Pelakon dan usahawan berbakat, Yana Samsudin, yang telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penulis skrip Fadzil Zahari sejak tahun 2015, kini berkongsi berita gembira yang kini dia sedang hamil anak keempat! Perkongsian bersama majalah Nona tersebut menjadi bukti bahawa impian mereka untuk memiliki keluarga besar semakin hampir menjadi kenyataan.
Tak Rasa Mencabar, Tapi Penuh Syukur
Walaupun ini merupakan kehamilan keempat, Yana mengakui ia adalah antara pengalaman paling mudah dan tidak mencabar setakat ini. Katanya, mungkin sebab sudah terbiasa dengan peranan seorang ibu dan lebih memahami tubuh sendiri. Tenang dan bersyukur, itu rahsia dia hadapi kehamilan kali ini.
Ads
Ads
“Kandungan kali ini kurang mencabar, masih mencabar tapi kurang sikit berbanding anak ketiga saya. Waktu tu sampai tak boleh bangun semua kan. Kali ni masih ada morning sickness tapi masih boleh bekerja sedikit.”
Impian Miliki Keluarga Besar Akhirnya Dimakbulkan
Menurut Yana, sejak awal perkahwinan lagi dia dan Fadzil memang memasang niat untuk mempunyai keluarga besar. Malah, dia tak malu mengaku yang dia pernah berdoa untuk dikurniakan ramai anak – dan doa itu kini makin dimakbulkan satu demi satu.
Ads
“Semua tahu kan saya ada PCOS, jadi saya menunggu 4 tahun dari anak sulung ke anak kedua dan 4 tahun lagi untuk dapat anak ketiga tapi kali ni alhamdulillah, anak ketiga baru setahun setengah saya pregnant anak keempat ni. Memang impian saya nak anak lebih dari 2,3. Allah makbulkan.”
Sokongan Suami Jadi Kekuatan
Yana turut berkongsi bagaimana sokongan suami tersayang banyak membantu mengurangkan tekanan sepanjang kehamilan. Fadzil bukan sahaja memahami keperluan emosi dan fizikalnya, malah sentiasa ada bila diperlukan. Bagi Yana, itu adalah nikmat yang tak semua orang dapat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gugurkan kandungan perlu sebab yang jelas dan menggunakan ubatan, bukan nanas. Tidak semudah itu.
Proses ini perlukan kukuh dan jelas mengancam kesihatan dan nyawa ibu atau fetus, fetus yang cacat ketara hingga tidak mampu hidup sekiranya lahir. Merancang kehamilan lebih baik daripada menggugurkan.
Menurut Dr Rusyainie Ramli di laman Facebooknya baru-baru ini telah menyentuh tentang isu ini ekoran daripada kenyataan seorang artis wanita yang mendakwa menggugurkan kandungan menggunakan buah nanas atas nasihat doktor. Ketika itu dia baru sahaja empat bersalin secara Caesarean.
Berikut ialah perkongsian Dr Rusyainie;
HARI TU DURIAN, SEKARANG NANAS.
Aduh…
Tersebar baru-baru ini tentang seorang artis tempatan yang baru saja melahirkan bayi beberapa bulan dan mengandung lagi. Dia mengeluarkan kenyataan yang doktor yang merawatnya menasihatkan dia untuk memakan nanas bagi tujuan menggugurkan bayi tersebut.
Ada beberapa isu yang menjadi persoalan saya sekarang.
#1 MERANCANG KEHAMILANLEBIH BAIK DARIPADA MENGGUGURKAN
setiap pasangan mesti berbincang dengan doktor dan jururawat yang merawat mereka untuk mencapai keputusan sepakat dalam memilih kaedah merancang keluarga yang berkesan dan bersesuaian dengan mereka.
Mengapa bab ini dipandang sepi oleh pasangan suami isteri, malah bersulam dengan segala mitos, sehinggakan apabila isteri sudah hamil, mula lah mencari jalan keluar untuk menggugurkan kandungan. Ini satu konsep yang sangat salah.
Mengapa tidak sediakan payung sebelum hujan? Saya sudah kerap kali menyatakan pentingnya merancang keluarga. Tahukah kalian yang kalian boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan tanpa risau pada risiko untuk mengandung? Kebebasan itu milik kita. Kenapalah pendek sangat akal tu?
Tu belum sebut bab dosa sebab sengaja menggugurkan kandungan. Sedangkan merancang keluarga, fatwanya harus.
#2 WAS-WAS DENGAN PERNYATAAN ‘DOKTOR’ SURUH GUGURKAN DENGAN NANAS
Pernyataan memakan nenas untuk menggugurkan kandungan itu, saya was-was. Benarkah ia datang dari seorang doktor yang bertauliah, berlesen dan beretika. Tidak ada kajian saintifik ke atas manusia tentang makan nenas boleh menggugurkan kandungan.
Ada 1 kajian yang dilakukan untuk melihat kesan nenas ke atas rahim tikus. Berdasarkan kajian itu, ada kemungkinan bahan aktif dalam nenas boleh mempengaruhi kontraksi rahim tikus yang bertindak seakan-akan seperti sebatian serotonin.
Malangnya kajian itu, hanya pada rahim tikus. Untuk manusia, kesannya tidak diketahui. Kita kena tahu, bahan aktif yang dimaksudkan dalam nanas yang digunakan dalam kajian tadi, mungkin sudah jauh berubah apabila ia melalui sistem penghadaman manusia, maka kesan yang sama ke atas rahim, mungkin tidak wujud pun.
Jadi, berapa banyak nanas yang artis itu ambil untuk tujuan itu. Berpuluh-puluh biji mungkin sekali hadap? Mahu meragam sistem penghadaman makan nanas sebanyak itu. Itu pun belum tentu dapat hasilnya.
#3 HAMIL LAGI DALAM MASA 12 BULAN TIDAK BERMAKNA TIDAK BOLEH DITERUSKAN
Benar, kalau wanita itu baru bersalin secara Caesarean, dan mengandung lagi dalam masa kurang 12 bulan, risiko untuk mendapat rahim pecah, uri melekat secara tidak normal di dinding rahim, bayi tidak cukup berat atau bulan, uri di bawah dan sebagainya, adalah tinggi. Tetapi, iatidak bermakna, kandungan itu tidak boleh diteruskan.
#4 PROSEDUR MENGGUGURKAN KANDUNGAN SANGAT TELITI
Untuk menggugurkan kandungan atau Termination of Pregnancy, ia adalah prosedur yang mesti dilakukan dengan perbincangan yang terperinci di antara pakar sakit puan yang terlibat dan pesakit. Mesti ada sebab musabab yang jelas. Contohnya, dengan mengandung, nyawa mak itu terancam atau fetus yang dikandungnya mengalami kecacatan yang ketara menyebabkan ia tidak mampu hidup sekiranya lahir nanti.
Saya sendiri tidak pasti apa butiran diskusi artis itu dan doktor terbabit sehinggakan keluar topik makan nenas sebagai jalan untuk menamatkan kandungan sekarang. Untuk menggugurkan kandungan, doktor tidak menggunakan nanas ya. Kita bagi ubat yang bersesuaian. Sebab kita tahu dos selamat dan potensi kesan sampingan.
#5 NANAS TIDAK MENYEBABKAN KEGUGURAN
Nanas selamat dimakan semasa mengandung dan dalam pantang selepas bersalin selagi mana ia dimakan mengikut sukatan yang biasa, iaitu sepotong kecil untuk 1 hidangan. Amalan makan makanan sihat, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah mesti untuk seumur hayat. Adakah nenas menyebabkan keguguran? Tiada kajian mengatakan begitu.
#6 BIMBANG IA BERI PEMAHAMAN SALAH KEPADA WANITA LAIN
Dengan apa yang artis ini katakan, saya bimbang ramai wanita di luar sana beranggapan yang kalau mengandung rapat-rapat, menggugurkan kandungan itu adalah satu pilihan yang mereka ada. Sedangkan ia tidak benar. Saya risau menderulah nanti wanita datang mencari doktor untuk tujuan itu.
Media sukakan berita yang sensasi. Sosial media juga begitu. Makin merapu, makin viral lah kisah itu. Kebenaran di sebalik kisah itu, tiada siapa ambil peduli. Maka saya menjadi risau, adakah ini juga salah satu cara slapstik untuk publisiti murahan sesetengah pihak. Entahlah.
Umum mengetahui bahawa Izara Aishah, pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi. Baru-baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya.
Usia kandungannya kini sudah mencecah usia lebih tujuh bulan dan pastinya Izara sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu. Dalam foto-foto yang dimuat naik itu, Izara nampak berseri-seri dan semakin cantik. Perutnya juga sudah kelihatan membesar menandakan dirinya yang menghitung hari untuk melahirkan zuriat pertama.
Sebelum ini, sekitar Februari yang lalu Izara pernah memaklumkan bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan dalam sebuah majlis ‘Baby Shower’ yang diadakan untuknya.
Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.
Izara dan Adib telah berkahwin pada 17 November 2017.
Penyanyi Datuk Jamal Abdillah melahirkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata sulung bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang kini hamil enam bulan.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 60, berkata, isterinya itu kini diminta untuk lebih banyak berehat lebih-lebih lagi selepas pernah keguguran sebanyak tiga kali.
“Saya berasa sangat gembira apabila dikhabarkan oleh doktor yang kami bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Buat masa ini, usia kandungan sudah menjangkau enam bulan dan saya sentiasa memastikan isteri berada di rumah dan mendapat rehat yang secukupnya.
“Saya tidak berkongsi berita gembira ini awal-awal bukannya mahu berahsia dengan kandungan isteri tetapi lebih berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini,” katanya.
Mengalu-alukan peminat beri nama
Dalam pada itu, Jamal menjelaskan, beliau mengalu-alukan peminat untuk memberikan nama kepada anak perempuannya itu.
“Saya sentiasa mengalu-alukan cadangan nama anak yang sesuai daripada peminat.
“Asalkan, nama tersebut mempunyai maksud yang baik,” ujarnya.
Cahaya mata sulung bersama Zai itu dijangka bakal dilahirkan pada 4 November depan.
Jamal mendirikan rumah tangga bersama Zai pada 1 April 2019 di Ipoh, Perak.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Anak tidak respon bila dipanggil kadang-kadang normal, tetapi dalam situasi tertentu ia boleh menjadi tanda awal masalah perkembangan. Ketahui bila ibu ayah perlu lebih peka.