Menabung Tak Perlu Tiru Orang Lain, Ikut Mana Mampu, Tip Ibu Ni Jadi Inspirasi!

Share

Menabung sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Namun cara kita menyimpan pastinya berbeza. Ada yang suka menyimpan dengan tolakan gaji di awal bulan, namun ada pula yang gemar mengumpul wang pelbagai warna sebagai cabaran diri.

Berbeza namun tujuannya sama iaitu untuk menambahkan lagi simpanan di masa depan. Biar apa pun cara kita menyimpan, pastinya ikut kemampuan diri kita sendiri. Jangan terikut-ikut dengan gaya orang lain.

Biar apa pun cara dan gaya tetapkanlah pendirian, jangan menyimpan sekadar ikut-ikutan. Biar jadi sasaran yang paling membanggakan diri sendiri bila melihat hasilnya nanti. Idea dan tip mudah ibu ini, Nora Karim yang tekad menyimpan sejak awal tahun boleh kita jadikan inspirasi. Paling penting jangan ikut-ikut orang. Ikutlah kemampuan sendiri.


Baru lepas pecahkan tabung saya. Tabung simpanan bermula 1 Januari – 31 Disember 2021.

Alhamdulillah, dapatlah RM635 berbanding RM1005 sebelum ni. Adalah juga duit yang dapat diselamatkan sepanjang tahun ni. RM635 pun banyakkan. Siapa nak bagi hujung-hujung tahun ni. Ye dak?

Macam yang saya dah jangka, tahun ni tabung saya tak padat sangat, macam tahun-tahun lepas. Mungkin sebab kurang menggunakan tunai. Kebanyakan kedai sekarang ni lebih prefer kad debit atau e-dompet, berbanding tunai. Jadi memang kuranglah pakai tunai.

Memandangkan duit RM5 susah nak jumpa, jadi saya simpan juga duit RM10 dan RM20, jika not-not ini melebihi tiga keping di dalam dompet saya. Kenalah juga cari alternatifkan sebab transaksi tunai tu dah jarang sangat berlaku sepanjang tahun ni.

Eh, tapikan ada juga rakan-rakan yang dah cuba cara ni. Ada yang buat simpanan duit RM5 ni untuk beli aircond bilik anak, ada yang buat simpanan untuk bercuti dan macam-macam lagi. Bestkan?

Kalau beli aircond, pakai duit bank kita, mesti terasa sangat sebab sekali bayar pun dah RM1000 lebih. Tapi bila buat simpanan macam ni, kita ada masa nak rancang pembelian berdasarkan tarikh matang simpanan.

Makna kata selagi belum sampai tarikh matang, jangan beli dulu aircond tu. Belum sampai tarikh matang, jangan mengada nak pergi bercuti. Begitulah!

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

Seronok bila tengok orang lain pun berjaya buat macam kita. Rasa happy sangat. Nak-nak yang share pula dengan kita hasil kejayaan menyimpan tu. Memang berbunga-bunga rasa hati dapat bantu orang lain cari jalan menyimpan.

Ada orang cakap simpan RM5 buat apa? Lambatlah nak banyak. Awak simpanlah ikut kemampuan diri sendiri. Kalau mampu RM5, simpan RM5. Kalau mampu RM10, simpan RM10. Kalau mampu simpan RM50, simpan RM50. Di sini memang tiada paksaan langsung. Buatlah ikut kemampuan.

Kita ni nak buat apa pun, jangan tiru orang. Kalau tiru orang, sampai bila-bila pun kita tak dapat buat simpanan. Biar sikit, asalkan ada juga simpanan.

Pada yang ada azam tahun baru untuk buat simpanan macam ni, bolehlah cuba. Ramai juga rakan-rakan saya yang dah berjaya buat simpanan macam ni. Macam mana nak buat simpanan RM5 ni?

1️. Cari tabung yang tak boleh buka. Dekat kedai RM2 ada jual tabung ni. Daiso dan Mr DIY pun ada. Saya suka yang transparent, sebab lagi semangat bila nampak duit makin banyak.

2️. Tetapkan matlamat atau tarikh matang simpanan. Contoh dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.

3️. Simpan terus duit RM5 yang kita dapat dari mana-mana urusan jual beli. Asal ada je baki RM5 sekeping, terus asingkan dan masukkan dalam tabung.

4️. Kena kuat mental dan fizikal. Jangan sesekali buka tabung, sebelum sampai tarikh matang.

5️. Bila dah sampai tarikh matang, dah kira, dah masuk dalam bank, dah sedekah, dah beli apa yang perlu, mesti kita akan lebih bersemangat nak menyimpan lagi tahun depannya.

Good luck semua.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM