cari pencahayaan untuk menentukan warna cerah dan gelap.

Published by
SRM