Menjadi ibu antara satu tanggungjawab besar terutama mendidik anak. Kadang kala bila kepenatan ibu akan lebih membebel pada anak dengan tujuan untuk mengajarnya. Namun cara yang digunakan mungkin agak kasar dan tak elok di dengar.
Buat suami, anda kena faham kenapa isteri membebel. Seorang isteri atau ibu tak akan membebel sewenang-wenangnya jika tak ada sebab.
Seperti perkongsian dari Dr Taufiq Razif, bila seorang ibu atau ayah nak membebel pada anak, kena gunakan teknik yang betul. Bukan main cakap sahaja sehingga anak rasa rendah diri.
Bila isteri saya kepenatan saya biarkan je dia bebel anak-anak asalkan berpada-pada dan jaga bahasa supaya tak terkeluar doa-doa yang tak elok untuk anak-anak. Ada masanya, bebel tu jadi terapi juga untuk si dia kan.
Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.
IKLAN
Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.
❌ Cara yang salah ❌
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok dalam bakul
✅ Cara yang Betul ✅
IKLAN
Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci
❌ Cara yang Salah ❌
Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!
✅ Cara yang Betul ✅
IKLAN
Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.
Nampak tak beza cara bebel kat atas?
Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.
Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.
Amal je 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.
Saat dapat tahu diri hamil, ibu orang pertama yang paling gembira. Keterujaan menanti kelahiran cahaya mata pertama ini pastinya sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup bagi setiap pasangan suami isteri.
Lagi rasa dihargai, apabila suami dapat menemani semasa buat pemeriksaan kandungan dan scan untuk mengetahui kesihatan serta jantina bayi dalam kandungan.
Seperti kisah ibu ini di Tik Tok atas akaun @theantriplets, ibu ini berkongsi pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila semasa dia melahirkan bayi kembarnya.
@theantripletsTu la sapa suruh buat surprise. Kan mummy dah beli baju TW IN siap2 sbb excited ingat twin. Sekali naaahh triplets. Ter surprise suprise papa mummy.♬ Kamu Siapa ??? – ibray
Penantian dua tahun untuk dapatkan zuriat berbaloi apabila Allah kurniakan tiga anak sekaligus walaupun pada awal pemeriksaan kandungan doktor hanya beritahu kembar dua.
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok bernama An Triplets, dia dijangka melahirkan dua orang bayi kembar seiras setelah melakukan pemeriksaan. Namun kisah yang terjadi selepas itu membuatkan ibu bapa bayi tersebut langsung tak sangka sama sekali.
Jangkaannya awal tersasar setelah menerima tiga orang bayi kembar sekaligus mengejutkan dia dan suaminya. Yang lebih kelakar, pasangan kembar tersebut dilihat dibaringkan sebelah-sebelah sambil mengenakan baju yang sama.
Disebabkan kelahiran kembar ketiga itu tidak disangka-sangka, menjadikan dia seorang sahaja bayi yang memakai baju lain daripada yang lain. Si ibu kepada kembar ini mengaku cuma menyediakan baju untuk sepasang kembar sahaja dan langsung tidak terfikir bakal menimang triplets!
“Tu la sapa suruh buat surprise. Kan mummy dah beli baju TWIN siap2 sbb excited ingat twin. Sekali naaahh triplets. Ter surprise suprise papa mummy.” seloroh si ibu di ruangan kapsyen.
Video tersebut tular dengan 2.2 juta kali tontonan dan 149.5 ribu tanda suka!
Kembar tiga itu yang dilahirkan pada 26 Jun 2021 itu yang diberi nama Idlan, Izhan dan Ilhan itu kini dah pun berusia 1 tahun 3 bulan.
Perasan tak bila ada adik baru, abang atau kakak mula menunjukan sikap yang boleh mencabar kesabaran ibu bapa. Sampaikan ibu sendiri rasa tak mampu nak urus anak yang dilihat sedikit nakal berbanding sebelumnya.
Persoalannya kenapa hal ini berlaku dalam sekelip mata? Ok jika ada ibu bapa yang mengalami situasi ini, jangan marahkan anak sepanjang masa tapi kena cari punca.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian, sikap si abang atau kakak berubah disebabkan mereka rasa tergugat dengan kehadiran adik baru.
Ibu ayah yang planning atau dah memang on the way nak dapat baby baru especially anak kedua memang kena betul-betul ready dari segi mental dan emosi.
Tak kisahlah anak kedua ni beza umur dengan yang sulung tu setahun, dua tahun, even 5 tahun. Kita akan tetap dapat kejutan yang tak disangka daripada anak sulung. So, get ready dari sekarang.
Secara logiknya, selama ni anak sulung rasa dialah satu-satunya kesayangan ibu ayah. Selama ni perhatian ibu ayah hanya pada dia. Makan bersuap, tidur berdodoi, sepanjang masa dapat belaian, pelukan, ciuman, gurauan.
Tiba-tiba ada satu hari tu, ibu dia bawa balik baby baru. Ibu dia peluk dan cium adik baru. Sepanjang masa ibu asyik dengan baby baru. Sepanjang masa juga ibu sibuk dengan tempoh berpantang.
Haa, waktu ni anak sulung akan mula keliru. Siapa yang ibu dukung dan dakap tu. Kenapa perhatian ibu dah mula bukan pada dia, tapi pada “pendatang baru” tu. Kenapa ibu macam ignore kewujudan dia kat dalam rumah tu.
Anak sulung sendiri tiba-tiba jadi “culture shock”. Semalam ibu baru layan dia macam raja. Hari ni ibu dia dah macam tak nampak dia kat depan mata.
Apa yang anak sulung rasa? Of course emosi dia terganggu. Rasa sedih, marah, tak puas hati. Akhirnya akan berlaku protes dengan tunjukkan sikap yang berbeza atau perangai yang tiba-tiba berubah.
1) Anak akan menangis, meragam, mengamuk tanpa sebab. Contoh : Tengah elok-elok makan, tiba-tiba dia tantrum.
2) Anak akan mula ignore suara kita dan buat sesuatu yang mencabar kesabaran kita. Contoh : sebelum ni main mainan dia cermat je. Tiba-tiba sekarang dia baling semua mainan dia. Lagi kita tegur, lagi galak dia buat.
3) Anak akan mula menjauhkan diri dari kita dan pencilkan/asingkan diri dia. Contoh : kita lepak kat ruang tamu, dia lari duduk dalam bilik senyap-senyap
*macam-macam lagi anak akan buat bergantung pada personaliti yang ada pada diri dia.
Apa persediaan ibu ayah untuk hadapi situasi ni ?
1) seboleh-bolehnya, si ayah cuba untuk ambil cuti paling kurang seminggu lepas baby baru dilahirkan. Jangan biarkan ibu sorang yang handle situasi ni. Lagi-lagi badan tengah lemah sebab baru lepas bersalin.
So, ayah kena banyak duduk dan setelkan anak sulung. Dari segi keperluan dia, emosi dia. Biar perhatian ayah 100% diberikan pada anak sulung.
2) Banyakkan atau kerap peluk, belai dan cium anak sulung. Ini cara yang efektif untuk legakan emosi anak.
Dengan pelukan mampu tenteramkan perasaan dia, boleh terus create bonding atau attachment kita dengan dia sama macam sebelum dia dapat adik baru.
Pelukan yang erat pada anak memang satu signal kata kita tetap sayangkan dia walau dia dah dapat adik baru.
3) Elakkan dari marah dan marah anak. Setiap perbuatan nakal atau tantrum dia sebenarnya hanya untuk tarik perhatian kita pada dia.
Dia tahu hanya dengan cara macam tu, baru kita bagi perhatian pada dia. Dia tak kisah kalau kena marah sekalipun. Janji kita tengok dia.
Sebab tu lagi kita tegur atau marah, lagi galak dia buat perangai. So, kita kena cuba jadi cool. Kalau boleh ignore atau buat tak nampak dengan kenakalan dia, kita buat je tak nampak.
Kalau tak terkawal juga, guna cara yang zaty share pagi semalam. Doa je kuat-kuat kat depan dia. InshaaAllah menjadi.
4) selalu kenalkan anak sulung dengan adik baru dia. Selalu cakap yang adik baru dia akan jadi kawan dia bila dah besar nanti.
Selalu beritahu anak sulung yang kita sayang kedua-dua/semua anak-anak kita. Cerita kat anak sulung yang kita terpaksa layan adik baru sebab baby masih kecil dan perlukan kita untuk menyusu, tukar diapers dan sebagainya.
Dapat baby baru memang seronok. Tapi dalam pada seronok tu, kita perlu jaga perasaan dan emosi diri-sendiri, anak sulung dan baby baru. Untuk penjagaan emosi ni, ibu berpantang memang takkan boleh handle sorang-sorang.
Pastikan kita dapatkan bantuan daripada orang yang boleh faham situasi kita dan situasi anak sulung. Minta bantuan suami, mak atau mak mertua untuk sama-sama handle situasi macam ni.
Telur adalah makanan paling mudah nak disediakan buat anak kita. Selain kaya khasiat, telur juga tinggi protein untuk membantu tumbesaran anak. Tapi kalau telur yang kita simpan rosak macam mana pula?
Ada pendepat mengatakan cara penyimpanan telur mampu mengganggu kandungan nutrisinya. Betul ke? Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berikan pencerahan paling jelas untuk mama yang rasa ragu-ragu.
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.