Tak sempat makan ketam yang diidamkan masa mengandung, selepas bersalin akhirnya ia tertunai juga. Memey bawa Mikayla sekali makan ketam yang diidamkan!
Mengidam masa mengandung itu perkara biasa seorang wanita. Seperti yang diceritakan oleh aktres Memey Suhaiza ini, mengidamkan sajian ketam tapi tak kesampaian semasa hamil. Namun ia tertunai juga selepas melahirkan anak ketiganya, Mikayla Delisha Hakim.
Memey juga menceritakan yang proses bersalinkan Mikayla. Dari 5cm, sejam kemudian terus bersalin, mudahnya Memey bersalin. Ia diceritakan di dalam posting Instagramnya. Berikut perkongsiannya;
Ada cerita sebalik gambar ni
Berapa hari sebelum bersalin @mikayladelishahakim teringin sgt nak makan fatty crab ni..
Suami bawa tp sampai kedai..tutup plk..
Sehari 2 plan nak pergi lagi dah tak sempat sbb trbersalin awal dr due date..
Masa otw hospital siap mintak suami bawa kesini sbb tak rasa sakit ,jadi fikir lmbt lagi baby keluar..
Tapi rupanya sampai hospital dah 5 cm doc kata anytime jer.. mmg betul sejam lepas tu mikayla keluar..
So hari ni mummy datang mummy bawa mikayla sekali yeaa..
Mummy makan puas2..
Nasib baik air liur anak mummy takde kluar2 sbb mummy tak sempat mkn hari tu
Para peminat Memey dikalangan ibu-ibu berkongsi cerita tentang mengidam di ruangan komen. Ada juga yang meminta Memey kongsi tipnya mudah bersalin.
MAHU MEMEY KONGSI TIP MUDAH BERSALIN
Sumber: Instagram Memey Suhaiza