Memey Tak Betah Tinggal Anak Di rumah, Angkut Sekali Untuk Bonding. Dari Kecil Ajar Terdedah Suasana Bising

Share

Memey Suhaiza tetap bawa anak bersama jika bukan urusan rasmi, tak betah tinggal anak di rumah. Kalau boleh nak angkut semua supaya boleh bonding bersama.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini, Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim ini suka  sekiranya anak ada bersama apabila keluar ke mana-mana kecuali urusan formal (rasmi).

Katanya lagi, bila anak dilatih dari kecil terdedah kepada suasana bising lama-kelamaan mereka akan boleh menyesuaikan dengan mudah.

Memey memuatnaik gambarnya bersama Norman dan Mikayla dengan kapsyen ini;

Teman mummy cari barang utk persiapan shooting..
Bawa mikayla sbb dia baik sgt..
Mummy beli barang itu ini diam je kena dukung,
Dah tido baru letak stroller
Jarang nak meragam..
Lepastu tq papa offer diri nak teman
?
So panjang lah langkah mummy hehe
✌? .

Ps: ada yg tanya mcm mana selalu jalan bawa anak kecik ..
Mcm sy selalu bawa & selalu gunakan peluang utk bawa dia org klu tak melibatkan kerja yg formal..
Wlpn ada pilihan utk tinggalkan kat rumah.. tp sy lebih suka bawa dia org.. sy nak gunakan masa “ bersama “ tu sebaik mungkin…
Dr kecik baby mmg dah biasakan bawa keluar,so bila dah terbiasa dgn enviroment luar, bunyi bising ke apa ke dia dah tak kisah sgt..✌? .

Para peminat juga turut sependapat dengan Memey dan meluahkan sebab mereka untuk membawa anak bersama.

Sumber: memeysuhaiza

Published by
Azma ML