Membacakan buku aktiviti kegemaran Lisa Surihani untuk anak. Dia juga mendedahkan yang aktiviti ini membolehkan ibu bapa mempelajari banyak perkara.
Lisa Surihani yang memiliki dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 3 tahun dan Yusof Leonne, 1 tahun 8 bulan berkongsi aktiviti kegemarannya ini di Instagram. Katanya, aktviti ini selalu dilakukannya bersama anak-anak.
Malah setiap bulan, anak-anak dibawa ke kedai buku untuk membeli buku dan mereka menyukai buku. Antara tip yang dikongsi Lisa ialah semasa membeli buku yang mempunyai karakter dikenali anaknya dan kemudian bertukar kepada karakter yang lain pula.
Lisa mengakui ini adalah proses pembelajaran untuknya juga di mana dia lebih mengenali anaknya yang mempunyai minat yang berbeza. Lisa juga tertarik apabila kedua-duanya boleh memberikan perhatian kepada beberapa topik yang dibaca. Dia turut menggalakkan Yahaira & Yusof bertanyakan soalan ketika mereka membaca bersama-sama.
lisasurihani 9th January 2019 : amongst the activities I love doing with the kids – story time. Every other time monthly, I would take the kids to book stores to instil the interest and love for books. It started off with buying books of characters that they were familiar with and love and am slowly introducing them to different authors and characters.
As a parent, it is too a learning process for me. Getting to know my kids more who are two different individuals and may have different interests. It is interesting when I discover the sort of attention span they may have on a particular topic. I hope to encourage questions and conversations on the specific topics we read about together. Am open to suggestions. Do share if you have if you have any. From one parent to another. ❤️
Dalam proses membentuk sifat genius pada anak, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak, mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlamat. Namun malang sekali apabila keluarga menjadi kuburan untuk idea dan cita-cita anak, maka impiannya juga akan menjadi sekadar angan-angan anak kecil.
Memahami tahap perkembangan otak manusia akan membantu ibubapa merangsang anak genius yang lebih berkesan. Menurut kajian dari pakar pendidikan kanak-kanak, tahap intelektual otak mengalami perkembangan berikut
Sehingga 4 tahun – 50%
Sehingga 8 tahun – 30%
Sehingga 18 tahun – 20%
Apabila diteliti, tahap perkembangan intelektual paling kritikal adalah pada 4 tahun ke bawah. Yang biasa disebut sebagai Masa Keemasan (Golden Age). Ketika usia ini, kebanyakan waktu anak-anak adalah bersama ibu bapa. Sebahagian waktu siang mungkin bersama pengasuh bagi ibu bekerjaya.
Sayang sekali apabila usia ini dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diberikan rangsangan sebaiknya kepada anak kecil itu. Biasanya tumpuan ibubapa pada anak usia ini adalah memenuhi keperluan fizikal. Mandikan, bagi makan kenyang lepas tu tidur. Kalau tak tidur biar ja anak tu terkebil-kebil depan tv. Lagi sedih terus bagi gajet pada anak untuk dia diam lebih lama.
Sayangnya usia emas anak-anak ni dibiarkan tanpa rangsangan sebaiknya.
Rangsangan bahasa melalui bercakap-cakap
Rangsangan motor halus dan kasar melalui aktiviti hands on
Rangsangan untuk perkembangan intelek, daya fokus, imaginasi, kreativiti, memori dan banyak lagi.
Andai ibubapa menyedari betapa berharganya usia emas, pasti setiap detik kehidupan anak-anak akan cuba diuruskan sebaiknya supaya mereka mencapai perkembangan yang optimum, in syaa Allah. Jangan berlengah lagi, masa itu akan berlalu pergi. Manfaatkan sebaiknya peluang yang ada, kerana hasilnya bukan untuk dituai hari ini. Tetapi apabila anak meningkat dewasa kelak.
Sumber: sakinahamid.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Datin Paduka Eina Azman memang terkenal di instagram sebagai artis yang rajin memasak untuk keluarga. Ramai netizen suka melihat video-video masakan yang dikongsinya.
Selain dari itu Eina juga seorang ibu yang sentiasa tampil cantik bergaya dan penyayang serta sangat lembut mendidik dua orang anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Bahkan ramai peminat yang menjadikan video-video masakannya sebagai rujukan mereka ketika memasak selain meminta pelakon drama Selamat Pengantin Madu ini berkongsi resipi-resipi tertentu.
Rahsia Rumah Tangga Bahagia
Orang tua-tua cakap kalau nak rumah tangga bahagia dan suami sentiasa sayang, isteri kena pandai jaga perut suami (rajin masakkan untuk suami).
Memang tepat pun pesanan orang tua-tua kita bila terbukti melihat kebahagiaan pasangan Eina dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang sentiasa ceria dan saling sayang menyayang.
Bahkan air tangan ibu juga penting untuk menambat selera serta hati anak agar mudah dididik dan mendengar kata. Melihat telatah dan kecerdikan anak-anak Eina memang terbukti air tangannya berjaya membentuk tingkah laku anak yang positif.
Ternyata biarpun sibuk berlakon, ibu jelita ini tetap punya masa untuk menyinsing lengan memasak makanan kegemaran suami dan anak-anaknya. Salute dengan Eina!
Resipi Mashed Potato ala KFC Untuk Aubrey & Karl
Bahan-bahan:
Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Susu segar
Lada sulah
Lada hitam
Tepung jagung
Serbuk pati ayam
Sedikit air
Butter
Supaya anak lupa gajet, ada aktiviti homeschooling yang rangsang minda seawal usia tiga tahun. Malah bila masuk tadika, anak-anak sudah biasa dengan aktiviti ini yang memudahkan pembelajaran di kelas nanti.
Kini mama dan papa boleh mendidik menerusi dalam bentuk permainan. Pada peringkat usia ini, anak belajar menerusi bermainan. Ikuti cadangan aktiviti homeschooling untuk si manja berusia tiga hingga enam tahun.
Aktiviti rangsangan yang dimaksudkan tentunya jenis hands on, tidak sama sekali bergantung kepada gajet. Penggunaan sumber barangan yang ada di sekeliling mengurangkan kos yang perlu dikeluarkan. Yang perlu anda peruntukkan ialah masa, kesabaran serta minat. Mama dan papa tunggu apa lagi. Ayuh kita mulakannya dari sekarang.
Reka bentuk doh mainan
Doh mainan warna-warni menjadi godaan besar kepada si manja. Tekstur lembut dan warna ceria menguja adik untuk mencetuskan rekaan pelbagai bentuk. Mama dan papa boleh buat sendiri doh mainan bersama dengan adik menggunakan tepung, krim tartar, pewarna makanan dan air panas. Begitu juga dengan jeli flubber yang lembut dan kenyal. Bermain dengannya merangsang deria rasa pada telapak tangan dan jari adik.
Berimaginasi dengan kadbod
Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak gemar bermain dengan kertas kotak atau kadbod. Berikan sahaja mereka kotak kosong, mereka boleh sahaja berimaginasi menjadikan kotak sebagai kereta, kapal terbang, rumah anak patung dan sebagainya. Biarkan dia bebas bermain dengan melakonkan watak yang digemarinya. Berikan pensel warna atau pen penanda untuk dia melukis lampu signal, nombor plat dan tingkap kereta.
Mewarnai
Mewarnai memberikan peluang untuk si manja bermain dengan warna dan kreativitinya. Pensel warna, krayon atau cat air adalah antara sumber yang boleh digunakan adik pada sekeping kertas. Adik boleh duduk berjam-jam lamanya untuk aktiviti ini. Aktiviti ini amat balik untuk adik belajar mencampurkan warna dan melakarkannya. Finger paint buatan sendiri lebih selamat dan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah iaitu air, gula, garam, tepung jagung dan pewarna makanan.
Menggunting dan melekat
Berikan peluang kepada si manja bermain dengan gunting. Biar dia menggunting sekeping kertas berwarna dan tampalkan pada kertas kosong menggunakan gam. Aktiviti ini akan membantu si manja mengembangkan kemahiran motor halusnya.
Memasak bersama
Pilih satu menu ringkas seperti mufin, kek cawan, biskut cip coklat atau jeli yang boleh anda siapkan bersama. Biar dia terlibat secara langsung daripada penyediaan bahan-bahan dan peralatan. Dia akan belajar untuk bekerjasama dan memahami proses memasak.
Kraf daun kering
Keluar dari rumah kutiplah helaian daun yang gugur. Kumpulkan pelbagai bentuk dan jenis. Kemudian tampalkan pada buku. Berikan si manja pen penanda dan lakarkan mata, mulut dan telinga pada kertas bagi membentuk satu karakter seperti katak, ular, kucing dan sebagainya.
Bermain blok kayu
Adik bebas berimaginasi bila bermain dengan blok kayu. Blok kayu adalah alat mainan yang asas yang dimiliki si manja. Biarkan dia menyusun mengikut rekaan yang diingininya. Kemudian apabila dia siap, anda tanya rekaan apa yang dibinanya. Ada yang mengatakan bangunan, rumah ada balkoni atau sebuah sofa.
Origami
Origami ialah salah satu aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Mama dan papa tunjukkan cara dan si manja akan mengikutnya langkah-langkah yang ditunjukkan. Si manja semakin mahir otot tangannya ketika dalam proses membuat lipatan. Dia juga belajar untuk meniru apa yang anda lakukan. Bila siap tentunya adik seronok dan kagum melihat hasil origaminya.
Main peranan
Main peranan menjadi kegemaran adik kerana adik boleh melakonkan watak yang digemarinya. Biar mama atau papa jadi pesakit dan adik jadi doktor. Boleh juga anda jadi pelanggan dan dia menjadi tukang masak. Anda berdua akan berdialog dan dia akan belajar secara spontan. Ketika ini anda bolehlah menambahkan perkataan baharu dalam perbualan anda dan si manja.
Dress up atau fesyen
Anda mesti mempunyai skaf atau kain perca yang tidak digunakan. Letakkan dalam satu kotak dan namakan kotak tersebut sebagai kotak “Fesyen” adik. Dia akan bebas mencipta jenis pakaian yang dia suka dengan menyarungkan skarf sebagai kain dan baju. Adik bebas berimaginasi dan membina keyakinan dalam mempersembahkan setiap baju rekaannya. Dia juga menajamkan skil komunikasinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!