Ilmu memasak seharusnya diperlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil agar anak mahir untuk berada di dapur. Baik anak perempuan mahupun anak lelaki, kesemuanya harus dibiasakan sejak kecil lagi.

Bagi superdaddy, Khairul Abdullah, menyedari akan kelebihan memasak ini untuk anak-anaknya, sejak awal-awal lagi kemahiran memasak sudah dipraktikkan kepada anak-anaknya.

Biar anak berdikari dan tahu selok belok di dapur malah mahir memasak sepertinya yang menyediakan hidangan berkhasiat untuk anaknya setiap hari. Ini yang dikongsikan oleh beliau di facebooknya malah seharusnya dicontohi oleh kita semua.

“Memasak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembut” Biar Dia Biasa Dengan Dapur, Banyak Kelebihannya!


Sebagai seorang lelaki yang mahir memasak, semestinya aku nak anak-anak turut mahir atau sekurang-kurangnya boleh memasak.
Benda ni kena pupuk, tak kiralah anak lelaki ke perempuan.

Salah satu cara adalah dengan bagi depa main masak-masak. Ini untuk tarik minat dan bagi depa full experience mengunakan alatan memasak.

Nak bagi yang real tu setakat memasak yang simple dan guna alatan yang simple dan tak tajam dan merbahaya tu of course kita benarkan. Tapi kalau dah nak kena potong bagai tu seram jugak kan.

“Memasak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembut” Biar Dia Biasa Dengan Dapur, Banyak Kelebihannya!

IKLAN

Aku bacalah, kelebihan memasak dengan anak-anak atau bermain masak-masak dengan anak-anak bukan setakat bagi depa suka dan pandai masak, its more than that.

1. Meningkatknan kemahiran hidup. Anak yang suka memasak dan boleh memasak, campak kat mana pun dia tak kebulur nanti.

2. Menjadikan anak tidak memilih makanan. Bila depa reti dan pandai masak, inshaAllah depa makan apa sahaja, tak jadi picky eater.

3. Meningkatkan kualiti kesihatan. Kajian menunjukkan orang yang makan di rumah (home cooked) adalah lebih sihat dan bahagia. Jadi kita nak anak-anak sihat.

4. Membangunkan fizikal anak. Pegang, potong, gunting, gelek, gulung, susun semuanya ni menjadikan fine motor skils anak-anak lebih bagus.

IKLAN

5. Kebijaksanaan. Anak-anak belajar berkomunikasi, belajar mengira, belajar sains melalui memasak ni. Kalau ada playkitchen ni depa belajar memasak, berjual-beli dan macam-macam kemahiran.

6. Membina hubungan yang baik. Anak-anak akan lebih bonding dengan mak-ayah, adik beradik, rakan-rakan. Depa akan belajar berkerjasama dan bertolak ansur.

“Memasak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembut” Biar Dia Biasa Dengan Dapur, Banyak Kelebihannya!

Haaa, itu serba sedikit kebaikan bagi anak-anak memasak bersama kita dan jua main masak-masak sendiri atau bersama adik beradik dia yang lain.

Aku harap anak-anak aku ada basic skill memasak ni. Benda penting untuk survive ni. Bukan tentang masak apa yang sedap, tetapi tentang kebolehan mengolah barang asas kepada makanan. Contohnya kalau ada tepung sahaja, apa yang dia boleh masak dengan tepung tu. Apa sains di sebalik tepung, air, garam dan telur.

IKLAN

Once dia ada that skill, inshaAllah dia tak kebulur dan boleh hidup di mana-mana sahaja. Okeh, aku sekarang tengah berkira-kira nak beli playkitchen tu. Dah tengok dah di Shopee brand Mamakiddies, rega dia RM399. Sat nak pecah tabung.

“Memasak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembut” Biar Dia Biasa Dengan Dapur, Banyak Kelebihannya!

Ehhh, ehhh, lagi satu. Memasak tak menjadikan anak lelaki kita lembut dah lemah gemalai macam sotong okeh.

Macam aku ni, kekal kacak dan macho jer pun. Dan, pandai masak sambal sotong.

#superdaddy

Artikel berkaitan: Kalau Sayang, Latihlah Anak Ringan Tulang, Mahu Bekalkan Anak Dengan Kemahiran, Rita Rudaini Ajar Anak Memasak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI