Membesar Jadi Lelaki Baik & Bertanggungjawab, Ajar Beberapa Benda Ni Dari Kecil

Share

Bila ada anak lelaki, ajarkan mereka untuk menjadi seorang berani dan mempunyai sifat melindungi. Didik supaya mereka mengutamakan keluarga dan sentiasa menghormati orang lain. Seperti mana sukarnya untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan, begitulah juga payah untuk mendidik anak lelaki.

 

Masing-masing mempunyai cabaran tersendiri. Kebanyakan pasangan mengharapkan anak sulung adalah lelaki kerana si ayah mengharapkan jika dirinya sudah tiada makan tanggungjawab akan diambil alih si abang.

Artikel Menarik: [Bersorak & Menyanyi, Orang Ramai Bantu Kanak-Kanak Sesat Jumpa Ayahnya Semula!]

Tiba-tiba anak kedua dan ketiga pun lelaki! Bayangkan betapa huru-hara dan meriahnya sesebuah rumah bila ramai anak lelaki. Nak jaga anak lelaki ni, kadang-kadang boleh naik angin dibuatnya. Ada saja idea di luar kotak yang dibuat mereka.

Kredit foto: Facebook Emy Haznida

Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.

Anak Suka Main Kasar
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya). Ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan. Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah).

Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan. Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar.

Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif. Tegur dan terangkan perkara yang perlu mereka tahu, supaya anak faham ia tak elok dibuat.

Artikel Menarik: [Boleh Cuti Lama, Gaji Penuh 5 Bulan. Dr. Amalina Jawab Soal ‘Maternity Leave’ Lepas Bersalin]

Tunjuk Contoh Yang Baik
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri atau ibu dengan penuh rasa hormat agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.

Sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.Satu lagi contoh terbaik untuk ajarkan pada anak adalah momen untuk sentiasa reda dan ingat pada Tuhan.

Selain mengajar anak untuk solat, didik mereka untuk cintakan Al-Quran. Sedari kecil, biasakan mereka mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran serta latih anak untuk menyayangi kitab suci itu.

Ajar Anak Jadi Sensitif & Sentiasa Positif
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan.

Kredit foto: Facebook Emy Haznida

Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau menggalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.

Sekiranya anak sentiasa didedahkan dengan kelembutan dan kasih sayang, maka mereka akan belajar untuk melakukan perkara yang kepada orang lain. Ajar juga kepada anak lelaki untuk sentiasa peka dengan perasaan orang lain.

Artikel Menarik: [Bentuk Badan & Pakaian Lebih Kurang. Tersilap Abah, Adik Ni Keliru Antara 2 Lelaki!]

Biar Anak Ekspres Perasaan
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang sesuatu hal.

Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.

Anak Lelaki Sukakan ‘Ruang’
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja.

Kredit foto: Facebook Emy Haznida

Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama. Bila main dengan anak, ayah ajarlah mereka tentang permainan survival. Iu pula lebih kepada aktiviti skil harian.

Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sejak kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.

Published by
Emy H