Para ibu baru lepas bersalin selalu risau akan sajian yang harus diambil. Bimbang akan mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi. Benar, penjaagan dalam pantang sangat penting untuk luaran dan dalaman badan. Lauk pantang haruslah memberi banyak khasiat kepada tubuh badan supaya ibu dapat pulih dengan baik. Contoh bahan yang sangat berkhasiat untuk ibu berpantang ialah halia.
Dalam menu masakan berpantang, lebih baik tambahkan halia dalam setiap masakan. Halia bersifat panas dan kering yang sangat sesuai untuk ibu berpantang. Para ibu berpantang digalakkan mengambil halia dengan banyak untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman. Seperti resepi ayam masak halia, sangat bagus untuk ibu berpantang. Boleh hirup kuahnya dan membuat badan berasa ringan dan segar.
Jom lihat resepi ayam masak halia yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Nurhaslin Ealin di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI AYAM MASAK HALIA
Hari tu ada belajar dari group ni ayam masak halia. Terima kasih kepada puan yang berkongsi resepi ini.
Resipi asal menggunakan dada ayam dan daun bawang, tapi saya gantikan dengan bahagian ayam yang lain dan tambah sayur.
Alhamdulillah menjadi.
Bahan- bahan:
– 2 ulas bawang putih besar
– Sedikit bawang holland
– Sedikit bawang besar
– Halia dipotong halus
– 3-4 cili kering dibasuh bersih dan dipotong dua
– Sedikit cendawan tiram dan sawi
Cara- cara:
1. Tumiskan bawang putih sehingga warna keemas an.
2. Masukkan bawang, halia dan cili kering.
3. Masukkan ayam dan tambahkan air.
4. Masukkan serbuk lada hitam.
5. Tambah air jika tidak mencukupi dan pastikan ayam masak dengan sempurna.
6. Masukkan sos tiram.
7. Masukkan garam secukupnya.
8. Masukkan air bancuhan tepung jagung.
9. Masukkan sayur- sayuran.
10. Biarkan lauk masak dengan sempurna dan angkat bila dah siap.
Boleh makan dengan nasi putih panas- panas.
Baca Juga:
Kek Chip Chocolate Moist Mini, Boleh Dijadikan Dessert Jamuan Atau Jualan. Mesti Laris Kalau Jual!
Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!
Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Para ibu berpantang bolehlah cuba lauk ayam masak halia ni. Mesti tak jemu makan lauk yang sama atau berulang je. Sekali-sekala, makan lauk pantang yang sedap dan lain daripada lain. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)