Hujung tahun ni memang ramai yang ambil peluang untuk bercuti ke luar negara. Bagi yang nak bawa keluarga terutamanya anak-anak kecil pasti pelbagai persediaan di buat sebelum memulakan perjalanan. Ini semua penting bagi memastikan segalanya berjalan lancar ketika percutian berlangsung.

Bukan sahaja perlu bersedia dari segi kewangan, pakaian yang sesuai, makanan yang perlu dibawa selain kelengkapan anak-anak, persediaan dari segi kesihatan juga perlu diambil kira sebelum melancong.

Seperti yang dilakukan oleh wanita yang dikenali dengan nama Amira Ashikin Isni menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook Road To Korea. Ibu ini mendapatkan suntikan buat diri dan keluarganya sebelum melancong ke Korea.

Mungkin ramai yang takt ahu rupanya banyak pilihan jenis vaksin untuk pengembaran, pelajar, suka makan dan juga Jemaah haji/umrah. Pengambilan vaksin untuk ke luar negara ini boleh kita semua dapatkan di hospital atau klinik terpilih.

Berikut perkongsian yang dibuat oleh wanita tersebut:

Ambil Vaksin Sebelum Travel

Alhamdulillah selesai sesi pengambilan Vaksin Influenza kami seisi keluarga.

IKLAN

Yang nak ke luar negara boleh dapatkan suntikan Vaksin Influenza di mana-mana klinik atau hospital.Tahan untuk setahun.Yang area KL, KPJ Tawakal ada sediakan special promo cuma RM60 sahaja untuk satu suntikan sehingga hujung Disember.

Sebenarnya ada banyak vaksin yang lain lagi untuk tambahan yang boleh diambil.
Untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah refer doc pakar dulu ya. Harga murah sedikit dari harga promo kalau di KPJ Tawakal.Boleh minta doc sediakan bekalan ubat-ubatan yang sesuai untuk anak-anak kita.

Disarankan pengambilan vaksin influenza atau mana-mana vaksin untuk ke luar negara adalah 14hari sebelum tarikh.Jangan esok nak pergi hari ni baru suntik tau,takut demam ke apa.

Ubat-Ubatan yang diminta untuk bekalan anak-anak

IKLAN


Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak-anak, Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong

Suntik di sini di Wellness Center.Sila call untuk buat appoitment.Untuk Kanak-Kanak 4 tahun ke bawah kena suntik dengan doc pakar


Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak-anak, Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong

IKLAN

Sila ambil brosur ini ya,tambah pengetahuan vaksin-vaksin apa yang digalakkan ambil kalau pergi melancong setiap negara.Vaksin Umrah/Haji pun ada cadangan vaksin yang disyorkan

Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak-anak, Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong

Anak-anak memang akan menangis tapi biasanya kejap sahaja, lepas tu dah gembira balik boleh bermain

Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak-anak, Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak-anak, Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak-anak, Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong

Orang dewasa pun jangan lupa ambil vaksin

Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak-anak, Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong

Memang tak wajib untuk setiap yang nak melancong tu ambil, tapi kalau nak buat langkah pencegahan apa salahnya kan. mencegah tu kan lebih baik dari merawat!

Sumber: Amira Ashikin Isni

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI