Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik Haneesya Hanee ditarik semula ekoran penularan video kontroversi yang membabitkan dirinya baru-baru ini. Penarikan gelaran terbabit diumumkan menerusi sebuah sidang media yang diadakan di pejabat Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., pemilik jenama Dewi Remaja di Shah Alam, Selangor.
Setelah Haneesya menyerahkan kembali takhta yang dimilikinya, ramai rakan artis yang memberikan sokongan kepadanya. Penarikan semula takhta Dewi Remaja menjadi viral sehingga mendapat perhatian seluruh Malaysia. Antara Artis yang turut memberikan kata-kata semangat termasuklah Pak Nil, Fasha Sandha dan ramai lagi. Ikuti perkongsian kata-kata semangat yang diberikan kepada Haneesya Hanee.
Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi)
Hanee, awak masih terlalu muda. Kesilapan pasti berlaku cuma bagaimana kita bangun dan membetulkan kesilapan lalu adalah langkah seterusnya. Allah uji Hanee bukan pengajaran buat awak sorang, buat orang lain jugak belajar dari silap itu.
Awak membesar tanpa ayah disisi. Mungkin tiada figura ayah untuk menegur, tetapi pengalaman adalah bapa kepada pengajaran. Lear and move on – Pak NiL
Raja Azmi
Be strong girl. I’ve been thro worst..at the end of the day it was all just history. God will always forgive as long as you never repeat the same mistake. I know you are a good girl.
Fasha Sandha
Kepada @haneesyahanee ,
Remember this quote
‘Fall 7 times,stand up 8’
It’s undeniable–we all make mistakes.
It’s in our nature as humans to fail.
Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘kawan’ sendiri. Video aib dirakam berminggu2 ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Jadi Berhati2 memilih kawan~ tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita. Walau apapun, Jangan diulangi kesalahan itu Hanee.. Dan, Kita semua juga patut jadikan ini sebagai pengajaran.
Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan. Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak.
Janna Nick
To @haneesyahanee:
anggap ni satu pengajaran for you to be a better person… jangan stress over the same thing…just move on.. because if not it will lead you to depression..and i hope that will never happen…stay strong..don’t repeat and surround yourself with good people..don’t simply trust anyone.
Semoga Haneesya Hanee tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama lagi dan move on dengan kisah lama, buka buku baru. Ini juga merupakan peringatan kepada semua, bukan hanya Hanessya sahaja, apa yang kita lakukan hari ini, akan terkesan untuk masa hadapan kita. Teruskan melangkah dan perbaiki diri menjadi yang lebih baik.
Sumber: Majalah Remaja, Pak Nil, Fasha Sanda, Janna Nick, Raja Azmi