Banyak persoalan dari ibu-ibu yang keliru sama ada boleh atau tak nak letakkan garam dalam makanan bayi sebagai penambah perasa.

Berdasarkan penjelasan Dr Suriyakhatun, beliau tidak menggalakkan ibu-ibu memasukkan garam dalam makanan anak. Sebab apa?

Untuk bayi enam bulan umumnya tidak ditambah kicap atau garam ke dalam makanannya. Ini kerana pada pada usia begini keperluan pada garam kurang dari satu gram sehari dan ini boleh diperolehi dari susu ibu dan makanan asli tanpa tambahan garam.

Menambahkan Garam Dalam Makanan Si Kecil Boleh Jadi Punca Anak Haus Dan Tak Lalu Makan

Umumnya deria rasa bayi amat sensitif dan tidak perlukan pada rasa masin pada umur enam bulan hingga setahun.

Selepas umur setahun, biasanya bayi akan minta makanan yang dimakan oleh orang lain tetapi pada peringkat ini pun, walaupun tidak mudarat jika sekali sekala diberikan makanan bergaram, ada beberapa syaratnya:

IKLAN

Jangan berikan makanan yang dibeli diluar atau makanan segera yang umumnya bukan sahaja banyak garam tetapi mengandungi serbuk perasa yang mengandungi natrium (sodium) , contohnya MSG.( monosodium glutamate)

Jika masak dirumah jangan guna garam putih (table salt) dan jangan letak MSG, sos tiram dan apa saja perasa yang mengandungi MSG. Jika ada bahan ini, jangan berikan pada bayi.

Guna garam Himalaya (pink salt) yang kaya dengan 84 jenis zat galian penting untuk badan kita. Ini pun, jangan berlebihan dalam masakan. Jika ada yang nakkan lebih garam, bolehlah ditambahkan kemudian, pentingnya, kalau anak umur 1-2 tahun nak makan sama, garamnya mestilah tahap minima.

Umumnya anak setahun ke atas pun perlukan zat galian ini semua dan zat galian ini ada dalam susu ibu dan boleh ditambah pada makanan dia dengan kadar amat sedikit ( secubit kecil )

Apa kesan jika anak diberikan makanan bergaram secara berterusan dan konsisten?

IKLAN

Antara petandanya anak menjadi haus, anak juga boleh mengalami sakit perut dan tidak lalu makan.

Kesan jangka panjang adalah pada buah pinggang dan tekanan darah. Penyakit-penyakit ini akan datang kemudian dan bukan semasa bayi. Lagipun anak akan terbiasa makanan yang terlalu masin.

Menambahkan Garam Dalam Makanan Si Kecil Boleh Jadi Punca Anak Haus Dan Tak Lalu Makan

IKLAN

Biasakan anak makan makanan sihat

Anak pun perlukan zat galian termasuk garam. Keperluan garam jauh lebih rendah untuk  bayi bawah umur setahun dan masih sedikit pada anak dua tahun sehingga empat tahun.

Biasakan anak pada makanan kurang masin dan hanya manisan asli dari peringkat awal.

Awas makanan jajan, fast foods dan makanan dibeli ada terlalu banyak garam untuk anak kita bawah umur empat tahun . Makanan ini juga mengandungi serbuk perasa yang mengandungi natrium ( sodium) . Komponen yang tidak boleh berlebihan adalah natrium ini. Garam putih adalah natrium klorida. Baca label ramuan bila hendak beli sesuatu makanan berproses ie mana-makan makanan yang ada balut bertulis. Awas jika ada disebutkan perasa yang dibenarkan. Ia tetap kimia yang tambahkan beban pada buah pinggang dan hati .

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI