Bedung bayi berikan banyak kelebihannya kepada bayi. Selepas lahir, bayi melalui perubahan suasana dari alam rahim ke dalam dakapan mama dan papa.  Bantunya menempuh hari-hari pertamanya dengan cara membedungnya menggunakan kain.

Tindakan membedung bayi akan membantu bayi untuk menempuh hari-hari pertamanya. Ia diibaratkan seperti seni membalut bayi dengan menggunakan kain yang akan memberikan si kecil pelbagai faedah kesihatan dan sokongan kepada emosinya.

Membedung Banyak Kelebihan, Bantu Bayi Tidur Lena & Elak Terkejut. Mama Papa Mesti Buat!

7 KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI

Antara manfaat membedung bayi ialah seperti berikut;

1.Menjadikan bayi lebih tenang dan kurang refleks Moro iaitu tindakbalas bayi apabila kehilangan dinding rahim sesudah kelahiran. Ia menyebabkan bayi kecil mereka terkejut atau tersentak dan mula menangis.

2.Bayi akan tidur lebih lena.

IKLAN

3.Mengurangkan risiko kematian bayi atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.

4.Rasa selamat kepada bayi.

5.Bayi kecil sering kali menghadapi masalah ‘terkejut’ atau startle reflex. Membedung mengelakkan ia daripada terjadi (sehingga bayi pandai meniarap).

6.Bayi baru lahir seringkali kesejukan. Membedung memberikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula  berfungsi.

IKLAN

7.Amat disarankan untuk  bayi yang menghadapi masalah neurologi atau kolik.

10 PERLU DILAKUKAN/ DIELAKKAN DALAM MEMBEDUNG BAYI

Membedung Banyak Kelebihan, Bantu Bayi Tidur Lena & Elak Terkejut. Mama Papa Mesti Buat!

Walau pun membedung bayi memberikan banyak faedah, tapi anda harus ingat, membedung ada do’s & dont’s.

IKLAN
  • Pastikan bayi yang dibedung tidur dalam keadaan berbaring, bukan meniarap atau mengiring.
  • Buka bedung sekiranya nampak bayi panas berpeluh dengan pipinya kemerah-merahan.
  • Sesetengah bayi suka  bahagian tangannya bebas bergerak. Boleh ikuti cara bedung yang biasa tapi pastikan kain bedung tidak meliputi tangan dan bahu dan berada dibawah bahagian ketiaknya.
  • Cara bedung perlulah betul. Jangan meletakkan apa-apa kain pada bahagian muka.
  • Gunakan kain bedung yang tipis yang sesuai dengan suhu sekeliling supaya bayi tidak kepanasan.
  • Tidak membedung ketika menyusu membantu bayi untuk melekap dengan lebih baik di mana bayi bebas menyentuh kulit (sentuhan kulit ke kulit).
  • Pastikan bayi tidak dibedung dalam tempoh yang terlalu lama. Mungkin boleh dibedung untuk tidur dan menyusu. Kaki dan paha bayi perlu bergerak untuk perkembangannya.
  • Pastikan anda tidak membedung dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya yang masih lembut. Jangan bedung sehingga kakinya menjadi lurus dan ketat!
  • Hentikan membedung apabila bayi sudah mula meniarap. Semakin membesar, bayi akan lebih banyak bergerak semasa tidur.
  • Bayi yang dibedung akan tidur nyenyak. Jadi, mama perlu kejutkan mereka untuk menyusu supaya mereka tidak terlepas untuk sesi penyusuan.

 

Anda boleh belajar mengikuti langkah membedung bayi  berpandukan video ini.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI