Kagum dengan semangat Memey Suhaiza yang sehingga kini begitu bersungguh-sungguh untuk memberi susu secara ekslusif kepada si comelnya Mikayla.
Apa yang membanggakan isteri Norman Hakim ini, Memey mengakui sejak enam tahun lalu susunya sentiasa ada tanpa henti.
Apa rahsianya ikuti perkongsian Memey di instagramnya mengenai bagaimana dia kekalkan susunya hingga mampu menyusu ketiga-tiga anaknya.
Ramai tanya macam mana susu boleh maintain ? Alhamdulillah mummy boleh tarik nafas lega sebab berjaya susukan semua anak.
Bukan nak bangga tapi hakikatnya 6 tahun ada susu tanpa berhenti. Walau macam mana berbalik pada rezeki kan.
Ada yang banyak. Ada yang kurang. Tapi saya percaya semua ibu nak kan yang terbaik.
Selagi boleh usaha, kita usaha tau. Jangan cepat putus asa. Kena cekal dan sabar. Lagi-lagi bila baru bersalin. Bila keluar sikit jangan terus putus asa.
Momen itu adalah sangat penting untuk kita berjuang dan menentukan susu kita akan jadi banyak atau terus discontinue.
Saya tengok mak saya dari kecil dan mak kata mak boleh susukan semua anak. (6 orang). Jadi dah sebati dalam minda saya.
Jadi bila ada anak memang fokus nak susukan anak sendiri sampai besar. Alhamdulillah rezeki saya, dapat susukan semua anak.
Memey juga ada berkongsi tip yang diamalkan untuk pastikan susunya sentiasa meriah.
Pertama adalah doa. Niatkan segala titik susu yang ada untuk kebaikan anak.
Kena rajin, jangan malas. Kalau sikit pun kena pam bagi rangsang pengeluaran susu ibu.
Kedua kena selalu positif, ini semua peranan penting tau. Ibu bf memang tak boleh stres. Kena happy kena positif. Sebab persekitaran yang happy juga menyumbang pada penghasilan susu. Jadi aspek ini memang suami kena banyak ambil peranan. Supaya selalu sokong isteri.
Ketiga kalau ada niat nak diet lupakan seketika. Sebab pemakanan yang betul dan sihat sangat penting. Jadi kalau kita diet memang tak kan boleh kekalkan susu yang banyak.
Hakikatnya memang kita selalu lapar dan dahaga sebab kita berkongsi khasiat itu je dengan anak.
Keempat pemakanan yang betul memainkan peranan untuk buat susu kita kekal banyak. Jadi saya memang makan banyak. 3 orang anak kot.
Kelima ambillah apa-apa suplemen yang bagus juga untuk kesihatan kita, yang boleh bagi tenaga pada kita.
Sumber: ig Memey Suhaiza