Bila anak menangis, ibu mulalah susah hati. Tapi orang sekeliling bila tengok ibu pujuk anak akan ada macam-macam persepsi. Sebenarnya ada sebab kenapa ibu-ibu resah dan tidak sampai hati mendengar bayi menangis.
Biasalah akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Biar dia menangis. Jangan manjakan sangat. Jangan angkat dia. Nanti bila besar dia besar kepala.” ataupun “Biar dia menangis. Kita perlu disiplinkan anak dari bayi lagi.”
Menurut Pengasas Parent Connect, Puan Nor Afidah Abu Bakar, pendapat ini mengarut dan tidak ada asasnya.
Ikutlah naluri keibuan itu dan jangan dibiarkan bayi anda menangis. Abaikan suara sumbang itu yang mungkin tidak (belum) sampai ilmu kepadanya.
Membiarkan bayi menangis dan mengabaikannya antara lain boleh menyebabkan:
*Perubahan struktur dan fungsi otak.
*Kesannya sama seperti orang dewasa yang mengalami kemurungan.
*Sistem adrenaline yang terlampau aktif boleh menyebabkan tingkah laku impulsif, ganas dan agresif apabila dewasa.
*Mengganggu tumbesaran dan sistem imun hingga mudah dihinggapi penyakit.
*Mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial.
*Menyukarkan anak mengawal emosi.
Dan bermacam-macam lagi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang ke atas anak hanya kerana tangisannya diabaikan ketika bayi.
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi.
Jangan diambil mudah perkara ini.
Kita boleh ubah amalan dan kepercayaan karut dalam masyarakat dengan ilmu.
Parent Connect Consultancy