Bila anak menangis, ibu mulalah susah hati. Tapi orang sekeliling bila tengok ibu pujuk anak akan ada macam-macam persepsi. Sebenarnya ada sebab kenapa ibu-ibu resah dan tidak sampai hati mendengar bayi menangis.
Biasalah akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Biar dia menangis. Jangan manjakan sangat. Jangan angkat dia. Nanti bila besar dia besar kepala.” ataupun “Biar dia menangis. Kita perlu disiplinkan anak dari bayi lagi.”
Menurut Pengasas Parent Connect, Puan Nor Afidah Abu Bakar, pendapat ini mengarut dan tidak ada asasnya.
Ikutlah naluri keibuan itu dan jangan dibiarkan bayi anda menangis. Abaikan suara sumbang itu yang mungkin tidak (belum) sampai ilmu kepadanya.
Membiarkan bayi menangis dan mengabaikannya antara lain boleh menyebabkan:
Ads
*Perubahan struktur dan fungsi otak.
*Kesannya sama seperti orang dewasa yang mengalami kemurungan.
*Sistem adrenaline yang terlampau aktif boleh menyebabkan tingkah laku impulsif, ganas dan agresif apabila dewasa.
*Mengganggu tumbesaran dan sistem imun hingga mudah dihinggapi penyakit.
Ads
*Mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial.
*Menyukarkan anak mengawal emosi.
Dan bermacam-macam lagi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang ke atas anak hanya kerana tangisannya diabaikan ketika bayi.
Ads
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi.
Jangan diambil mudah perkara ini.
Kita boleh ubah amalan dan kepercayaan karut dalam masyarakat dengan ilmu.
Apakah cara terbaik untuk atasi anak suka bergaduh atau meleraikan pertengkaran antara mereka supaya semua berpuas hati terhadap penyelesaian yang ibu bapa lakukan?
Suka bergaduh ini, simptom. Puncanya (‘root cause’) pelbagai. Pada umumnya sebab anak-anak tidak tahu cara menyelesaikan konflik sesama sendiri secara lebih efektif. Mungkin juga ada perasaan iri, jika ada persepsi bahawa ibu bapa lebih menyayangi anak yang lain.
Cara menanganinya bergantung pada situasi dan peringkat usia anak anda. Anak masih kecil biasanya bergaduh sebab masing-masing merasa dirinya tidak diberi cukup perhatian.
Luangkan waktu dan aktiviti ‘1-on-1’ untuk setiap anak. Aktiviti ‘1-on-1’ bermakna, aktiviti yang hanya melibatkan ibubapa dengan seseorang anak tertentu sahaja pada suatu waktu tertentu, tanpa disertai anak-anak lain. Contoh aktiviti ‘1-on-1’: membeli-belah bersama, membaca buku kegemaran anak, atau apa sahaja hobi sihat yang diminati oleh anak tersebut.
Strategi ‘1-on-1’ ini juga sesuai digunapakai untuk anak remaja yang kerap berkelahi. Cuba renungi cara anda melayani setiap anak. Mungkinkah ada komen atau perbuatan yang boleh menimbulkan emosi sedemikian?
Atau mungkin seseorang anak itu, kerana dia rajin, sering dibebankan dengan tugasan, yang sepatutnya dipikul sama rata oleh anak-anak lain.
Jika ini benar, wujudkan suasana yang lebih adil. Beri mereka tugasan berbeza secara bergilir-gilir. Latih anak supaya lebih bertanggungjawab, persediaan sebagai pemimpin!
Keibubapaan ialah tugasan yang memerlukan komitmen tinggi, kasih sayang yang tiada sempadan dan kesabaran yang tiada had. Semua ibu bapa mahu mendidik anak dengan terbaik hingga kadang-kala tidak perasan ada yang salah.
Berikut adalah 6 cara mendidik anak:
1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkankembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:”tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan ke anak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:”Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita..
Kredit : Nur Amall Syalabyla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak buat perangai, elakkan daripada tengking mereka supaya si kecil tak bersikap lebih agresif. Walaupun sedaya upaya anda cuba mengawal ‘pitching’ suara daripada tinggi tapi kadangkala bila berhadapan dengan situasi kerenah anak-anak, ia terlepas juga.
Tipulah kalau ada yang tak pernah langsung menjerit pada anak-anak sebab sebagai manusia biasa kita tak boleh lari daripada melakukan kesilapan tersebut. Jom kita semak kenapa menjerit perlu juga dilakukan oleh ibu bapa dan macam mana tabiat menjerit pada anak boleh kita kawal atau kurangkan dalam kehidupan seharian.
Bukan tak boleh jerit pada anak langsung
Menjerit kadangkala membantu dan adakalanya perlu. Ia seperti penggera kebakaran yang hanya boleh digunakan dengan betul pada masa yang tepat sebagai satu amaran bahaya!
Menjerit adalah satu bentuk amaran yang berkesan untuk mengingatkan anak anda tentang situasi yang mungkin berbahaya.
Jadi, sepatutnya menjerit pada anak hanya digunakan sebagai salah satu kaedah memberi amaran pada anak, dan bukan sebahagian daripada hukuman atau cara anda menangani ‘kenakalan’ anak.
Kajian mendapati ada beberapa kesan yang diperolehi oleh anak apabila ibu bapa asyik menjerit sahaja pada mereka.
Jika anda cuba untuk menghentikan si kecil daripada melakukan sesuatu tingkah laku negatif atau berhenti buat perangai, tengkingan dan jeritan bukanlah cara terbaik. Sebaliknya jika anda bertindak balas lebih tenang ia membantu memberi keyakinan dan sayang dalam diri anak anda.
Hakikatnya, menengking anak hanya akan membuatkan otak anak masuk ke fight, flightor freeze mode iaitu anak menjadi semakin rasa ingin bergaduh atau agresif. Memekik pada anak hanya akan menyebabkan mereka membalas sikap agresif anda itu dengan tindakan lebih agresif seperti kemungkinan memukul anda. Perasan tak ia biasa dilakukan oleh si kecil bila kita tengking mereka.
Ia juga mungkin menyebabkan anak anda lari daripada anda atau hanya memandang anda penuh ketakutan. Untuk jangka masa panjang, kajian menunjukkan bahawa perbuatan mejerit pada anak hanya akan membuatkan si kecil jadi lebih agresif secara fizikal dan verbal.
Pada tanggapan kita, dengan menengking anak ia boleh membuatkan mereka insaf dan belajar untuk lebih bekerjasama tanpa kita perlu memekik pada mereka lagi di masa akan datang. Namun sebenarnya, cara itu mengajar mereka yang ibu atau ayah ni tidak serius sehingga kita mula memekik. Dengan kata lain, anak jadi tak hormat dengan arahan kita.
Memekik bukan bentuk komunikasi yang efektif
Kadangkala kita menjerit dalam keadaan di bawah sedar dan beranggapan jika bercakap dalam nada suara yang kuat (atau menjerit) anak-anak akan lebih faham apa yang kita cakap. Sebenarnya ia bukan seperti yang kita fikirkan.
Anda mungkin boleh membuatkan anak rasa terkesan, tetapi jika anda menjerit, ia tidak akan meresap dengan berkesan seperti kaedah-kaedah lebih tenang yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu (melainkan untuk situasi bahaya, anda memang kena menjerit).
“Menjerti tidak dapat menyampaikan mesej kepada anak-anak, tak kira kecil atau besar kerana mereka sibuk mempertahankan diri sendiri daripada menerima atau bahaya sebenar dan betul-betul hilang tumpuan pada poin yang disampaikan,” menurut pakar psikologi klinikal Dr. Deema Sihweil.
Menjerit rosakkan kepercayaan
Ini memang ada betulnya. Untuk mendapat kepercayaan anak kita mestilah tunjukkan contoh dan tauladan. Bila asyik menjerit marahkan mereka sahaja, dari mana mereka boleh belajar tentang akhlak yang betul.
Untuk menggantikan tabiat suka menjerit pada anak, Dr. Laura Markham mencadangkan ibu bapa mengendalikan situasi secara berbeza. Mungkin ibu ayah boleh tangani masalah dengan cara berjenaka atau beri anak amaran secara berhemah untuk menyelesaikan masalah mainan bersepah dan suruh anak masuk tidur.
Bertindak balas pada situasi dengan empati daripada perspektif anak, berbanding bertindak balas pada perbuatan atau masalah yang dibuat oleh anak. Anda akan nampak betapa seronoknya anak sebelum mereka masuk tidur dan bukannya menangis atau mengamuk seterusnya menjadikan situasi lebih tegang.
Kita bukanlah sempurna, tapi cuba untuk jadi yang terbaik
Ia bukan perkara mudah untuk terus kekal sabar dan bertenang bila si kecil mengejutkan anda jam 3 pagi semata-mata hendak tengok TV! Ia juga bukan kerja mudah untuk elakkan diri daripada tidak menjerit bila si kecil sibuk menuang air pada mainan masak-masaknya sampai banjir lantai rumah.
Tetapi kekal bertenang ketika berhadapan dengan situasi anak-anak buat perangai sangat berbaloi pada jangka masa panjang kerana anda telah membesarkan seorang anak yang percaya, bukan takut pada anda dan sayang bukan cari gaduh dengan anda.
Sekiranya anda dibesarkan oleh ibu bapa yang guna kaedah menjerit, jangan biarkan tradisi tersebut berterusan. Berubah ke cara lebih baik tak salah. Jadilah ibu ayah yang penuh dengan sifat sabar dan kasih sayang, kerana itu yang anak-anak nak lihat. Jika tersilap, perbaiki diri dan move on!
Sumber: familyshare.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.