Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak kecil memang ada beberapa bilik yang kosong dan jarang-jarang dimasuki. Yang digunakan hanyalah bilik utama.
Jangan biarkan terlalu lama bilik-bilik tersebut tidak dibuka. Sentiasa kemas dan buka pintu serta tingkap supaya pengudaraan baik dan cahaya dapat memasuki bilik. Kalau boleh jadikan bilik tersebut tempat menggosok dan satu bilik lagi tempat anak bermain. Ikuti perkongsian ini.
Cerita ngeri siang hari. Cerita benar ya 😅
Kat dapur rumah saya. Ada bilik. Dulu tak guna. Tutup sahaja. Sampai satu malam tu mimpi. Lalu dapur dan ada orang duduk dalam bilik tu.
Dalam mimpi tu nampak katil baju-baju org tu. Sy pun tegur, eh kemain duduk sini. Sape bagi?
Dia jawab sambil marah.
“Dah takde sape duduk sini
Aku nak duduk lah”
Lepas dia cakap gitu. Terus terbangun tidur. Esok nya bila lalu dapur mula meremang. Apehal pulak rasa gini. Terus teringat mimpi.
Mula-mula abaikan. Rasa perasaan je kot. Tapi naik seminggu rasa tak sedap. Tengah masak tiba-tiba rasa ada orang kat belakang. Panggil imam tengokkan. Memang ada benda menumpang 🤦♀️
Lepas kejadian tu panggil orang bersihkan bilik. Buat bilik mainan anak. Tak tutup pintu dah. Hari-hari buka mengaji dalam bilik tu.
Bukan bilik tu je. Stor pun kemas habis. Hari-hari buka dan masuk. Takde ape nak buat kat stor pun buka juga. Vacuum atau sapu-sapu bilik.
Kesimpulannya. Jangan biarkan bilik kosong dlm rumah. Tak kisah lah letak apa pun situ. Tak dapat masuk hari-hari, dapat 2-3 hari sekali masuk bilik tu pun dah ok. Janji jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri 👻
Cerita diatas adalah berdasarkan pengalaman benar saya.
Kredit: Puan Yuyu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI