Tak ada manusia yang nak anak mereka sakit. Sedih, sayu melihat si kecil menahan sakit. Bila si kecil sakit terasa seolah patah kaki lebih-lebih lagi jika si kecil dimasukkan ke dalam ward.
Semua urusan terpaksa ditangguhkan lebih-lebih lagi melibatkan urusan di tempat kerja. Namun ketua dan ahli kumpulan di tempat kerja yang memahami sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dirasai dalam fikiran ibu bapa ini.
Kalau anak sakit, jagalah. Walaupun mereka tidak lagi faham mengapa mereka begitu penting bagi anda lagi.
Anak-anak adalah saham dunia akhirat, didiklah mereka, asuhlah mereka.Supaya satu hari nanti, saat mereka mencapai kematangan, mereka akan mengerti.
Ads
Kepada ketua tempat kerja
Kepada rakan-rakan yang punya tanggungjawab sebagai pemimpin, berilah anak-anak kecil ini peluang bersama ibubapa mereka. Sakit dan kesusahan bukan diminta-minta.
Permudahkanlah urusan rakan-rakan kita, Tuhan akan permudahkan urusan kita kelak.
Ads
Aku memang cukup faham bila mana anak-anak sakit, penat menjaga lain, penat ke hulu ke hilir mengurus anak-anak ke hospital dan keluar masuk wad lain, bersengkang mata menyiapkan tugasan lain, bertegang urat dengan pasangan juga lain.
Ads
Mungkin kau tidak lagi punya anak-anak kecil, tapi sekurang-kurangnya. Kenanglah saat-saat kau membesarkan mereka.
Jiwa yang tenang dan penuh kasih sayang, pasti akan membawa kecemerlangan yang tidak terbilang kepada organisasi yang kau sayang.
Kredit: Firdauz Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betul ke emosi ibu boleh mempengaruhi perkembangan anak? Ini yang selalu dipersoalkan. Mengikut beberapa pendapat dari pakar keibubapaan, akan ada sedikit tempiasnya pada anak jika ibu bapa selalu ‘teremosi’.
Dalam hal ini, biasanya ibu individu paling rapat dengan anak. Memang diakui kepenatan menguruskan anak, rumah tangga biasanya akan buat ibu mudah marah dan susah nak kawal emosi.
Menerusi apa yang dikongsikan Puan Fadzielah Ayub dia sendiri pun kadang-kadang boleh teremosi dengan anak tapi apa yang diamalkannya adalah jaga diri sendiri dulu.
Bagi ummi, jaga diri sendiri dulu lebih utama sebelum kita jaga dan mengutamakan orang tersayang especially anak.
Bila emosi ibu tak stabil, macam mana kita nak pastikan emosi anak stabil? Agak susah kan, lagi-lagi kita duduk dengan anak 24jam.
Ini kerana, emosi ibu samada positif atau negatif boleh mempengaruhi perkembangan otak anak.
Bila ibu penat, Susah nak kawal emosi, Mudah bad mood, Malas nak layan anak, Tak respon anak, Anak kena marah, Salahkan anak sebab terlalu aktif, dan lain-lain
Apa kesan emosi negatif ibu pada anak?
Ini secara tidak langsung boleh memberi kesan psikologi dan emosi anak.
Jangan pelik anak tiru emosi kita yang cepat marah, tiru respon kita jawab acuh tak acuh bila ditanya soalan, dan anak memberontak / tantrum sebab nakkan perhatian daripada kita.
Jadi, tahu limit atau kelemahan kita,
Bantu diri kita terlebih dahulu.
Macam ummi, ummi perlukan tenaga.
Ummi kena make sure badan ummi cergas bertenaga sepanjang hari.
Bila badan bertenaga, emosi senang nak jaga.
Sepanjang hari rasa positif dan layan anak dengan gembira.
Setiap kali lepas solat atau semasa anak dah lelapkan mata, kita sebagai ibu bapa akan mendoakan kejayaan anak dunia akhirat. Sebab doa ibu bapalah paling mustajab dan boleh memberi keredaan untuk anak-anak sejak kecil hinggalah mereka dewasa.
Namun, dalam kalangan kita, ramai yang terlepas pandang bab ini. Kita sering minta Allah kurniakan kejayaan selain untuk dapat anak soleh solehah tetapi sering terlupa doa ini patut diselitkan sekali.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Noraini Talip, beliau menjelaskan tiga doa ini untuk anak-anak yang ibu bapa sering lupa.
Ramai ibu bapa hanya mendoakan anak-anak cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan, pangkat, harta dan lain-lain. Tapi lupa Nabi SAW menyuruh doakan 3 perkara ini untuk anak-anak.
Pertama, doakan anak menjadi orang yang faham agama, ia akan jadi anak soleh yang bahagiakan kita di dunia lagi-lagi di akhirat.
Kedua, doakan anak menjadi ilmuannya, berilmu (ilmu yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat)
Ilmuan yang jadi ulama dalam hal agama, kehidupan dan keperluan manusia dan alam sejagat.
Ketiga doakan anak akal yang cerdik dan tangkas, agar dia boleh menjadi pemimpin diri, keluarga, masyarakat, negara dan juga di dunia. Amin
Jom kita betulkan doa untuk anak-anak kita, kerana anaklah salah satu pahala yang boleh berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.
Kredit: Dr Noraini Talip
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun. Bertenang, ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba.
Lewat pertuturan
Secara amnya, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun boleh menyebut sekitar 50 perkataan dan bertutur dalam ayat yang mengandungi 2 hingga 3 patah perkataan.
Perbendaharaan kata mereka akan meningkat kepada hampir 1,000 perkataan apabila mencecah usia 3 tahun.
Pada usia ini anak sudah boleh bercakap dalam ayat dengan bilangan perkataan antara 3 hingga 4 patah.
Sekiranya anak masih belum mencapai perkembangan tersebut, mereka mungkin mengalami keadaan lewat pertuturan (speech delay).
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh gangguan pendengaran, neurologi mahupun perkembangan.
Mesti anda tertanya-tanya adakah terdapat petua anak lambat bercakap?
Dalam kebanyakan kes lewat pertuturan akan dapat diatasi dengan berkesan. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengenal pasti tanda anak mengalami kelewatan pertuturan dan cara mengatasi anak lambat bercakap.
Cara mengatasi anak lambat bercakap: Fahami perbezaan lewat pertuturan dan bahasa
Sebelum kita mengetahui cara mengatasi anak lambat bercakap, ambil tahu perbezaan antara lewat pertuturan dan lewat bahasa (language delay).
Cara mengatasi anak lambat bercakap
Pertuturan adalah ungkapan lisan bahasa dan merangkumi artikulasi iaitu cara kita membentuk bunyi dan perkataan.
Seorang kanak-kanak dengan masalah kelewatan pertuturan mungkin tidak dapat menggunakan banyak perkataan seperti individu seusianya.
Lewat bahasa pula berlaku jika anak mengalami kesukaran memahami apa yang dikatakan individu lain atau tidak dapat menyatakan apa yang difikirkan mereka. Ini termasuklah secara verbal, bukan verbal dan tulisan.
Masalah lewat pertuturan kanak-kanak 3 tahun
Kemahiran pertuturan dan bahasa bermula sejak bayi. Seiring peredaran masa, celoteh (babbling) bayi yang tiada makna akan berkembang menjadi perkataan pertama dapat difahami.
Umumnya, lewat pertuturan bagi kanak-kanak berusia 3 tahun adalah apabila mereka tidak mencapai titik perkembangan biasa.
Namun, keadaan itu tidak bermakna ia didasari oleh masalah serius. Kelaziman bagi kanak-kanak berusia 3 tahun:
Menggunakan lebih kurang 1,000 patah perkataan
Memanggil diri dan individu lain dengan nama
Boleh menggunakan kata nama, kata sifat dan kata kerja dalam ayat yang mengandungi 3-4 patah perkataan
Mampu bertanyakan soalan
Boleh bercerita dan menyanyi lagu
Petua anak lambat bercakap: Kenal pasti simptomnya
Sekiranya anak tidak bertindak balas terhadap suara atau bunyi, ia perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor segera.
Dalam keadaan biasa, sukar untuk ibu bapa mengetahui sama ada anak mengambil masa yang lama untuk mencapai perkembangan pertuturan atau bahasa mahupun mengalami masalah tertentu.
Berikut antara tanda yang boleh dikenal pasti jika si kecil mungkin mengalami masalah dan pemeriksaan doktor perlu dilakukan:
Menjelang usia 12 bulan: Tidak menggunakan isyarat seperti melambai tangan
Menjelang usia 18 bulan: Lebih suka gerak isyarat daripada berkomunikasi verbal
Menjelang usia 18 bulan: Berdepan kesukaran meniru bunyi seperti bunyi kucing
Menghadapi masalah untuk memahami arahan ringkas
Berusia 2 tahun: Hanya dapat menurut kata-kata atau perbuatan dan tidak bertutur perkataan atau frasa secara spontan
Usia 2 tahun: Menggunakan bunyi atau perkataan berulang dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan segera
Usia 2 tahun: Tidak dapat mengikuti arahan mudah
Usia 2 tahun: Mempunyai nada suara luar biasa seperti suara kasar atau sengau
Anda disarankan membawa anak untuk pemeriksaan doktor jika pertuturannya sukar untuk difahami pada tahap usia mereka:
Ibu bapa seharusnya boleh memahami sekitar 50% percakapan anak pada usia 2 tahun dan 75% daripadanya ketika berusia 3 tahun
Pada usia 4 tahun, apa yang diucapkan kanak-kanak seharusnya dapat difahami, sama ada oleh ibu bapa ataupun individu luar
Punca anak alami lewat pertuturan
Masalah kelewatan percakapan ini mungkin disebabkan oleh:
Gangguan mulut – Masalah dengan lidah atau lelangit. Dalam istilah perubatan di sebut ankyloglossia (tongue tie), di mana lidah disambungkan ke lantai mulut
Frenulum pendek (lipatan bawah lidah) yang boleh mengehadkan pergerakan lidah
Diagnosis & cara mengatasi anak lambat bercakap
Sekiranya anak mungkin menghadapi masalah, penting untuk melakukan pemeriksaan segera dengan ahli patalogi bahasa pertuturan (SLP).
SLP akan memeriksa kemahiran pertuturan dan bahasa anak melalui ujian standard.
Pakar terapi juga akan memeriksa:
Apa yang difahami anak – disebut bahasa reseptif
Apa yang anak boleh ucapkan – disebut bahasa ekspresif
Pengembangan suara dan kejelasan pertuturan
Status oral-motorik anak – bagaimana mulut, lidah, lelangit dan bahagian lain bekerjasama untuk bersuara, makan dan menelan
Cara mengatasi masalah anak lambat bercakap melalui:
Terapi pertuturan-bahasa
Perkhidmatan intervensi awal
Merawat keadaan yang mendasari
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membantu anak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap.
Berikut antara petua anak lambat bercakap yang boleh dicuba di rumah:
Fokus pada komunikasi – Bercakap dan bernyanyi dengan anak serta menggalakkan mereka meniru bunyi dan isyarat
Membaca kepada anak – Mulakan membaca apabila anak masih bayi
Guna situasi harian – Bercakap sepanjang hari dengan anak mengenai apa yang anda buat, lihat atau makan. Pastikan ia perkara mudah
Kelewatan pertuturan untuk seorang kanak-kanak bererti mereka tidak dapat mencapai titik pekembangan pada usia tertentu.
Umumnya, keadaan ini bukanlah satu masalah besar kerana anak mempunyai fasa perkembangan yang tersendiri.
Tetapi jika masalah tersebut dialami si kecil anda, usah risau dan bawalah mereka berjumpa pakar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.