Memandang serius soal kesihatan anak mereka, Tasha Manshahar dan Raqib Majid membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumococcal untuk Muammar Rafiqi. Berkongsi sebuah video semasa anaknya disuntik beserta kapsyen menerangkan jenis vaksin yang mereka ambil untuk si manja, Muammar.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil optional vaccine Pneumococcal dose 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada total 4 kali suntikan ikut tempoh tertentu. Paling awal boleh diambil oleh baby berusia 2 bulan. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease. _ Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak. _ Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Prevenar mahal beberapa puluh ringgit je berbanding Synflorix. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni ? _ Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal ? _ Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor "hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?". Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, "bertahan! peganggg tangan dedi!". ? #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy

A post shared by @ tashamanshahar on

Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil optional vaccine Pneumococcal dose 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada total 4 kali suntikan ikut tempoh tertentu. Paling awal boleh diambil oleh baby berusia 2 bulan. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease.
_
Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak.
_
Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Prevenar mahal beberapa puluh ringgit je berbanding Synflorix. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni ?
_
Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal ?
_
Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “bertahan! peganggg tangan dedi!”. ? #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy

Untuk pengetahuan anda, Pa&Ma sertakan sedikit info tentang suntikan pneumococcal sebagai rujukan jika anda memutuskan untuk mengambil suntikan ini untuk anak.

Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.

Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.

Ads

2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos
7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos
12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos
24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos
24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.

Artikel Menarik: [Bayi Kembung Perut Caranya Rajin Urut Abdomen Si Manja Selepas Mandi]

Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.

Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?

Ads

Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.

Apa jenis kuman yang dilindungi itu?

Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F
Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.

Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?

Ads

Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.

Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.

Artikel Menarik: [Tak Semestinya Cara Formal Nak Ajar Anak Bercakap, Sambil Main & Buat Aktiviti Pun Boleh]

Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.

Sumber: Tasha Manshahar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI