Mempunyai ramai anak dalam keluarga semestinya memeriahkan lagi suasana terutamanya di musim perayaan. Yang pasti gambar yang dirakam sebagai kenang-kenangan juga tentunya meriah dengan kehadiran anak-anak yang comel macam keluarga Zizie Izette.
Tapi mungkin kita tak tahu disebalik gambar yang cantik tu rupanya perlu lalui kesukaran, maklum sahaja anak-anak Zizie semuanya masih lagi kecil. Sering kali memuat naik gambar-gambar yang cukup sempurna bersama anak-anak kecilnya di media sosial, pasti ada yang tertanya bagaimana cara Zizie menguruskan anak-anak saat bergambar?
Kalau orang berada mungkin tak banyak masalah sebab ada pembantu yang akan menguruskan anak-anak. tapi tak semua urusan akan diuruskan oleh pembantu. Adakalanya ia memerlukan ibu itu sendiri bagi menguruskan sesetengah hal.
Urusan-urusan yang boleh dibuat oleh pembantu rumah seperti membasuh pakaian, mengemas dan mungkin juga memasak boleh dibantu oleh pembantu. Tapi bagaimana pula kalau mahu bergambar hanya bersama anak-anak yang masih kecil pada hari raya?
Pastinya setiap gambar yang dirakam diharapkan sempurna untuk dikongsi di media sosial untuk tatapan yang mengenali diri.
Melihat kepada gambar-gambar yang sering dikongsi oleh Zizie Izette dalam laman Instagramnya memang boleh dipuji kerana kebanyakkan gambar tersebut cukup sempurna dengan anak-anaknya memandang kamera. Tambah pula dengan aksi-aksi comel mereka memang cukup menghiburkan.
Tapi rupanya ada rahsia bagaimana isteri kepada ahli politik, Datuk Sri Bung Moktar Radin ini merakamkan gambar-gambar yang cantik bersama anak-anak seperti yang dikongsikan di Instagram miliknya pada 1 Syawal baru-baru ini.
“Alhamdulillah, tahun ni dapat bergambar elok sikit dari tahun lalu.
“Nak tips? Mudah je. Swipe gambar paling last sekali. Boleh cuba. In shaa allah menjadi,” tulis Zizie pada entri bergambar bersama anak-anak kecilnya itu.
Selain mengucapkan selamat hari raya, ramai yang meninggalkan komen terhibur dengan gambar terakhir yang dikongsi Zizie Izette.
Zizie yang berkahwin dengan Bung Moktar mempunyai 5 orang cahaya mata.
Memang kagum kalau tengok gambar-gambar Zizie dan anak-anak yang dikongsikan. Semuanya nampak sempurna dengan eksperesi wajah anak-anaknya yang comel. Mungkin mak ayah lain boleh cuba juga cara yang dibuat untuk dapatkan gambar raya yang cantik.
Sumber: Gempak & Instagram Zizie Izette