Semua orang suka makan! Dengan makanan sebenarnya ia dapat menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan juga bangsa. Makanan jalanan paling ramai peminat, terutamanya nasi kandar. Semua orang takkan menolak kalau dihulurkan sepingga nasi kandar kan?
Nasi yang dilengkapi pelbagai jenis kuah kari dengan lauk yang sedap-sedap, makan pula dengan papadom memang layan! Bercakap tentang nasi kandar, jenama Hameediyah tak perlu diperkenalkan lagi. Memang terpaling onzz!
Hameediyah dengan bangga mengumumkan pembukaan restoran utama mereka Bukit Bintang! Ini adalah pelaburan bijak Kumpulan Hameediyah untuk memodenkan perniagaan nasi kandar yang merupakan makanan jalanan ke tahap yang lebih tinggi.
Rantaian restoran Hameediyah bermula pada tahun 1907. Konsep “Nasi Kandar” pertama kali diperkenalkan ke bahagian dunia ini oleh imigran Tamil-Muslim dari India, yang dikenali sebagai The Rawthers. Hari ini, Hameediyah merupakan jenama yang menyajikan pelbagai jenis kari dan hidangan berempah di seluruh Malaysia.
Cawangan Hameediyah Berkualiti & Diyakini
Rantaian Hameediyah mempunyai cawangan di Penang, Hameediyah Bistro di Ampang, Kuala Lumpur dan yang baru dilancarkan ini, Hameediyah Nasi Kandar – Multi Concept Dining, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sejak tahun 2015, pemilik generasi ke-7 Hameediyah Penang telah memutuskan untuk melibatkan syarikat konsultansi hospitaliti IDD a Atelier, untuk menyemai semula Hameediyah 1907 di Campbell Street Penang, kepada rupa asal dan rasa tahun 1907 untuk menampilkan rupa klasik tetapi dengan kemudahan moden untuk memenuhi tuntutan pelanggan masa kini.
Pada bulan Ogos 2018, Hameediyah Bistro telah ditubuhkan di Ampang, Kuala Lumpur. Nanoo, Penasihat IDD a Atelier telah mengangkat makanan jalanan ke tahap baru dalam Makanan Moden.
Konsep Bistro Diterima Pelanggan
Beliau mencipta satu lagi konsep untuk meningkatkan pengalaman makan Nasi Kandar dengan restoran bergaya Bistro, di mana seseorang dapat menikmati Café Latte atau Teh Tarik dengan sepinggan Nasi Kandar.
Konsep Bistro menjadi kejayaan segera dengan mengekalkan rasa yang sama seperti di Penang. Semua rempah digiling di Georgetown, Penang dan dihantar ke Ampang, mengekalkan dan mencipta semula resipi yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan asing.
Buat semua peminat nasi kandar Hameediyah, bolehlah cuba makan di cawangan terbaharu mereka pula. Kualiti tambah bagus, suasana pun best. Selamat mencuba!