“Memang Cukup Faham Bila Mana Anak-Anak Sakit” Penat Menjaga lain, Penat Ke Hulur-Hilir Lain

Share

Tak ada manusia yang nak anak mereka sakit. Sedih, sayu melihat si kecil menahan sakit. Bila si kecil sakit terasa seolah patah kaki lebih-lebih lagi jika si kecil dimasukkan ke dalam ward. 

Semua urusan terpaksa ditangguhkan lebih-lebih lagi melibatkan urusan di tempat kerja. Namun ketua dan ahli kumpulan di tempat kerja yang memahami sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dirasai dalam fikiran ibu bapa ini.

Kalau anak sakit, jagalah. Walaupun mereka tidak lagi faham mengapa mereka begitu penting bagi anda lagi.

Anak-anak adalah saham dunia akhirat, didiklah mereka, asuhlah mereka.Supaya satu hari nanti, saat mereka mencapai kematangan, mereka akan mengerti.

Kepada ketua tempat kerja

Kepada rakan-rakan yang punya tanggungjawab sebagai pemimpin, berilah anak-anak kecil ini peluang bersama ibubapa mereka. Sakit dan kesusahan bukan diminta-minta.

Permudahkanlah urusan rakan-rakan kita, Tuhan akan permudahkan urusan kita kelak.

Aku memang cukup faham bila mana anak-anak sakit, penat menjaga lain, penat ke hulu ke hilir mengurus anak-anak ke hospital dan keluar masuk wad lain, bersengkang mata menyiapkan tugasan lain, bertegang urat dengan pasangan juga lain.

Mungkin kau tidak lagi punya anak-anak kecil, tapi sekurang-kurangnya. Kenanglah saat-saat kau membesarkan mereka.

Jiwa yang tenang dan penuh kasih sayang, pasti akan membawa kecemerlangan yang tidak terbilang kepada organisasi yang kau sayang.

Kredit: Firdauz Abdullah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa