Memang teruja nak sambut hari jadi anak, si mama lah orang yang paling gembira. Semua persiapan kalau boleh mesti lengkap dan sempurna demi si kecil yang tersayang. Namun mama dinasihatkan supaya ambil tahu tentang jenis-jenis kek hari jadi sebelum membuat sebarang tempahan. Sekurang-kurangnya tak adalah terkejut nanti bila diberitahu harga sebenar sebijik kek.
Berbanding anak perempuan, anak lelaki mungkin lebih banyak menyembunyikan perasaan mereka. Kadang-kadang kita pun tak tahu apa sebenarnya yang mereka mahu. Jadi sebagai ibu ayah kenalah lebih peka dan sentiasa berusaha untuk memahami perasaan anak lelaki.
Melalui penulisan Dr. Taufiq Razif, beliau menyenaraikan beberapa perkara yang selalu anak lelaki sembunyikan walhal itulah keinginan mereka.
Ikuti penjelasan beliau dengan lebih lanjut;
Anak lelaki kita sembunyikan 7 perkara ni:
1. Dia nak sangat jadi macam ayahnya lagi lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya jika si ayah tu jenis bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas.
2. Dia nak sangat ada pasangan seperti ibunya lagi lagi jika ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi.
3. Dia nak sangat jadi pemberani sebab secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu pelindung dan penaung lebih lebih lagi pada adik beradik perempuannya sendiri.
4. Dia nak sangat ada mentor yang dia boleh ikuti kerana suatu hari nanti dia tahu dia akan berjuang untuk hidupnya sendiri dan mentor tersebut boleh menjadi tempat rujuk dan sebagai sumber inspirasi.
5. Dia nak sangat ada keyakinan diri yang tinggi kerana suatu hari nanti dia perlu galas tanggungjawab yang besar sebagai kepala keluarga dan rumah tangga.
6. Dia nak sangat banggakan ibubapa terutama ayahnya dan antara perkataan yang dia paling inginkan keluar daripada mulut ayahnya sendiri adalah “Ayah bangga dengan kamu nak.”
7. Dia nak sangat tidak dibanding bandingkan dirinya dengan anak yang lain kerana ia boleh menjejaskan harga diri dan membuatkannya menjadi inferior di hadapan adik beradiknya yang lain.
“I might not perfect but when I look at my son I know that i got something in my life that perfectly right.”
Dengan perkongsian ini, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk lebih mendalami perasaan dan kehendak anak-anak lelaki kesayangan kita. Mungkin mereka tak banyak meluahkan, tetapi mereka juga ada perasaan. Jadi ibu ayah, ambil tahu apa mereka rasa.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk hubungan baik antara anak-anak mereka. Nak eratkan hubungan antara adik beradik bukan tugasan yang mudah, lebih-lebih dengan perangai mereka yang pelbagai ragam.
Bagi Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, untuk memastikan anak-anak beliau mempunyai hubungan yang erat, beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik mereka.
Melalui posting beliau di Instagram, beliau meletakkan “hugging & kissing” sebagai norma dalam keluarganya. Jika sebelum ini, beliau telah berjaya mengajar anak perempuannya, Bella dan Tasha untuk sentiasa terap kasih sayang antara satu sama lain.
Kali ini, beliau dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos dalam proses untuk mengajar anak lelaki kembar mereka pula, iaitu Adam dan Noah untuk merapatkan kali hubungan antara mereka.
Telatah anak kembar itu mendapat perhatian umum apabila mereka masih malu-malu untuk menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain.
Malah, terdapat beberapa mengikut Dr Sheikh Muszaphar juga bersetuju dengan cara yang dipraktikkan oleh beliau dan menceritakan kembali pengalaman mereka mengajar anaknya.
Selain dari menerapkan kasih sayang antara anak-anak, ibu bapa juga perlu memainkan peranan seperti:-
Sama adil antara anak-anak
Tidak adil merupakan kesilapan yang sering ibu bapa buat tanpa sedar. Contohnya apabila adik buat silap bukan adik yang dimarahi tetapi yang sulung. Alasan yang tua tidak jaga yang kecil. Apabila situasi ini terlalu kerap berlaku akan membuatkan si sulung membenci adiknya dan mereka secara tidak langsung menjadi jauh dan mencemburui antara satu sama lain. Begitu juga apabila ingin membeli sesuatu pasti kan anda membelinya sama adil agar perasaan kecil hati atau cemburu itu tidak timbul.
Sikap Tolong-Menolong
Walaupun mereka masih kecil tetapi sikap tolong menolong ini perlu diajar dari awal lagi. Contohnya apabila adik keluarkan permainan dan ketika masa berkemas. Minta abang atau kakak tolong mengemas sama-sama. Sambil mengemas mungkin anda boleh berikan pujian atau bermain siapa lagi pantas menyimpan. Mereka akan rasa seronok dan bergembira bekerjasama. Begitu juga apabila abang atau kakak perlukan pertolongan minta adik bantu juga.
Makan sama-sama
Usahakanlah paling tidak sekali dalam sehari untuk semua ahli keluarga berkumpul makan bersama-sama. Saat makan bersama-sama, bercerita dan ketawa akan membuat semua ahli keluarga rasa seronok dan menghargai antara satu sama lain. Malah akan membuatkan kasih sayang makin hari makin kuat antara satu sama lain.
Tunjukkan Contoh Yang Baik
Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Mahu anak-anak jadi baik tetapi anda sendiri tidak begitu. Anda juga perlu pasti kan hubungan anda dengan adik beradik baik. Sentiasa tolong menolong, ziarah menzirahi serta sayang menyayangi antara satu sama lain. Contoh yang baik ini akan mereka jadikan sebagai panduan untuk mereka bila dewasa nanti.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.