Sebagai jenama pilihan ibu bapa nombor 1 di Malaysia, Pa&Ma kini rasminya menyambut ulang tahun yang ke-20 pada Oktober 2020 ini.

Pa&Ma yang selama ini menjadi rujukan ramai ibu bapa dalam membesarkan anak menyediakan pelbagai tip perkembangan anak, kesihatan anak serta keibubapaan menerbitkan edisi pertamanya pada Oktober 2000 dan terus menjadi pilihan ramai ibu bapa era milenial masa kini. Ini  membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat di hati kebanyakan ibu bapa di Malaysia.

Mengorak langkah ke hadapan dan sejajar dengan perubahan semasa, Pa&Ma turut berkembang dalam medium digital supaya terus relevan menjadi rakan akrab para ibu  bapa.

Pelbagai info yang tepat daripada sumber yang diiktiraf boleh diperolehi di hujung jari sahaja melalui laman web Pa&Ma di www.majalahpama.my, Facebook (majalahpama), Instagram (@majalahpama) dan Twitter (majalahpama_).

Bahkan pengikut Pa&Ma turut boleh menonton pelbagai video berinformasi mengenai penjagaan anak dan tip keibubapaan menerusi channel Youtube (Majalah Pa&Ma).

Kini Pa&Ma terus mengukuhkan lagi jenamanya di medium program TV yang sudah pun masuk musim ke-8 yang kini sedang bersiaran di Astro Ria setiap hari Rabu iaitu Pa&Ma Journey Bersama Jovianina. Pa&Ma juga telah menubuhkan kelab komunitinya dikenali sebagai Pa&Ma Club yang mempunyai tiga kategori iaitu Pa&Ma Moms To Be, Pa&Ma Support BF dan Pa&Ma D’Parents.

Sebagai tanda penghargaan kepada semua ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberi sokongan, sempena ulang tahun ke-20, Pa&Ma menyenaraikan 40 jenama pilihan dalam edisi istimewa Oktober.

IKLAN

Menang Hadiah Telefon Pintar Sempena Edisi Jenama Pilihan Pa&Ma 2020

Jenama Pilihan Pa&Ma ini telah bermula sejak ulang tahun Pa&Ma ke-19 pada tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun keduanya. Jenama pilihan diharap menjadi satu usaha kerjasama yang baik dengan para klien yang selama ini menyokong Pa&Ma selain menjadi platform untuk membantu ibu bapa mendapat info tepat dan dipercayai sebelum membeli sebarang produk ibu dan anak atau perkhidmatan berkaitan keibubapaan.

Pengiktirafan ini dipilih berdasarkan jenama diyakini, kualiti produk, perkhidmatan dan servis yang dipercayai.

Memasuki tahun kedua Jenama Pilihan Pa&Ma, pemilihan Jenama Pilihan diberikan mengikut empat kategori iaitu Kategori Ibu, Kategori Anak, Kategori Hospital/ Perubatan dan Kategori Rekreasi.

IKLAN

Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa membuat pilihan tepat dan terbaik untuk seisi keluarga.

Sokongan anda, kekuatan kami. Tahniah!

#ulangtahun20pama

#jenamapilihan2020

IKLAN

Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah telefon pintar realme C11.

Menang Hadiah Telefon Pintar Sempena Edisi Jenama Pilihan Pa&Ma 2020

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI