Mendekati wanita ini yang pernah viral tahun lalu kerana membuat simpanan hampir RM14,000 dalam tempoh enam bulan. Menurut Siti Nurhazwani Mohd Zabri atau selesa dipanggil Wany, pada asalnya dia buat simpanan untuk menyambut kelahiran anaknya. Kini selepas melahirkan, Wany masih meneruskan tabungan tersebut sejak anaknya berusia satu bulan.
Memandangkan Wany memang suka menabung sejak kecil, katanya tabungan dibuat apabila dia ada sasaran tertentu. Jika mahu dapatkan barangan berjenama, dia akan menyimpan wang untuk membeli tanpa perlu berhutang.
Simpan RM50 Setiap Hari, Cukup RM5000 Simpan Dalam Bank
Apabila ditanyakan tentang jumlah nilai wang yang disimpan, Wany memberitahu yang dia akan masukkan RM50 setiap hari untuk tabungan anaknya, Andra Gael Mateen Mohamed Azemi, 6 bulan. Wany memberitahu, dia mempunyai rezeki yang lebih untuk membuat tabungan RM50 setiap hari.
Wany dan anaknya, Gael
“Alhamdulillah mungkin rezeki saya mampu menyimpan sebanyak itu setiap hari. Tetapi tak salah untuk buat simpanan kurang dari itu. Ikut kemampuan kita,” terang Wany apabila ditanya tentang jumlah wang yang dia simpan setiap hari. Tambah Wany lagi, simpanan begini mudah dia kawal. Cukup RM5000 setiap kali menabung, saya akan pastikan duit itu dimasukkan ke bank,” kata Wany.
Tanda Pada Kalendar Untuk Pastikan Tabungan Konsisten
Ads
Wany memberitahu yang dia menjalankan perniagaan sendiri bersama suami. Dia membuat tabungan sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan. Biarpun ada mengambil pelan insuran untuk Gael, Wany tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat simpanan. “Saya ambil insurans untuk anak, tetapi ada masa tertentu kita perlu mendahulukan duit sendiri. Sebab itulah, saya selesa jika ada wang simpanan sebagai persediaan,” kata Wany.
Untuk membuat tabungan, perlu ada disiplin. Wany mengiyakan perkara itu. Menurutnya, dia seorang yang sangat disiplin dalam membuat tabungan. Wany akan membuat tanda di kalendar bagi memastikan duit yang dimasukkan ke dalam tabung direkodkan. Menurut Wany, dia lebih berdisiplin sekarang kerana banyak memikirkan soal masa hadapan. Tambah pula dia dan suami, Mohamed Azemi Ab Johar, bekerja sendiri. “Sebab itulah kami kena konsisten untuk buat tabungan, tak boleh mengelat,” beritahu Wany.
Buat Simpanan Fikirkan Anak
“Saya dan suami hanya fikirkan tentang masa depan anak. Sebab itulah kami memilih cara ini untuk menabung. Dalam simpanan sekarang ada RM6700, tapi biasanya apabila tabungan dah capai RM5000, saya akan masukkan ke bank,” kata Wany menjawab tentang jumlah tabungannya. Kata Wany, dia mula menyimpan untuk Gael sejak anaknya itu berumur satu bulan.
Ads
Wany dan suami konsisten buat tabungan untuk Gael demi masa depannya
Cara Wany menyimpan duitnya adalah dengan menggunakan sebuah bekas kecil. Dia akan sumbat kesemua duit di dalam itu sehingga jika ia benar-benar padat. “Tujuan saya menggunakan bekas kecil adalah sebab saya tak mahu fikir ada duit banyak dalam tu. Nanti akan terasa nak ambil untuk gunakan ke arah lain. Jadi bila guna bekas kecil dan disumbat padat, nampak macam tak ada apa dalam tu,” seloroh Wany. Sewaktu hamilkan anaknya itu, Wany memilih sebuah tabung berbentuk buah nanas. Tak sangka apabila dikeluarkan, banyak juga duit di dalamnya.
Bercerita tentang pengalamannya membuat tabungan, dia sebenarnya sudah mula menyimpan serba sedikit sebelum disahkan mengandung. Pada waktu itu, Wany dan suami berhasrat untuk gunakan hasil simpanan itu untuk beli barangan bayi serta bersalin di hospital swasta. Apabila disahkan hamil, terus sahaja Wany memulakan tabungan RM50 setiap hari.
Ads
Didik Diri Menabung Sejak Kecil
Wany turut memberitahu bahawa dia memang suka menabung. Sejak kecil, dia sudah mendidik diri untuk mengumpul duit belanja yang diberi kepadanya. Kalau tidak 50 sen, 20 sen pun jadi. Asalkan ada duit untuk disimpan pada hari tersebut.
Dia memberitahu yang amalan menabung ini akan diajarkan kepada Gael supaya anaknya itu juga suka menyimpan sepertinya. “Semoga bila dia melihat ibunya simpan duit, dia pun akan ikut. Saya berhasrat untuk mengajar dia kepentingan dan kebaikan menabung,” akhiri Wany.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warna sememangnya memainkan peranan untuk menarik perhatian bayi kecil kita untuk makan. Apa kata kali ini kita cuba resipi bubur sumsum pula untuk bayi comel kita.
Resipi yang dikongsikan oleh Natasha Azmi ini paling senang hendak dicuba. Bahan pun mudah, tiga bahan saja!
Harini buat Sumsum Cheese topping Dragon Fruit. First time buat yang letak cheese ni. Rasa lagi best dari yang tak letak. Yang ni rasa lagi berlemak.
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung beras
1 kotak kecil susu full cream dutchlady
3 sudu besar cream cheese tatura
Kacau dulu semua bahan-bahan di atas, jangan bukak api ye.
Bila dah sebati baru bukak api slow dan kacau sampai agak-agak pekat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah bedung, white noise, malah ada yang siap pakai buai tapi anak tetap LEBIH SUKA TIDUR DI BADAN. Kadang dah tak tahu nak buat macam mana lagi, sampaikan banyak kerja mama tertangguh.
Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi PERTAMA Malaysia, Puan Uswatun Hasanah, ada beberapa tip yang boleh mama papa amalkan sewaktu nak ajar anak tidur sendiri dan lena.
Amalkan ini⬇️⬇️⬇️:
TEKNIK PUT DOWN – PICK UP
1. Susukan bayi (jika perlu) atau tenangkan bayi yang menangis letih minta tidur
2.Letak bayi ke katil/tilam nya semasa masih mamai. Atau, jika memang telah guna buai, letak ke buai. Bedung + white noise adalah kombinasi WAJIB bila meletak bayi samada berbuai atau tak.
(Letak waktu mamai (sleepy/half asleep/light sleep) ini WAJIB supaya bayi dapat pengalaman di alih dari badan ibu/ayah dan di letak dengan alat tidurnya)
3.Tunggu dan lihat reaksi anak. Jika anak terjaga atau menangis, bantu tenangkan dengan bunyi Shhh, tepuk atau usap dada
4.Selepas 10-15 saat, angkat tenangkan anak jika dia masih menangis.
5.Letak kembali anak yang telah tenang, ke bawah untuk cubaan kali kedua.
6.Jika anak terjaga, ulang kembali langkah 3&4. BEZANYA PADA KALI INI, jika anak masih tak mampu bertenang untuk tidur, angkat anak dan benarkan anak tidur dengan apa-apa cara yang buat dia gembira misalnya: di pelukan dan dakapan ibu atau mengempeng.
Amalkan latihan konsisten SETIAP KALI ANAK TIDUR SEPANJANG HARI SELAMA 3 HARI.
⛔️⛔️ Jika anda memilih untuk membuat teknik ini HANYA dengan menggunakan bedung & white noise sahaja (tanpa buai) dan anak secara kerap terjaga kurang 30 minit setiap kali dengan bedung + white noise ini sahaja ➡️➡️➡️ ia bermaksud anak perlukan buaian bayi.
(Pastikan latihan setiap sesi hanya 2X maksimum untuk elak anak overtired. DO NOT OVER DO.)
Ingat, pelajaran tidur di bawah (bukan contact sleep di badan ibu ayah) adalah pelajaran yang susah untuk anak kecil. Maka jangan paksa berlebihan. Benarkan anak tidur di badan lepas 2x cubaan.
JANGAN TAKUT UNTUK LETAK ANAK. Anak protes bukan sebab dia tak suka tilam/katil/buai tetapi anak protes sebab kena berpisah dari badan ibu bapa. Dengan latihan, anak akan perlahan-lahan menerima tidur dengan alat💪
Sudah menjadi lumrah, kebanyakan ibu suka mengabadikan foto-foto anak dalam galeri kamera. Macam-macam pose anak yang ada. Tengah ketawa, menangis, tidur dan macam-macam lagi angle yang diambil. Sesetengah ibu suka berkongsi foto anak di media sosial ada juga yang sebaliknya. Lebih selesa disimpan untuk kenangan.
Sama juga seperti Tasha Manshahar, suka ambil gambar anaknya. Dalam posting terbaharunya di laman Instagram, Tasha berkongsi sebuah foto dengan kapsyen menarik.
Semenjak ada anak ni, socmed mmg tak sempat nak update sangat. Satu, sebab tengah dalam fasa adaptasi dengan rutin baru. Kedua, takde gambar yang sesuai sebab gallery phone penuh dengan gambar anak je. Nak ootd, alahai masa tu la tengah angkat anak, tiba-tiba anak muak susu la, tiba-tiba stokin anak tertanggal la, tiba-tiba ehh tudung sengetla, tiba rasa buruk la, banyak betul tiba-tibanya. Jadi buat masa ni keutamaan utk snap gambar sendiri dah jauh ke belakang gambar pemandangan pun takde sebab bagi mommy takde pemandangan yang lebih indah daripada Muammar Rafiqi. Nanti Muammar dah pandai baca caption ni, kalau Muammar geli, awas ya!
_
Banyak benda nak share, personal experience jadi ibu baru ni, expectation vs reality, tapi gambar takdeeeee. Takkan asyik upload gambar anak je kan. Orang lain pun ada anak. (Laaaaaaaaaa bitter sendiri )
_
Salam Jumaat from the 6kg @muammarrafiqi
_
Disclaimer : berat bukan ukuran tahap kesihatan anak. Tak semestinya tembam tu sihat, kurus tu sakit. Ramai je baby yg nampak kecik, tapi berat badan dia sebenarnya normal mengikut umur dia dan dia healthy. Ada juga yg debot masa baby je. As dia membesar dia makin kurus. It could also be vice versa. Macam-macam keadaan ada. Yang paling penting adalah anak kita membesar sihat, selamat dan gembira. Itu je. Betul tak?
Pa&Ma setuju sangat dengan kenyataan Tasha ni. Kesihatan anak bukan dilihat pada fizikalnya. Tak kisahlah kurus sikit atau tembam, yang penting bila buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor, mereka sihat.
Pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir, kini lebih selesa dikenali sebagai seorang ibu yang penuh kasih sayang selepas mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki...