Sebagai seorang ibu, sudah pastinya kita mahukan hanya yang terbaik buat anak-anak. Setiap ibu mempunyai impian tersendiri untuk melihat anak-anaknya berjaya bahkan ada juga yang juga menginginkan dirinya sendiri dapat mengecapi sesuatu yang membanggakan.
Sesetengah ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah atau bekerja mungkin ada menyimpan hasrat untuk mencapai sesuatu yang ‘lebih’ dalam kehidupan mereka.
Developmental Psychologist, Pija Ramli, berkongsi tentang hal ini. Bukan untuk ibu sahaja, bahkan tulisannya juga ada menyebut tentang ayah. Tidak terhenti kehidupan seseorang hanya kerana dikurniakan anak.
Ayuh, baca penulisan ini;
Saya masih ingat kata-kata ayah yang menjadikan saya hari ini -memilih untuk menjadi ibu dan terus berjalan demi sebuah ilmu.
Ibu Mampu Pegang Satu Jawatan Dalam Kerjaya Tapi Tak Gugur Peranan Sebagai Ibu
Kata mereka, anak perlu didahulukan. Maka cita-cita dan impian itu terus dikuburkan, mati. Ibu juga mampu memegang suatu jawatan dalam kariernya namun itu tidak akan menggugurkan peranannya sebagai seorang ibu. Tahniah kepada ibu-ibu yang berusaha memastikan keluargamu telah disiapkan makanan sebelum keluar bekerja dan memastikan mereka pulang dengan hidangan di atas meja 🥺
Begitu juga dengan ibu yang memilih untuk sepenuhnya melaksanakan tugasan di rumah namun itu tidak akan sedikit pun merendahkan penghargaan kepada dirinya. Tidak semua ibu memilih untuk bekerja hanya kerana menginginkan gaya hidup mahal, untuk melancong setiap bulan.
Ads
Tidak semua ibu memilih untuk bekerja hanya untuk merasa tinggi. Ada ibu yang di dadanya penuh cita-cita dan impian sejak awal demi sebuah ilmu.
Ayah mungkin tak boleh tinggalkan harta yang banyak tapi ayah akan tinggalkan ilmu sebab insya Allah dengan ilmu, dia akan jaga kakak sampai bila-bila ‘ Maka harta yang ada dilaburkan utk pendidikan anak.
Ibu ayah sekalian, Hidupmu tidak akan terhenti apabila engkau melahirkan nyawa baru. Tuhan tidak mengurniakan seorang anak hanya untuk mematikan semangat, harapan dan cita-citamu. Bahkan Tuhan mengurniakan anak untuk mengajarkanmu sesuatu. Pandanglah anak, jagalah anak, didiklah anak dan teruslah mencapai cita-citamu. Kerana sememangnya anak dikurniakan Tuhan untuk mengajarkanmu tetap berusaha walau payah supaya akhirnya pengharapan hanya kepada Dia.
Belajarlah, bekerjalah sekiranya itu yang terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada keluargamu kerana cita-cita serta pekerjaan yang baik tidak akan membuatkanmu mengabaikan keperluan emosi anak dan suami walau harimu cukup sibuk. Memilih menjadi ibu dan menguruskan keluarga adalah ibadah.
Ads
Anak Akan Belajar Tentang Ketabahan Dalam Hidup
Mencari ilmu dan bekerja juga satu ibadah. Maka, teruslah melangkah. Namun jangan lupa untuk berehat bila penat. Gapailah impianmu agar suatu hari nanti anak itu akan turut belajar sebuah ketabahan dalam menjalani kehidupan dan menguruskan tekanan dengan menjadikan ibunya sebagai contoh.
This is me trying to set the baseline for my children -bukan berdasarkan jumlah wang di dalam akaun simpanan untuk persiapan hari tua, ataupun memandang harga diri berdasarkan simpanan yang ada tapi untuk menggalakkan growth mindset supaya simpanan yang ada terlabur dengan bermanfaat agar hari tua nanti dilalui dengan tenang untuk persiapan ke dunia abadi.
Pija Ramli Catatan untuk diri sendiri.
Kadang-kadang kita mungkin terpaksa melupakan apa yang menjadi impian setelah sekian lama semata-mata hanya kerana menginginkan yang terbaik buat keluarga. Dengan kekuatan semangat dan sokongan orang sekeliling sebenarnya kita cukup kuat.
Percayalah setiap ibu dan juga ayah mempunyai kekuatan yang tak pernah kita rasakan yang kita mampu untuk melaluinya. Teruskan menjadi yang terbaik bukan hanya untuk anak-anak, tetapi dirimu sendiri!
Biasanya dalam perhubungan suami isteri, komunikasi yang baik dan bagi perhatian pada pasangan jadi asas utama dalam keharmonian rumah tangga. Jika berpegang pada wang ringgit sahaja ia tak ke mana jika pasangan rasa seperti tak dihargai.
Percayalah jika hubungan ini disulami dengan kejujuran, sikap tolak ansur dan gurau senda anak, rumah tangga anda akan terus bahagia walau dalam apa keadaan sekalipun. Tapi sebagai ketua keluarga, adakah anda perasan isteri akan rasa dihargai bila suami dapat bagi perhatian apa yang nak diluahkannya.
Berdasarkan perkongsian dari Najmi Nawawi, 15 minit pertama, masa wajib bagi perhatian pada isteri. Ini ialah cara untuk buat isteri rasa dihargai. Contohnya, baru ambil isteri dari tempat kerja, atau baru balik kerja, maka gunakan 15 minit pertama di awal pertemuan untuk fokus 100% pada isteri.
Dengar cerita dan tunjukkan minat kepada cerita yang disampaikan isteri. Walaupun kita sibuk dengan kerja, mahu buat panggilan, mahu fikir tentang kerja dan sebagainya. Tetapi hanya untuk 15 minit pertama ini, tolong lupakan semua itu sebentar.
Bagi 15 minit pertama ini untuk bagi perhatian dan senyuman. Sorok tepi muka stress dan penat itu untuk 15 minit yang istimewa ini. Cipta ruang penghargaan bagi membuatkan pasangan rasa dilindungi dan dicintai.
p/s : 15 minit pertama ialah minimum, kalau boleh bagi lagi lama, lagi bagus. Barulah isteri itu rasa puas dan dihargai. Nanti kau pula yang akan dihargai kembali.
Janganlah baru jumpa isteri, tetapi buat tidak peduli dan buat macam isteri itu tidak wujud. Tangki emosi dan buku cerita dia tengah penuh tu, lebih baik beri dia peluang curah dan bacakan pada kau dulu.
Tanda pagar #justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati. Seluruh tubuhnya mengalami luka dan berparut akibat didera.
Dia kanak-kanak istimewa syndrome down, berusia 13 tahun. Tiada ibu bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, rumah kebajikan di Wangsa Maju yang pengasas dan pengusahanya Cik Siti Bainun, 30 tahun.
Namun kes ini sekali lagi mendapat riaksi marah rakyat Malaysia apabila gambar OKT, Cik Siti Bainun diwakili sehingga 10 peguam di muat naik di laman media sosial. Persoalan yang hangat diperkatakan kenapa perlunya 10 peguam melawan seorang kanak-kanak OKU? Mengapa tidak 10 peguam yang membela kanak-kanak tersebut?
Kes penderaan Bella ini turut mendapat riaksi daripada Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam, isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.
Menerusi tinjauan yang di buat di Instagram YM Che’ Puan Khaleeda, ternyata beliau juga turut terkesan dengan nasib adik Bella yang didera.
Tambahnya lagi, dengan kuasa yang ada beliau akan cuba sedaya upaya untuk membela nasib anak istimewa ini.
Terdapat 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi :
1. Dipukul dengan hanger sehingga hanger patah.
2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain.
3. Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.
4. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur.
5. Disimbah air panas dengan kerap. Termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas
ni hukuman paling banyak Bella kena.
6. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.
7. Ditelanjangkan.
8. Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan
dipaksa makan lagi.
9. Menekap kuali panas pada peha Bella.
10. Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu
maksima sebelum disiram pada Bella.
11. Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam.
12. Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.
13. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering.
14. Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu siram air panas dan tenyeh cili kering
kat mata dan luka.
15. Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah
16. Dipijak dibahagian lutut oleh OKT.
17. Dipukul dan ditolak kepala.
18. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT.
Ramai yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa mempunyai perancangan awal, berapa ramai anak yang mereka inginkan bagi mewarnai kehidupan sebagai suami isteri. Ada yang mahukan anak ramai dan ada yang selesa jika hanya mempunyai bilangan anak yang tidak ramai.
Menurut sebuah artikel dari Astro Gempak, penyampai radio Muaz Mohamed, mempunyai impian untuk ada empat orang anak jika diizinkan.
Katanya, memadai untuk dia memiliki dua cahaya mata kini dan seandainya dikurniakan rezeki dia ingin untuk mempunyai sekurang-kurangnya empat anak. “Saya membesar seramai tiga beradik sahaja, jadi rasanya sudah cukup untuk sebuah keluarga.
“Yang penting proses untuk menjaga dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Saya takut, kalau anak terlalu ramai sangat saya tak sempat nak memberikan kasih sayang seadilnya untuk mereka.
“Tetapi kalau ada rezeki apa salahnya. Cuma kalau ditanya keselesaan, punyai cahaya mata tiga ke empat orang sudah mencukupi.
“Paling penting, jaga amanah itu supaya apabila mereka dewasa kita tidak dipersalahkan kalau ada bahagian terlepas pandang ketika mereka sedang membesar,’ katanya kepada Gempak.
Berbahagia dikurniakan dua cahaya mata Emirza Mukhri, 5, dan Ezra Mikahail, 6 bulan, Muaz seronok melihat perkembangan kedua-dua arjuna hatinya itu.
“Saya tidak lagi keluar melepak sampai lewat malam sebab mahukan waktu tidur yang cukup dan disebabkan itulah pada hujung minggu saya memperuntukkan masa untuk bersenam dan beriadah bersendirian di taman berhampiran tempat tinggal saya.
“Selain mempertingkatkan stamina, berlari juga misalnya menjadi ‘me time’ bagi saya sebenarnya,” katanya.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...