Kajian saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.
Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti, kata pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California.
“Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit,” kata jurucakap mereka, Erica Ollmann, kepada CNN.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell, berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini. Pasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga eksperimen yang melibatkan manusia, haiwan dan sel yang menunjukkan versi mutasi itu mudah ditemui dan lebih mudah berjangkit.
“Virus ini lebih kuat. Sekali pandang, ia tidak nampak seperti berbahaya,” kata Saphire.
Mutasi terbaharu itu mempengaruhi spike protein, struktur yang digunakan virus untuk masuk ke sel yang dijangkiti. Para penyelidik menamakan mutasi baharu itu sebagai G614, dan memaklumkan mereka tidak menemui bukti jangkitan virus itu akan menjadi lebih buruk.
Ini mungkin satu berita baik, kata Lawrence Young, seorang profesor onkologi perubatan di University of Warwick, United Kingdom.
“Kajian semasa menunjukkan varian G614 ini tidak bersifat lebih patogenik,” katanya.
“Jadi kita masih ada harapan dan kebolehrawatan pesakit masih tinggi walaupun ia semakin mudah berjangkit, “katanya dalam satu kenyatan
Menurut Dr Noor Hisham melalui temu bual bersama Pa&Ma, beliau sekali lagi ingin mengingatkan bahawa virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka.
Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala.
Saya suka mengingatkan ibubapa agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID. Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
• Elakkan 3S / 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan
kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur
dengan jarak yang dekat (Close conversation);
• Amalkan 3W iaitu iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),
sangat digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau
jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan seperti:
o Elak bersalaman / bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap
disentuh.
Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial (social distancing) pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter. Buktikan kasih sayang dan cakna kita kepada anak-anak dengan menjadi pelindung mereka. Kasih sayang, sikap ambil berat, perhatian masa, tenaga dan wang ringgit yang telah kita curahkan tidak ternilai demi untuk memastikan kesihatan dan perkembangan mereka mencapai tahap optimum kerana mereka adalah bakal pemimpin di masa hadapan. Pandemik ini merupakan sejarah bagi mereka yang boleh meninggalkan kesan postif atau sebaliknya. Semua bergantung kepada kita ibubapa yang akan mencorakkan sejarah kehidupan mereka.
Sumber: Astro Awani