Perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan penyusuan dengan baik dan lancar. Sama seperti kita, Tasha Manshahar juga mengakui pengalamannya menyusukan anak sulungnya Muammar tidak mudah.
Malah kata Tasha lagi, dia yang ketika itu bekerja mengakui pengalaman menyusukan anak ketika bekerja agak mencabar, malah menuntut lebih masa. Namun dia bersyukur Allah mempermudahkan urusan penyusuannya dengan baik sehingga dapat menyusukan Muammar seminggu sebelum masuk usia dua tahun, seperti yang diimpikannya sejak dia hamil anak pertama lagi.
“Sejujurnya journey menyusukan Muammar bukan mudah, sebab Tasya tak pernah ada pengalaman sebelum itu, menyusukan baby dan lagi pulak tak dibesarkan sepenuhnya menyusukan badan.
” Dulu masa mummy Tasha pun dia tak dapat menyusukan Tasha masa kecil sebab masa dulu kurang ilmu mengenai penyusuan dan dia sendiri tak dapat menyusukan Tasha sampai umur dua tahun. Hanya beberapa bulan yang awal saja, lepas tu Tasha dah minum susu formula sepenuhnya.
” Jadi nak minta ilmu dan knowlegde pun mummy kata dia tak tahu sebab tak ada pengalaman nak menyusu. Tapi alhamdulillah sekarang ini ada banyak ilmu dan sampaikan mummy Tasha sampai impress dan cakap “bestnya susu meriah macam ni dapat susukan anak, mummy dulu tak dapat merasa macam ni”. Sampai macam tu sekali,” kata Tasha berkongsi.
Lepas seminggu baru susu keluar
Malah kata pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu lagi, pada awalnya dia menghadapi masalah ketika menyusukan Muammar. Dan selepas seminggu barulah susu keluar seperti biasa.
“Jadi awal-awal memang Tasha campur formula dulu sebab masa mula-mula susu Tasha tak keluar. Lepas seminggu baru susu kolostrum tu keluar. Itu pun sebab ada bidan tolong ajarkan dan urut untuk rangsang susu keluar dan sebagainya. Kalau tak memang Tasha tak tahu macam mana nak susukan anak.
“Walaupun pada awalnya memang dah niat nak susukan sampai umur dua tahun. Bila niat macam tu, Allah mudahkan jalan. Mulanya memang ada rasa nak give up tapi ada saja jalan Allah nak bagi untuk Tasha terus susukan Muammar. Contohnya Muammar tak nak minum susu botol, tak nak susu formula dan sebagainya, jadi nak tak nak Tasha kena adakan juga supaya dapat susukan Muammar.
“Memang struggle masa mula-mula, sebab tak ada pengalaman dan tak ada ilmu. Tasha pula waktu tu tengah bekerja. Jadi nak kena pam susu. Bagi Tasha mengepam susu tu memang struggle pada Tasha. Tasha lagi prefer direct feed sebab pam tu memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Jadi Tasha memang salute sangat-sangat mommy yang jaga waktu dia untuk mengepam susu. Memang salute!
Anak nak direct feed sahaja
” Saya jadi stress sebab nak kejarkan kelas, Muammar pulak tak nak hisap susu botol, nak direct feed. Lepas setahun dia lagi kerap menyusu waktu malam, jadi saya penat. Memang penat tapi saya rasa berbaloi dan puas hati.
” Pengalaman paling mencabar bila Muammar tak minum stok susu yang Tasha pam. Tasha dah buat macam-macam cara tapi Muammar memang tak nak. Agak payah waktu tu. Apa yang Tasha buat, Tasha pam dulu sebelum pergi kerja. Stok susu yang Tasha simpan selama ni dibuang macam tu saja bila Muammar nak direct feed sahaja.
” Penat dan sedihnya tak payah cakaplah, tapi bayaran dia adalah kepuasan kita nampak anak kita membesar dengan sihat, jarang sakit dan kita nampak bonding dengan dia tu masyallah luar biasa, jadi Tasya rasa berbaloi.
“Untuk anak kedua ni, disebabkan ada pengalaman insyallah rasanya tidak sesusah dengan Muammar dulu. Apa kesilapan dulu Tasha dah tahu kali ini, insyallah Allah mudahkan.
“Sekarang ni pulak dah ramai konsultan dan ramai yang share pasal penyusuan, insyallah boleh membantu,” kongsinya.
Jangan putus asa
Kata Tasha lagi jangan putus asa bila Allah tak rezekikan kita untuk susukan anak. Apa yang penting kata Tasha adalah anak kita sihat.
“Apa yang penting bagi Tasha adalah niat kita. Kita niatkan awal-awal untuk susukan anak insyallah Allah mudahkan.
” Bagi Tasha semua ibu nak anak sihat, bagi yang tak ada rezeki nak susukan anak dengan susu ibu tak mengapa, asalkan anak kita sihat itu sudah memadai. Kalau ada yang nak terus berusaha, carilah ilmu sebanyak mungkin mengenai penyusuan bayi dan doa pada Allah untuk susu yang mencukupi dan berkat untuk anak kita, insyallah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Tasha yang mengumumkan kehamilan keduanya pada awal Syawal yang lalu mengharapkan rezekinya untuk menyusukan anak keduanya kali ini dipermudahkan Allah SWT.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya.
Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @tashamanshahar