Memori Anak Makin Power, 3 Makanan Ni Wajib Ada Dalam Menu, Serius Tak Mahal Pun!

Share

Makanan sememangnya adalah perkara yang cukup penting dalam tumbesaran anak-anak. Apa yang anak-anak kita makan mencerminkan bagaimana tumbesaran dan kesihatan mereka. Anak bijak? Makanan juga turut sama membantu.

Kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab memberikan makanan yang terbaik buat anak-anak kita. Makanan sihat, segar dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi adalah contoh makanan terbaik buat anak-anak kita. Bukan anak-anak saja, kita pun kenalah makan makanan yang berkhasiat.

Perlu dibiasakan anak-anak kita makan makanan segar namun apa makanan yang baik untuk otak agar jadi lebih pandai dan semakin bijak? Ini perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak kita.


Kita adalah apa yang kita makan. Begitu juga anak-anak kita. Apa yang disemai itulah yang dituai.

“Anak aku kena makan apa?” Itu soalan yang terpacul dari mulut seorang kenalan saya, Razif. Tanpa salam. Tanpa ayat-ayat mula.

“Maksudnya? Cuba cerita hujung pangkal. Baharu saya boleh faham. “Tak ada. You selalu cerita dalam FB pasal otak. Pasal makan. Pasal Senaman.

I nak tahu makanan untuk anak-anak. Sama ke tak?” soalnya.  Oh. Ingatkan apa tadi. Lain kali beri salam dulu.” Ujar saya sambil tersenyum.

“Begini Razif. Boleh galakkan anak-anak ambil makanan B.I.T:

Apa itu BIT?


1. Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries .

Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.

 

2. Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.

3. Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Jadikan ia menu wajib bagi sarapan anak-anak.

Makanan juga sebenarnya mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku mereka. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.

Jadi perlu hati-hati dalam menyediakan makanan buat anak-anak. Usah meracuni anak sendiri.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

IKLAN