Benarlah kata pepatah, malang tidak berbau. Sudah memandu secara berhemah tapi disebabkan kesilapan orang lain mungkin boleh menyebabkan kemalangan yang melibatkan kita juga. Sesungguhnya pengalaman berdepan dengan kemalangan sangat menakutkan dan boleh menyebabkan trauma.
Seperti yang dipetik dari portal BH Online, tentang seorang ibu bersama anaknya termasuk bayi berusia dua bulan terselamat dalam kemalangan yang meliatkan lima buah kenderaan.
Ikuti berita lanjut;
Seorang wanita bersama lima anaknya termasuk bayi berusia dua bulan, bersyukur apabila terselamat selepas terbabit dalam nahas lima kenderaan di Kilometer (KM) 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, di sini, petang tadi.
Kerani sekolah, Azima Chik, 38, dalam perjalanan selepas menghantar anak sulungnya pulang ke asrama di Sekolah Menengah Sains Setiu.
“Saya bersama lima anak dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sura Tengah, Dungun.
“Masa tiba di lokasi kejadian, saya nampak sebuah lori dari arah depan terbabas dan masuk ke laluan kami.
“Saya cuba mengelak tetapi terlanggar Perodua Axia di depan.
Ads
“Memang cemas dan saya cuma fikirkan anak-anak, mujurlah anak saya yang berusia 12 tahun memegang adiknya berusia dua bulan dan tidak tercampak,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Sumber foto: BH Online – Kemalangan maut membabitkan lima buah kenderaan yang berlaku di Kampung Selamat Sungai Tong, di sini.
Azima yang memandu Toyota Wish, berkata suaminya, Mohd Hanapi Ali, 46, tidak bersama kerana kurang sihat.
Peniaga kedai makan, Mazlan Abdul Ghani, 56, berada di rumah kedainya berhampiran lokasi kejadian sebelum mendengar dentuman.
“Saya keluar dan nampak beberapa kenderaan terbabit kemalangan tak jauh dari kedai.
“Kereta Proton Exora nampak paling teruk dan saya cuba membantu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa, hanya menunggu pihak bomba datang mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya yang ditemui di sini, hari ini.
Ads
Sumber foto: BH Online – Kemalangan maut membabitkan lima buah kenderaan yang berlaku di Kampung Selamat Sungai Tong, di sini.
Mazlan berkata, ketika itu pemandu kereta Exora berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia tetapi isterinya masih bernyawa dan meminta pertolongan.
“Apabila pihak bomba tiba, pasangan suami isteri itu disahkan meninggal dunia manakala anak mereka cedera parah dan dibawa ke hospital,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan turut menyebabkan anak mereka, Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, cedera parah di muka.
Sama-sama doakan agar keluarga yang kehilangan insan tersayang tabah menghadapi ujian berat ini manakala untuk mereka yang tercedera disebabkan kemalangan tersebut akan segera sembuh.
Penduduk di Asem Jajar, Surabaya, Indonesia gempar apabila menemui seorang bayi yang dipercayai ditinggalkan di dalam bungkusan selimut berwarna biru.
Bayi yang lengkap berpakaian itu ditinggalkan di hadapan sebuah rumah milik seorang penduduk yang dikenali dengan nama Nicomarlib Junhuda.
Pada awalnya penduduk menyangkakan isi bungkusan berkenaan adalah haiwan yang menjadi mangsa prank oleh anak-anak nakal.
Namun, sangkaan meleset sama sekali apabila menemukan bayi perempuan comel berusia kira-kira tiga bulan bersama sepucuk surat yang menyentuh hati ramai.
Hasil siasatan mendapati, bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan sihat.
Apa yang menghibakan adalah sekeping surat yang ditinggalkan bersama bayi tersebut yang menggambarkan kesukarannya untuk menjaga anaknya yang dinamakan Alin buat sementara waktu.
“Bu (ibu), saya titip (serahkan) anak saya untuk beberapa waktu bu. Tolong ya bu, nanti saya balik untuk ambil anak saya,” tulisnya.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Polis, Dwi Okta, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap kes buang bayi tersebut.
“Pihak berkuasa akan meneliti rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di lokasi kejadian yang mana mengesyaki dua individu terbabit. Namun identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti disebabkan kualiti gambar kurang jelas.
“Bayi itu kini sedang menjalani saringan di hospital dan kemudian akan dihantar kepada Khidmat Sosial Penjagaan Balita (PSAB) Provinsi Jawa Timur untuk diserahkan kepada negeri,” katanya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Diam tak diam, anak pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, Nur Khawla Soleha ini sudah pun sihat membesar. Malah Khawla kini berusia satu tahun setengah.
Berkongsi perkembangan terkini anak kesayangannya itu, kata Ernie, Khawla kini semakin banyak helahnya malah sudah banyak bercakap.
Ada sahaja aksi comel Khawla yang menarik perhatian, dikongsikan Ernie dan Syamel di Instagram mereka. Memang comel.
“Khawla Now. MashaAllah Subhanallah. Alhamdulillah. Khawla dah setahun lima bulan.
“Sekejap sangat masa berlalu, dah pandai sebut banyak benda,” tulis Ernie berkongsi.
Tambah Ernie lagi, hidupnya tambah ceria bila mana Khawla yang dilahirkan pada 22 Februari 2022 itu juga semakin banyak helahnya dan pandai bergurau dengan ibu dan ayah.
“Dah pandai bagi helah, dah pandai gurau gurau dengan Ibu.
“Moga jadi anak baik ya Nak. Ibu Daddy sayang Khawla dunia akhirat,” kongsinya.
Melalui entri yang sama, Ernie turut berkongsi beberapa video Khawla bersama Syamel dan telatah Khawla yang kini semakin membesar.
Dalam pada itu, Syamel dan Ernie juga turut dipuji wargamaya kerana pandai membahagikan dan mencuri masa untuk bersama-sama Khawla biarpun sibuk dengan jadual harian mereka.
Bila hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat-menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni.
Baru-baru ini, sebuah video tular di kongsikan oleh pengguna di Facebook, Sulyeana Yana
yang tidak puas hati dengan tindakan jirannya yang meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya serta menyebabkan kesukarannya memasuki kenderaan dalam rumahnya sendiri.
Bertahan bertahun dengan sikap jirannya, akhirnya wanita ini meluahkan perasaannya. Bukan tidak bertimbang rasa, sikap tidak ambil peduli dan tolak ansur membuatkan wanita ini mengambil keputusan untuk bertindak menegur jiran berkenaan.
Sehingga kini video berkenaan telah tular di media sosial dan mendapat tontonan mencecah 3 juta di facebook miliknya
“Puas hati tengok video akak ni. Sebab pernah kena sebijik mcm ni”- Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan. Juga ada yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi yang sama, Malah ada yang terkejut dengan sikap jiran berkenaan yang langsung tidak bertimbang rasa.
“Puas hati tengok video akak ni. Sebab pernah kena sebijik mcm ni”
“Walaupun jalan raya depan tu milik semua tp nak parking kereta, jgnlah parking depan rumah org. Ni fikir nak senang sendiri je tp lgsg tkde common sense nak fikir susah payah jiran nk keluar masuk kereta. “
“Ini la sebab kenapa kami xbeli rumah kawasan kos rendah atau sederhana. Terpaksa la spend sikit. Bukan apa kita dh beli nk duduk bertahun.”
“Jenis suka parking depan rumah orang pun ada,biar rumah sendiri nampak lapang.”
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.