Bernikah dengan seorang lelaki, bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih. Harus belajar menerima keluarganya juga. Terutamanya ibu mertua. Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri.

Artikel Menarik: [Segelas Air Campur Garam, Minumlah Jika Selalu Bergaduh Suami Isteri. Usaha Kekal Bahagia!]

Ada masanya ibu mertua mungkin akan menegur anaknya (dan kadang-kadang kita pun mungkin tersentap kerana merasakan teguran itu untuk kita juga), tapi sebenarnya itulah yang terbaik. Dia tegur kerana sayang, menggangap kita seperti anak kandungnya juga.

Bukan mudah untuk melepaskan anak lelakinya kepada wanita asing yang kemudian menjadi menantu. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Firda Ashaary, mengatakan kalau seseorang itu mendapat ibu mertua yang baik maka mereka sangat beruntung. Turut menitipkan pesanan untuk menghormati dan menyayanginya seperti emak sendiri.

Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.

Katanya :

“Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”

Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni.

Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]

Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.

Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata.

Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau kompom menangis 7hari 7malam. Dah la aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.

Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.

Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.

Aku dah pernah ada pengalaman mak mertua tak redho ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.

Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mertua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.

Like mother like son!

Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu.

Sungguh!

Bukan setakat dapat mak mertua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mertua aku menerima kehadiran kami dengan baik.

Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia & Jarang Bergaduh. Sweet Je!]

Hadiah terindah Allah kirimkan pada aku di akhir sebuah kisah airmata yang panjang.

Gais,

Ingat ya mak mertua adalah anugerah Allah pada kita dan wajib dilayan macam mak sendiri juga.

Jangan bermusuh atau cemburu dengan dia. Kita kena ingat kita dah “pinjam boyfriend ” dia. Jadi kita kena mengalah lah sikit.

Walau dia tidak melahirkan kita tapi kalau bukan kerana dia yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan jodoh kita.

Tak mungkin kita akan dapat jodoh sebaik hari ni.  

Kita juga ada anak lelaki. Suatu hari nanti kita juga akan rasa bagaimana sedihnya bila “boyfriend ” kita, orang pinjam terus.😑😭

Terima kasih Mak.😘

Sayang Fida dan anak-anak.

#SuffianSuffiya

– Semoga kita semua juga akan jadi seorang mak mertua yang baik.