Peraduan Anmum Essential
“Hmm… Sedapnya Minum Susu”
- Kongsikan gambar anda bersama si manja/ anak sahaja sedang menikmati minuman susu dalam pelbagai gaya menarik dan kreatif.
- Terbuka kepada anak berusia 2 hingga 6 tahun sahaja.
Sertai sekarang!
- E-mel gambar tersebut ke pamagrup@gmail.com
- Sertakan nama anda, nama anak, umur anak, alamat dan nombor telefon.
- Tarikh tutup penyertaan 30 September 2015
- Hadiah menarik tajaan Anmum Essential berupa barangan bernilai
- Hadiah utama RM400
- Kedua RM300
- Ketiga RM200
- Saguhati RM100
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Bagi Duit, Belikan Je Barang Untuk Hadiah Isteri”. Dia Simpan Sampai Bila-Bila!
Kala di tanya apa yang isteri suka pastinya isteri tidak meminta untuk dibelikan barangan, apatah lagi barang yang mahal seperti beg tangan berjenama, barang kemas atau apa jua dengan nilaian yang tinggi. Terasa berat hati menggunakan duit suami yang sepatutnya dibelanjakan untuk anak-anak. Begitulah seorang isteri.
Jika berniat untuk menghadiahkan isteri barangan, jangan ditanya atau elakkan memberi wang sebaliknya terus sahaja membeli kepada mereka. Pemberian sebegini tidak kira mahal atau murah, isteri akan hargai dan simpan sampai bila-bila.
Perkongsian saudara Muhammad Yusof ini benar belaka. Jika diberikan wang, sudahnya isteri akan membelanjakan pada keperluan hidupnya yang sama-sama boleh digunakan dengan suami, bukan untuk dirinya sendiri. Jom ikuti perkongsiannya.
Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Tapi rezeki PKP ni, saya ada lebihan duit sikit. Time tu dan-dan je lalu pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’
Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit.
Lepas tu bini bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’
Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV.
Isteri Beli Barang Keperluan
Lain yang kita fikir, lain pula yang dibeli isteri. Itulah yang selalunya terjadi.
Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document. Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya. Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag.
Dia kata banyak nak kena edit document masa PKP ni nak bagi kat anak-anak murid dia. Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakkan perempuan pun macam isteri saya.
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri.
Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.
Pendek kata semua yang dorang beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.
Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang dorang beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga.
Belikan saja, jangan bagi wang
Ya itulah yang sebaiknya. Isteri akan simpan dan menjaga sebaiknya hadiah dan pemberian suami berbanding wang ringgit yang akan digunakan untuk keperluan anak, bukan dirinya sendiri. Tak gitu?
Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special.
Hehehehe (digelak)
Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?
Sharelah bagi suami baca. Bagitau suami sangat tak rugi beli emas sebab sekurangnya ada la jugak ‘getah gelang’ boleh menunjuk sap, sap, angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Hehe Emas, kalau takde duit atau masa susah boleh letak kat Ar-Rahnu.
Mana tau bila share tau-tau nanti suami ter, diulangi ter.. beli pulut dakap ke, pulut durian d88 ke. Tak salah tabur umpan, mana tahu mengena. Tambah-tambah mora ada lagi ni.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Almari Tudung Bajet Untuk Isteri, Total Kos RM109 Sahaja, Senang Cari Tudung!
Suami mana yang tidak sayang isteri. Demi melihat isteri tersenyum sampai telinga disamping mahu menjimatkan kos, apa kata buat sendiri almari khas untuk meletakkan tudung-tudung ini.
Tak perlukan modal yang besar, kos yang digunakan oleh Shafiq Abdul Hamid ini buat isterinya memang berbaloi. Sudahlah kemas, cantik pula. Memang berbaloi.
Siapa tak sayang bini oi. Almari tudung DIY untuk bini pakai paip pvc je. Kreatif betul.
Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari kat kedai hardware:
1. Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
2. Pemegang pintu (RM4)
3. Papan lapis (RM65)
4. Kalau takde mende ni memang tak jadi (RM4) -ClassAHW Stainless Steel Wood Plastic Heavy Duty Door Hinge Ensel Pintu Kayu
5. Syelek kayu, nak cantik wajib pakai jenis ni -Paint Wood Finish Varnish / Shellac Kayu Syelek
Total kos hanya RM109 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilai.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Shafiq Abdul Hamid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Aktiviti Menyeronokkan Bersama Si Manja Bantu Mereka Belajar Dengan Lebih Cepat
Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Memahami impian itu, Dugro bukan sahaja menawarkan produk susu mereka bahkan turut menyokong ibu untuk membina nilai murni buat anak-anak. Bagi merealisasikan hasrat ini, Dugro telah melancarkan kempen ‘Jadilah Lebih Lagi’. Kempen ini bertujuan memupuk sikap positif si manja untuk membesar secara optimum.
Bagi membuktikan sokongan padu kepada ibu bapa dalam usaha membentuk nilai-nilai murni ini, Dugro memberikan lebih banyak tip melalui talian careline dan hubungan digital mereka serta aktiviti roadshow. Projek terbaharu mereka, kapsul muzikal untuk tontonan seisi keluarga berhibur sambil belajar.
Dugro mempersembahkan tiga episod muzikal kapsul yang berdurasi 60 saat untuk setiap episod. Dalam muzikal kapsul ini, mereka memperkenalkan lima watak Dugro Buddies. Kesemua karakter ini diilhamkan bersempena promosi mangkuk tingkat Dugro.
Untuk episod pertama yang diberi tajuk Berkongsi, ia menceritakan tentang sifat murni ini. Melalui muzik dan tarian, Dugro Buddies mengetengahkan kebaikan berkongsi. Dugro Buddies Dalam kapsul muzikal ini juga diselitkan lagu menarik yang membuatkan si manja menyanyi dan menari bersama. Selain itu, episod ini banyak memberi pengajaran kepada si manja untuk berkongsi bersama adik beradik, rakan-rakan serta mereka yang memerlukan. Berkongsi dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial si manja serta menjadikan mereka anak yang pemurah.
Episod seterusnya pula ialah Penyayang yang menceritakan bagaimana Dugro Buddies menunjukkan rasa sayang sesama mereka. Sikap saling menyayang antara satu sama lain haruslah diterapkan sejak awal bagi memupuk sikap simpati dalam diri mereka. Lebih baik, dalam episod ini juga mengajar si manja untuk menjadi lebih prihatin dan dapat membantu kawalan emosi si manja.
Dalam episod ketiga iaitu Jujur menceritakan tentang bagaimana Dugro Buddies sentiasa berterus terang ketika melakukan sesuatu. Bagusnya episod ini kerana si manja diajar untuk bersikap jujur kerana ia membantu pembentukan tabiat berkata benar dalam diri si manja.
Jangan lupa saksikan semua episod kapsul muzikal ini dan kongsikan bersama keluarga serta rakan-rakan anda. Untuk menonton, anda boleh layari saluran Youtube dan Facebook Dumex Dugro.
Paling penting, jadikan si manja anda untuk jadi Lebih Lagi dengan bernyanyi, berhibur dan belajar bersama bersama Dugro Buddies. Anak-anak bukan sahaja lebih sihat bahkan dapat belajar banyak nilai-nilai murni!
Dapatkan segera tiga pek susu Dugro 900 gram dan anda layak mendapat sebuah tiffin bertingkat Dugro. Sebarang variasi tiffin tertakhluk kepada stok yang masih ada.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini, anda boleh layari:
https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/lebihlagiuntuksimanja
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI